Thursday, March 28, 2013

Penipuan Internet, SMS dan 3GP

Penipuan internet mula dikesan seawal tahun 1995. Penipuan mula dikesan iaitu scam atau email palsu seperti “seorang kaya dari Nigeria ingin menyalurkan wang sebanyak jutaan usd”. Maka dengan buta internet pada waktu itu maka ramailah mangsa terpedaya dengan kata-kata si penipu.Memandangkan masyarakat Malaysia pada ketika itu masih tersangat janin untuk mengetahui apa itu internet disebabkan hanya orang-orang kaya sahaja yang mampu memiliki Komputer Intel I 633MHZ 64M RAM atau Laptop Intel 733 MHZ 128 RAM berharga Rm 3500-RM5000. (tak tipu) dianggap paling canggih lah pada zaman tersebut. Cyber Café disewa RM 4.00 –RM 5.00 sejam semata-mata untuk login yahoo.com nak tengok email atau MIRC32 (chatting online). Jika dibandingkan pada masa kini agak kelakar disebabkan MIRC32 tu hanya nickname sahaja yang anda kenal, profile individu tersebut langsung tidak diketahui. Maka pernah berlakunya kes rogol kerana membuat temujanji dengan penjenayah melalui MIRC32. Memandangkan zaman sekarang ini memiliki handphone seolah-oleh memiliki IC. Tak ada H/P sah seperti mati atau bukan warga bumi. Telefon rumah sekarang ni sudah tidak laku lagi, keluarga saya sendiri telah menamatkan penggunaan TM setelah menggunakannya lebih 10 tahun termasuklah streamyx selama3 tahun. Kitaorang sudah mula menggunakan broadband 3g prepaid. sampai hulu kampung pun masih full line. Dengan konsep setiap seorang sebuah H/P, maka dengan mudahnya kita ditipu menggunakan SMS pula. Sebagai contoh penduduk sekitar Kota Kinabalu, Labuan dan Tuaran pernah kecoh disebabkan seseorang telah menyebarkan SMS palsu iaitu Tsunami pada lewat malam, menyebabkan penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi. Begitulah hebatnya SMS palsu. Berlainan pula dengan 3gp, kaedah ini lebih berkesan kerana penonton mampu melihat aksi vedio yang tersebar di internet, mlalui cakap-cakap hinggalah menonton sendiri video tersebut. Macam-macam ada seperti sebuah pasaraya hampir semua barangan boleh dibeli. Ada lucah, mitos dan penipuan. Lucah itu benar tetapi mitos dan penipuan itu lagi hebat pengaruhnya, hanya tukar sahaja tajuk video tersebut maka penonton yang melihat pasti 100% percaya apa yang dilihat. Contoh dalam youtube “mermaid found in Filipina” pada tahun 2007. ramai orang percaya itu adalah ikan duyung yang sebenar, tetapi jika ditanya kepada pelajar multimedia atau IT atau bidang pengiklanan , saya pasti mereka menjawab “saya pun boleh buat video macam tu”. Ada beza !! Malangnya orang Malaysia masih majority suka kepada mitos dan penipuan sebab itu masih ramai orang Malaysia tertipu. Berapai ramai orang yang memandu selepas jam 12 malam, pasti sedikit sebab takut ada “penumpang” duduk kat belakang. Sebab dengan hanya mendengar cakap-cakap orang, kita pun mula percaya tanpa melalui pengalaman tersebut. Minta maaf rakan-rakan semenanjung, kami Sabahan sebenarnya bukan tinggal atas pokok, Cuma rakan-rakan semenanjung ditipu untuk mempercayai cerita tersebut. Apa-apa pun semua ini berbeza melalui pandangan pembaca masing-masing.

No comments: