Sejarah Ringkas
Nama saintifiknya ‘Carica Papaya Linn’ daripada keluarga
‘Caricaceae’. Buah berasal dari negara tropkia America , namun kini ia banyak di
tanam di negara tropika dan subtropika dunia.
Orang Sepanyol membawa sepsis ini ke Filipina dan kemudian
di bawa ke Malaysia .
Penanaman utama buah ini adalah Selangor, Johor dan Perak.
Pemakanan
Betik yang separuh masak dank eras digunakan dalam pembuatan
rojak bersama buah-buahan lain seperti timun,nanas dan mangga.
Betik muda sesuai untuk dijadikan halwa (jeruk manis). Ianya
juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkhawinan
dengan mengukir buah yang muda kepad bentuk kelopak bunga sebelum dibuat jeruk.
Betik muda mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang
melayu, antaranya menghaluskan tumit kaki yang pecah. Getah betik muda
berbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan bahagian berkenaan
gatal dan membengkak seperti digigit serangga.
Buah betik yang telah masak selalu dimakan segar sebagai pencuci
mulut, namun betik matang yang tidak ranum boleh juga dimasak sebagai sayur
manakala daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal
belacan.
Betik masak boleh dijadikan jem, puri, jus minuman, perisa
aiskrim dan pudding.
Betik juga boleh melembutkan daging kerbau yang liat.
Perubatan Alternative
Bagi individu yang menghidap demam malaria, selain berubat
dengan cara moden ianya juga alternative kepada pengamalan perubatan
tradisional.
Kaedah ;
a)
tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air
perahan itu di campurkan pula dengan satu besen air bersih dan dikacau beberapa
ketika.
b)
Mandikan pesakit dengan air daun betik selama dua atau
tiga kali sehari dan lapkan keseluruh badan.
Penanaman
Biji benih betik mudah didapati dengan membelah betik yang
telah masak. Keringkan selama 1 hari dibawah sinaran matahari yang terik, bagi
tujuan membunuh bacteria atau mengelakan fungus.
Sediakan polibag berisi tanah hitam, dan masukan biji benih
betik yang telah dijemurkan ke dalam tanah hitam tersebut. Siram sedikit air .
dalam tempoh 1 minggu atau lebih, tunas betik akan tumbuh.
Apabila anak pokok betik mencecah 30 sentimeter , proses
penanam ke tanah seperti ladang atau kebun boleh dilakukan. Betik tidak sesuai
ditanam di kawasan angina kuat kerana menyebabkan pokok betik akan rebah atau
tumbang, pokok ini tidak mempunyai akar tunjang seperti pokok-pokok yang lain.
Pokok betik mempunyai tisu yan lembut, berakar rerambut dan
tahan sepanjang tahun. Batang pokok berlubang di bahagian tengah dan boleh
mencapai ketinggian hingga 8 meter denga daun berjambak di bahagian atas.
No comments:
Post a Comment