Wednesday, March 27, 2013

Bumi : Pemanasan Global-Kesan-Hukuman

Bumi : Pemanasan Global-Kesan-Hukuman Isu tentang pemanasan global telah pun dibentangkan sejak tahun 1960an lagi apabila saintis mula membuat analisa tentang kenaikan paras karbon dioksida mula bertambah pada ruang atmosfera. Pada ketika itu ramai orang berspekulasi ianya hanya “keseimbangan alam semulajadi” dan kesemua kejadian tersebut hanya kesan sampingan kepada perindustrian bagi tujuan ekonomi yang baik. Tidak seorang pun ambil kisah tentang kesan pemanasan bumi. Sekumpulan saintis yang diketuai oleh Roger Revelle telah membuat penyelidikan tentang kesan pemanasan global pada tahun tersebut telah menyimpulkan bahawa kesan rumah hijau mampu mencairkan Greenland dan Antratic . keadaan ini akan menyebabkan paras air laut naik dan boleh menenggelamkan pesisiran pantai serta mampu mengubah landskap yang sedia ada. Ditambah lagi perubahan cuaca yang agak drastik. Selepas tahun 1960 semakin ramai saintis mula membuat pemerhatian tentang paras kenaikan karbon dioksida dan didapati meningkat secara mendadak. Petanda: 1. Ice berg mula mencair. Suhu laut semakin meningkat 2. Semakin banyak taufan baru yang muncul seperti taufan Katrina, telah merosakan New Orelans , US 3. Berlakunya banjir besar disebabkan kapasiti hujan semakin banyak. Jika anda melihat dari arah yang berbeza atau luar dari bidang sains. Kutub utara dan kutub selatan merupakan stok penyimpanan air terbesar didunia namun ianya tersimpan dalam bentuk ice berg. Sekiranya dilihat secara terperinci, populasi manusia semakin tahun semakin bertambah. Pembebasan gas karbon dioksida juga bertambah,kita amat memerlukan tumbuh-tumbuhan, Tumbuh-tumbuhan ini boleh kita andaikan sebagai alat “pengimbang udara” atau “air converter” namun tumbuh- tumbuhan pula semakin sedikit kesan dari pembalakan dan pembangunan yang giat manusia lakukan. Disebabkan terjadinya ketidak keseimbangan ini. Sistem alam semulajadi akan bertindak untuk menghukum manusia dengan caranya yang tersendiri sebagai contoh taufan, tanah runtuh, banjir besar, kumarau dan bahang panas. Kesemua malapetaka ini bermaksud untuk mengawal populasi manusia untuk terus berkembang. Dan di khuatiri pencairan ice berg memainkan peranan terburuk sekali dan mungkin ianya juga sebagai “the last defend on Earth”. Kenaikan suhu laut menyebabkan ice berg mencair dan boleh menambah kapasiti air yang sedia ada, maka tidak hairanlah jika berlakunya air bah yang sangat besar dan ditambahi pula dengan kejadian tsunami. Bayangkan dalam taufan berlakunya tsunami. Menurut sains , tsunami terjadi apabila berlakunya gempa bumi dasar laut. jika kapasiti air laut tak banyak maka tak banyaklah air laut melimpah di darat. Tetapi jika kapasiti air laut sudah terlalu banyak maka terlalu banyaklah air laut melimpah di darat. Apa-apa pun ini hanyalah andaian peribadi saya sahaja.

No comments: