ASAS
KEPIMPINAN.
|
Seseorang
pemimpin tidak lahir secara semulajadi, tetapi dibentuk melalui proses
pembelajaran dan bimbingan awal dari pemimpin sebelumnya. Dalam erti kata lain,
semua individu boleh menjadi pemimpin.
Tetapi tidak semua individu berminat menjadi
pemimpin disebabkan kebimbangan seperti dikritik secara negatif, hilang rakan
dan tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.
Individu dalam golongan ini tidak boleh
dipersalahkan kerana ianya seimbang dengan keadaan semula jadi, sekiranya
kesemua individu ingin menjadi pemimpin, maka akan timbulnya konflik dalam
sesuatu organisasi tersebut dan menyebabkan kesemua matlamat akan gagal
sepenuhnya.
Terdapat
dua jenis pemimpin yang dikenal pasti iaitu:
a)
Pemimpin
biasa-biasa sahaja
b)
Pemimpian Hebat (Great Leader)
Pemimpin
Biasa-biasa Sahaja
Pemimpin
adalah terlalu banyak ditemui dimana-mana sahaja, Dalam organisasi Politik,
Perniagaan, Sukan, Tentera, Kesihatan, Pendidikan dan Kampung atau wilayah.
Kesemua organisasi ini mempunyai penyelia atau ketua dalam sesebuah organisasi
atau sub jabatan.
Tetapi terlalu banyak pemimpin yang diketegori
sebagai “biasa-biasa sahaja”. Sungguh pun Beliau menjawat jawatan tertinggi
dalam sesebuah organisasi, ini belum cukup melayakkan beliau sebagai Pemimpin
Hebat (Great Leader) sekiranya beliau dilantik disebabkan tempoh perkhidmatan
yang cukup lama atau disebabkan beliau ialah“si
pengilat kasut bos”.
Pengalaman kerja yang banyak belum tentu cukup untuk
melayakkan beliau menjadi Great Leader.
Ramai Pemimpin biasa-biasa atau ketua sering datang
lambat pada waktu kerja, sering lupa tentang tugasan yang penting, tidak
menampakan etika kerja yang positif, cuai semasa bertugas, tidak menegur
pekerja bawahan secara professional , tidak bersikap adil terhadap pekerja dan
yang amat menyedihkan hanya membantu kronik sendiri sahaja.
Bersikap berat sebelah akan menyebabkan
individu-individu yang terpinggir akan memberontak dan hilang kepercayaan
kepada ketua mereka, ini akan menjejaskan tahap operasi yang sememangnya
“biasa-biasa sahaja” kepada tahap yang lemah dan seterusnya gagal beroperasi
apabila individu-individu tersebut meletak jawatan atau mengundi untuk calon
lain atau memohon pertukaran jabatan atau berpindah ketempat yang lain.
Contoh : Ramai Pemimpin biasa-biasa sahaja hanya
tahu guna mulut untuk bekerja dan tidak turun padang untuk melihat sendiri prestasi staf
bawahan mereka dan memahami lebih dekat tentang keperluan penting dalam jabatan
tersebut. Hanya pembantu saja yang bertindak dan bekerja sepenuh masa, ini
memberi faedah kepada pembantu untuk mempelajari lebih banyak tentang sistem
pengurusan dan akhirnya membantu beliau untuk melengkapkan diri menjadi
Pemimpin Hebat. Sungguh pun si pembantu ini mungkin tidak dilantik menjadi
Ketua suatu hati nanti tetapi beliau akan menjadi sebutan yang positif kepada
staf-staf bawahan apabila beliau sudah bersara kelak. Berlainan pula kepada
Pemimpin biasa-biasa sahaja, dia pasti menerima kritikan negatif dan hilang
kepercayaan.
Contoh 2: Pemimpin biasa-biasa sahaja sering kalah
dalam perlawanan sukan disebabkan kurangnya pengetahuan tentang sukan dan salah
tafsir kekuatan atelit mereka, mungkin terdapat cara lain untuk mereka menang
dalam pertandingan pada masa hadapan. Mempunyai strategi yang sempurna akan
memberi manfaat yang baik kepada organisasi mereka. Mungkin jurulatih perlu
diganti atau atelit perlu dicari atau diet untuk para atelit perlu ditukar atau
mungkin mencari alternative lain untuk menambah sumber kewangan. kemungkinan
kesemua pembolehubah ini menentukan kemenangan
pasukan.
Pemimpin biasa-biasa sahaja boleh dikesan melalui
cara ini:
a)
Sering datang
lambat dan keluar awal pada masa kerja atau bukan masa kerja ertikata lain
pengurusan masa yang teruk.
b)
Bersikap berat
sebelah, hanya staf yang digemari sahaja yang menjadi keutamaan.
c)
Tidak sopan
terhadap staf dan individu yang bukan dalam organisasi tersebut.
d)
Tidak memantau
keperluan jabatan dan keselamatan pekerja.
e)
Sering
mempersalahkan orang lain tetapi tidak memberikan sebarang penyelesaikan
masalah.
Pemimpin
Hebat
Boleh dikatakan Adolf Hitler merupakan pemimpin
hebat untuk parti Nazi semasa perang dunia kedua, tetapi matlamat beliau adalah
salah dari segi undang-undang PBB, kerana berperang untuk menakluk seluruh
eropah dan melakukan jenayah perang yang
dashyat serta tidak beretika.
Nelson Mandela, seorang ahli politik yang dikagumi
diseluruh dunia kerana beliau berjaya menyatukan Afrika untuk mendapat
kesamarataan warganegara. Perkauman yang diwujudkan oleh pihak penjaja
menyebabkan warga asal Negara tersebut menjadi second citizen.
Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan bekas Perdana
Menteri Malaysia yang berjaya
memajukan Negara Malaysia
dari zaman pertanian ke zaman IT dan rakyat mendapat banyak kebaikan tentang
visi 2020 beliau.
Bill Gates merupakan Pengerusi kepada Microsoft
Corporation yang pada mulanya hanya dijalankan oleh 3 orang pekerja dan akhirnya
mempunyai ribuan pekerja diseluruh dunia. Kepimpinan yang hebat telah
menjadikan beliau orang yang terkaya di dunia pada tahun 2006.
Ramai
lagi pemimpin yang dikatakan hebat dan berjaya dalam karier sepanjang hidup
mereka. Mereka mempunyai karisma dan bersikap ingin belajar, kerana proses
pembelajaran tidak mengenal usia.
Ciri-Ciri
Pemimpin hebat (Great Leader)
a)
Sering
menepati waktu: asas kepada disiplin seseorang dan menjadi tunggak kepercayaan
individu lain.
b)
Menepati
Janji: melaksanakan janji tanpa ada perkara terselindung atau balasan lain
c)
Bersikap
toleransi: adil terhadap semua individu,tidak kira kroni
d)
Berpengetahuan
luas: perlu menambah ilmu pengetahuan terutama sekali jawatan yang disandang
ketika ini.
e)
Bijak
merancang: merancang strategi, melaksana, menepati matlamat dan mengekalkan
matlamat.
f)
Berpengaruh
Positif: mampu mempengaruhi individu lain dan memimpin mereka kearah yang
positif
g)
Memberi
inspirasi positif kepada individu lain.
h)
Mempunyai
kepercayaan agama yang teguh : Tidak kira jenis kepecayaan yang mereka miliki.
i)
Sentiasa
memberi tunjuk ajar kepada golongan muda.
Kesemua
ciri-ciri ini kita namakan : Tingkah
Laku Positif
Ciri-ciri
ini amat sukar didapati dalam setiap individu, kerana setiap individu membesar
dengan keadaan persekitaran yang berbeza-beza dan pendidikan yang berlainan.
Tetapi ciri-ciri ini boleh dibentuk tanpa mengira usia. Hanya menerap fikiran
positif mampu mengubah diri anda.
Contoh
1: seorang penyelia yang berjaya memperbaiki kualiti pemasaran serta
mengekalkan prestasi tersebut, dianggap seorang yang hebat dan dikagumi.
Contoh
2: seorang guru yang berjaya membimbing pelajarnya mendapat keputusan cermelang
dan seterusnya berjaya mengekalkan keputusan cermelang di sekolah tersebut
adalah layak digelar Guru Cermelang.
Contoh
3: Pasukan bola sepak yang sering memenangi pertandingan disebabkan jurulatih
yang berwibawa kerana memiliki pemikiran positif.
Contoh
4: seorang ahli politik yang sering memenangi kerusi semasa pilihan raya,
dianggap terbaik disebabkan rakyat setempat masih menaruh kepercayaan terhadap
beliau.
Contoh
5: seorang usahawan yang berjaya disebabkan beliau percaya akan diri sendiri
dan sentiasa mempelajari ilmu perniagaan sungguh pun syarikat beliau telah
berjaya.
Pengalaman
kerja dalam sesuatu bidang mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi tetapi
pegalaman itu hanya sebagai satu rujukan untuk membuat perancangan dan
pelaksanaan, matlamat masih boleh dicapai, tetapi memberi kesan negatif dalam
masa yang panjang sekiranya pemimpin tidak mempunyai ciri-ciri : Tingkah Laku Positif
Tingkah Laku Positif sesorang pemimpin akan memberi
inspirasi kepada golongan muda untuk berfikiran seperti beliau dan secara
langsung beliau akan disanjung hormat serta terus diingati sungguhpun apabila
beliau sudah bersara.
Adakah anda seorang pemimpin biasa-biasa sahaja
atau
Pemimping Hebat???
Anda tentukan
No comments:
Post a Comment