Tuesday, April 2, 2013

Emas barangan berharga

Pakar sejarah, kurang pasti tarikh sebenar manusia mula melombong emas, penemuan artifak emas di jumpai di perkuburan Varna, Bulgaria dan arkeologi berpendapat tanah perkuburan tersebut mula di bina dalam tahun 4700BC-4200BC. Ianya disimpulkan bahawa perlombongan emas sudah bermula sejak 7000 tahun yang lalu. Sungguhpun besi dan tembaga merupakan penyumbang terbesar dalam penciptaan teknologi , perkembangan ekonomi dan budaya, namun emas merupakan logam terawal yang mula dijumpai dan dikenali oleh manusia. Tamadun awal menyamakan emas sebagai satu konsep spiritual seperti dewa dan raja. Ianya dianggap sebagai lambang kebesaran. Ini disebabkan logam emas memiliki ciri-ciri seperti kilauan yang cantik dan mudah lentur. Sesuai di jadikan barangan perhiasan. Memandangkan logam emas telah tersebar ke seluruh dunia sejak dari zaman purba, semua budaya mempunyai fahaman yang sama bahawa emas itu tersangat bernilai harganya sehinggalah zaman sekarang. -Bangsa Inca purba merujuk emas sebagai “air mata suria”- Harga emas pada ketika ini berdasarkan harga emas sedunia kiraan dalam unit 1 troy iaitu bersamaan dengan 31.1034768. sila rujuk pada www.investing.com . Pelaburan dalam bentuk emas adalah amat digalakkan kerana nilainya akan terus meningkat dan sumbernya yang terhad

No comments: