Monday, April 1, 2013
Media TV sebagai Brain wash Penonton
Menonton TV kadangkala terganggu disebabkan masa iklan yang panjang dan teramat kerap. Kekerapan iklan juga menyebabkan minda bawah sedar di hypnosis . Dengan cara ini penonton diberitahu ada prodak baru dalam pasaran dan ianya sangat sedap, seperti dalam iklan . apabila anda ke kedai runcit atau pasaraya, secara tak sedar anda membeli prodak tersebut.
Television memberi impak yang sangat besar kepada masyarkat sama ada positif atau negative. Propaganda dan berita-berita yang terkini dapat disampaikan kepada penonton. Sama ada berita itu benar atau palsu ,penonton tetap menerima sebagai “ ya itu benar, pembaca berita yang cakap begitu”. Pembaca berita hanya membaca berita yang telah disunting oleh editor. Informasi yang tak sesuai ditapis atau di ubah suai,kelemahan kerajaan, tak dilaporkan, asik-asik pihak sebelah yang kena “tembak”.
Penonton MY seharusnya lebih bijak seperti pengarah filem barat,mereka secara halusnya memberi gambaran “ kerajaan boleh membuat seseorang buta sejak azali menjadi penjenayah perang” dengan hanya menggunakan media TV iaitu berita dan paparan secara berulang-ulang boleh membuatkan penonton percaya apa yang mereka lihat dalam berita utama. Terdapat pepatah “we only see what they want us to see” atau “we only believe what they want us to believe|”. Siapakah “they”? kerajaan ? agensi perisikan? oraganisasi bukan kerajaan? Atau seseorang yang teramat kaya raya dan mempunyai kuasa serta pengaruh?Sila lihat filem-filem spy tentu anda pernah nampak hero dikejar oleh rakan sekerja mereka, sebab di fitnah oleh agensi sendiri.
Banyak perkara dalam dunia ini yang disimpan secara rahsia, mungkin sebab “they” tak mahu orang awam tahu perkara sebenar dan ditakuti menimbulkan huru-hara. Begitulah hebat brainwash TV. Jalan raya berlubang sepanjang Kota Belud ke Kota Marudu tidak pernah disiarkan dalam TV (1+2=3).
Ini hanya pandangan peribadi saya, pembaca seharusnya pandai menilai seperti mana pembaca sudah pandai menulis dan membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment