Tuesday, April 2, 2013
Epal Hijau alternative kepada buah mangga.
Ibu hamil kebiasannya akan mengidam rasa masam disebabkan perubahan hormon. Buah mangga menjadi pilihan kepada si ibu, namun buah mangga hanya ada pada musim-musim tertentu dan menjadi satu kepayahan untuk mendapatkan buah tersebut, oleh itu buah epal hijau adalah alternative yang terbaik. Epal hijau juga di kenali sebagai Green Smith.
Rasa masam dan berjus tetapi ianya memberikan khasiat yang tinggi : antaranya
a) membantu mengurangkan kolestrol
b) mengawal kenaikan berat badan
c) mengurangkan jumlah gula dalam darah
Epal hijau membekalkan vitamin A,B dan C serta zat besi. Kebanyakan khasiat ini tersimpan pada kulit Epal tersebut.
Cara penyediaan agak mudah dan di hidangkan dengan pelbagai cara ;
1) salad – dicampurkan dengan mayonis
2) Kaedah Sambal- dihiris kecil dan digoreng bersama ikan bilis
3) Dibuat pai atau kek
4) Cara mudah- dicampurkan dengan garam serta cili padi.
Cara penyediaan bergantung kepada selera terdapat banyak cara lain selain di atas.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment