Friday, December 13, 2013

Kota Kinabalu dan Traffic Jam

Setiap bulan pasti ada 50 unit buah kereta baru atau second hand pelbagai jenama terdiri dan saiz akan berada di jalan raya. Satu lagi penambahan kesesakan lalu lintas. Perasan atau tidak, satu kereta satu pemandu, inilah salah satu punca kenapa berlakunya Traffic Jam di bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Cadangan saya kepada Kerajaan Negeri : Bina LRT dari Tuaran-Telipok-Menggatal-Likas- Kota Kinabalu dan Bina juga LRT dari Beaufort -Papar-Putatan- Kota Kinabalu. Agar ada alternative lain kepada mereka yang bekerja di bandar atau daerah-daerah yang disebutkan tadi tanpa perlu risau tentang kesesakan lalu lintas.

Siapa yang akan "sponsor" pembinaan tersebut? Rakyat!! melalui pendapatan cukai serta pelaksanaan GST!. Lantik kontraktor yang tahu tentang pembinaan LRT terutama menggunakan teknologi dari Jepun. Rakyat Jepun menggunakan Bullet Train sebagai  kenderaan mereka bagi mengelakkan Kesesakan lalu lintas yang agak memeningkan kepala.

"50 buah kereta x 12 bulan x 5 tahun = 3000 unit kereta. Benar atau tidak, anda sendiri lihat beza 5 tahun lalu dan sekarang. Ianya telah di buktikan melalui subsidi minyak yang sudah di tiadakan "

Namun , pandangan orang kampung macam saya ini mana ada menteri yang mahu dengar!! even pembangkang yang bergelar YB pun kerajaan tak mahu dengar , orang sendiri pun 2 x 5 sahaja. so selamat mengharungi Traffic Jam setiap hari!!!

No comments: