Monday, April 8, 2013

Beza Jus Buah dengan Minuman Buah.


Kemunculan pelbagai minuman buah di pasaran sejak kebelakangan ini menyebabkan para pengguna menganggap bahawa minuman buah dan minuman jus buah adalah sama. Hakikatnya kedua-duanya adalah berbeza. Sungguhpun ditamba sari, minuman buah hanya mengandugi 5% jus buah-buahan manakala minuman jus buah mengandungi 35% atau lebih sari.

Perbezaan Ketara.

Baca label prodak tersebut, sekiranya tertulis” Minuman Jus Buah” ia pasti mengandungi 35% sari atau lebih jus buah-buahan.
Jika label ditulis “Minuman buah” ia mengandungi 5% jus buah-buahan.

Tempat Penyimpanan.

Minuman Jus Buah sememangnya segar- ianya mesti disimpan sejuk, sekiranya tidak ianya akan rosak seperti rasa basi.Tarikh luput juga agak pendek lebih kurang 3 minggu.

Minuman buah tidak mudah rosak sungguhpun disimpan pada rak kerana tarikh luput agak panjang sehingga berbulan-bulan lamanya.


Buatlah pilihan sekiranya anda membeli belah pada masa hadapan…


No comments: