Friday, December 13, 2013

Kota Kinabalu dan Traffic Jam

Setiap bulan pasti ada 50 unit buah kereta baru atau second hand pelbagai jenama terdiri dan saiz akan berada di jalan raya. Satu lagi penambahan kesesakan lalu lintas. Perasan atau tidak, satu kereta satu pemandu, inilah salah satu punca kenapa berlakunya Traffic Jam di bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Cadangan saya kepada Kerajaan Negeri : Bina LRT dari Tuaran-Telipok-Menggatal-Likas- Kota Kinabalu dan Bina juga LRT dari Beaufort -Papar-Putatan- Kota Kinabalu. Agar ada alternative lain kepada mereka yang bekerja di bandar atau daerah-daerah yang disebutkan tadi tanpa perlu risau tentang kesesakan lalu lintas.

Siapa yang akan "sponsor" pembinaan tersebut? Rakyat!! melalui pendapatan cukai serta pelaksanaan GST!. Lantik kontraktor yang tahu tentang pembinaan LRT terutama menggunakan teknologi dari Jepun. Rakyat Jepun menggunakan Bullet Train sebagai  kenderaan mereka bagi mengelakkan Kesesakan lalu lintas yang agak memeningkan kepala.

"50 buah kereta x 12 bulan x 5 tahun = 3000 unit kereta. Benar atau tidak, anda sendiri lihat beza 5 tahun lalu dan sekarang. Ianya telah di buktikan melalui subsidi minyak yang sudah di tiadakan "

Namun , pandangan orang kampung macam saya ini mana ada menteri yang mahu dengar!! even pembangkang yang bergelar YB pun kerajaan tak mahu dengar , orang sendiri pun 2 x 5 sahaja. so selamat mengharungi Traffic Jam setiap hari!!!

Thursday, December 12, 2013

Pelaburan Jangka Masa Panjang

 Cerita 1.    Anda membuat pinjaman bank untuk beli kereta idaman sebagai contoh RM45,000.00 untuk 9 tahun. Bayaran bulanan Rm 420.00 dan WAJIB bayar setiap bulan sehingga jumlah pinjaman anda langsai.
Pada tahun ke 10 nilai kereta anda cuma tinggal +/- RM 5000.00 .

Cerita 2. Anda membeli emas melalui bank yang di lesenkan untuk untuk jual-beli emas. Setiap bulan anda peruntukkan Rm 420 untuk membeli emas selama 9 tahun. Nilai emas ada kalanya turun dan naik bergantung kepada kadar inflasi atau kedudukan nilai dolar Amerika. Katakan nilai emas tidak berubah selama 10 tahun
Nilai emas anda ialah : Rm 45360

Cerita 3. Anda menyimpan wang ke dalam pelaburan ASB selama 10 tahun serta simpanan tetap ialah
 Rm 420. Kadar bunga ASB berikan ialah 6.5 % setiap tahun maka jumlah wang anda setelah 9 tahun kemudian ialah :RM 68,011.89

Cerita 4. Anda langgan astro, hutang barangan dari Sengheng  , makan KFC tiap minggu dan loan kad kredit, maka dalam 10 tahun kemudian , dan mendapati diri anda masih lagi seperti 10 tahun yang lalu.....

Jadi sekarang ni anda pilih cerita anda sendiri.....