Monday, April 15, 2013

Capitalism Lab



Pernahkah anda bermain Capitalism 2, simulasi permainan berdasarkan konsep ekonomi kapitalis ,Simulasi ini mendedahkan anda bagaimana rangkaian runcit beroperasi. Dalam masa yang sama anda juga berpeluang mempelajari bagaimana membuat pelaburan dan pengagihan dividen. Tetapi Capitalism 2 tidaklah secanggih Capitalism Lab.


Capitalism lab merupakan expansion kepada Capitalism 2. Ianya lebih detail dan lebih kompleks. Sungguhpun event semasa bermain game ini hanyalah random, dalam dunia nyata, event juga berlaku secara random. Kadang kala syarikat yang anda bina itu akan melalui penurunan jualan dan penurunan keuntungan maka berlakunya penurunan harga saham dan yang teruk sekali syarikat anda akan gulung tikar.

Dalam dunia nyata, perniagaan runcit tidak akan selalu mengalami keuntungan ada masanya perniagaan akan merundum dan ahirnya gulung tikar. Seperti syarikat ford, penutupan kilang mereka menyebabkan ribuan pekerja hilang mata pencarian, dari seorang pengawal keselamatan hinggalah pangkat CEO.

Supply and Demand merupakan asas kepada perniagaan itu untuk terus survive, tetapi ianya juga bergantung kepada wang yang ada pada pelanggan. Supply kurang, demand tinggi tetapi wang pelanggan tak ada bererti syarikat pembekal, transporter dan pekedai akhirnya gulung tikar.

Ingin mencuba game Capitalism Lab? Anda boleh download dari mana-mana server “free” ,taip dalam google search.

Anda disarankan agar bermain capitalism 2 sebelum upgrade ke capitalism lab , sebab susah nak faham kalau lompat dari Bab 2 ke Bab 6 misalnya.

Capitalism Lab akan terus berkembang mengikut peredaran masa kerana ianya tidak akan terhenti dalam version tersebut.


No comments: