Saturday, April 27, 2013

Paypal, Liberty Reserve dan Neteller


Money Changer yang boleh dipercayai ialah mewahgold.com. syarikat ini menyediakan pertukaran wang dalam bentuk elektronik ; RM kepada USD atau USD kepada RM.

Untuk info lebih jelas sila layari www.mewahgold.com

Antara syarikat yang menyediakan akaun bagi tujuan shopping online, Forex atau gambling ialah Neteller , paypal dan libertyreserve.

Bank tempatan boleh menyediakan proses wire transfer tetapi mengambil masa yang agak lama seperti 3 hari waktu bekerja sehinggalah 14 hari waktu bekerja.

Tetapi dengan menggunakan mewahgold.com proses tersebut mengambil masa 5 minit atau kurang 1 jam. Soalannya kenapa terlalu pantas berbanding bank-bank tempatan?
Jika guna bank tempatan, bank perlu melalui banyak SOP atau standard operation procedure kata lain, perlu melalui BNM ,bank negara Malaysia.

Jika menggunakan mewahgold.com , mereka sebenarnya mempunyai akaun paypal,libertyreserve dan lain-lain (sila rujuk www.mewahgold.com). Dan setiap akaun mereka ini sudah ada wang yang tersedia, hanya tunggu pelanggan nak jual beli sahaja.
Anda perlu daftar percuma dan akur terhadap peraturan syarikat mereka.

Takut tertipu, takut duit yang di transferkan tak sampai? Jangan bimbang kerana setiap kali proses transfer wang ke intergiro bank, nama si penerima akan tertera termasuklah no akaun mereka ini. Dan buatlah laporan polis jika wang tak masuk sampai berminggu-minggu lamanya.

Buat masa ini mewahgold.com tidak mempunyai akaun netteller , tetapi netteller exchanger boleh digunakan kerana syarikat ini mempunyai akaun liberty reserve.

Paypal- agak susah sebab perlu verify menggunakan kad debit, sila rujuk paypal.com
Libertyreserve.com- mudah dan pantas tetapi ramai orang tak percayakan syarikat ini lebih-lebih lagi ianya berasal dari Russia.

Setakat ini saya belum lagi menghadapi sebarang masalah tentang wang transfer dari mana-mana pihak iaitu paypal.com, libertyreserve dan maybank2u.com serta mewahgold.com mereka ini boleh dipercayai 99%. Manakala 1% ialah kesilapan pengguna mendedahkan password mereka.

p/s- kenapa sesetengah syarikat perlukan dokumen seperti ID card (mykad) ? supaya mudah bagi mereka memberi info kepada FBI sekiranya individu atau klien mereka terlibat dengan kegiatan pengganas! Harap maklum…

Monday, April 15, 2013

Asas Kepimpinan


ASAS KEPIMPINAN.



Definasi: Seseorang yang dianggap mampu memimpin sekumpulan individu ke matlamat yang dirancang dengan berjaya dan mampu mengekalkan tahap kecermelangan secara berterusan.

 








Seseorang pemimpin tidak lahir secara semulajadi, tetapi dibentuk melalui proses pembelajaran dan bimbingan awal dari pemimpin sebelumnya. Dalam erti kata lain, semua individu boleh menjadi pemimpin.

 Tetapi tidak semua individu berminat menjadi pemimpin disebabkan kebimbangan seperti dikritik secara negatif, hilang rakan dan tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.

 Individu dalam golongan ini tidak boleh dipersalahkan kerana ianya seimbang dengan keadaan semula jadi, sekiranya kesemua individu ingin menjadi pemimpin, maka akan timbulnya konflik dalam sesuatu organisasi tersebut dan menyebabkan kesemua matlamat akan gagal sepenuhnya.

Terdapat dua jenis pemimpin yang dikenal pasti iaitu:
a)                Pemimpin biasa-biasa sahaja
b)                 Pemimpian Hebat (Great Leader)

Pemimpin Biasa-biasa Sahaja

Pemimpin adalah terlalu banyak ditemui dimana-mana sahaja, Dalam organisasi Politik, Perniagaan, Sukan, Tentera, Kesihatan, Pendidikan dan Kampung atau wilayah. Kesemua organisasi ini mempunyai penyelia atau ketua dalam sesebuah organisasi atau sub jabatan.

 Tetapi terlalu banyak pemimpin yang diketegori sebagai “biasa-biasa sahaja”. Sungguh pun Beliau menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi, ini belum cukup melayakkan beliau sebagai Pemimpin Hebat (Great Leader) sekiranya beliau dilantik disebabkan tempoh perkhidmatan yang cukup lama atau disebabkan beliau ialah“si pengilat kasut bos”.


Pengalaman kerja yang banyak belum tentu cukup untuk melayakkan beliau menjadi Great Leader.
Ramai Pemimpin biasa-biasa atau ketua sering datang lambat pada waktu kerja, sering lupa tentang tugasan yang penting, tidak menampakan etika kerja yang positif, cuai semasa bertugas, tidak menegur pekerja bawahan secara professional , tidak bersikap adil terhadap pekerja dan yang amat menyedihkan hanya membantu kronik sendiri sahaja.
Bersikap berat sebelah akan menyebabkan individu-individu yang terpinggir akan memberontak dan hilang kepercayaan kepada ketua mereka, ini akan menjejaskan tahap operasi yang sememangnya “biasa-biasa sahaja” kepada tahap yang lemah dan seterusnya gagal beroperasi apabila individu-individu tersebut meletak jawatan atau mengundi untuk calon lain atau memohon pertukaran jabatan atau berpindah ketempat yang lain.
Contoh : Ramai Pemimpin biasa-biasa sahaja hanya tahu guna mulut untuk bekerja dan tidak turun padang untuk melihat sendiri prestasi staf bawahan mereka dan memahami lebih dekat tentang keperluan penting dalam jabatan tersebut. Hanya pembantu saja yang bertindak dan bekerja sepenuh masa, ini memberi faedah kepada pembantu untuk mempelajari lebih banyak tentang sistem pengurusan dan akhirnya membantu beliau untuk melengkapkan diri menjadi Pemimpin Hebat. Sungguh pun si pembantu ini mungkin tidak dilantik menjadi Ketua suatu hati nanti tetapi beliau akan menjadi sebutan yang positif kepada staf-staf bawahan apabila beliau sudah bersara kelak. Berlainan pula kepada Pemimpin biasa-biasa sahaja, dia pasti menerima kritikan negatif dan hilang kepercayaan.
Contoh 2: Pemimpin biasa-biasa sahaja sering kalah dalam perlawanan sukan disebabkan kurangnya pengetahuan tentang sukan dan salah tafsir kekuatan atelit mereka, mungkin terdapat cara lain untuk mereka menang dalam pertandingan pada masa hadapan. Mempunyai strategi yang sempurna akan memberi manfaat yang baik kepada organisasi mereka. Mungkin jurulatih perlu diganti atau atelit perlu dicari atau diet untuk para atelit perlu ditukar atau mungkin mencari alternative lain untuk menambah sumber kewangan. kemungkinan kesemua pembolehubah ini menentukan kemenangan  pasukan.


Pemimpin biasa-biasa sahaja boleh dikesan melalui cara ini:
a)                Sering datang lambat dan keluar awal pada masa kerja atau bukan masa kerja ertikata lain pengurusan masa yang teruk.
b)                Bersikap berat sebelah, hanya staf yang digemari sahaja yang menjadi keutamaan.
c)                Tidak sopan terhadap staf dan individu yang bukan dalam organisasi tersebut.
d)                Tidak memantau keperluan jabatan dan keselamatan pekerja.
e)                Sering mempersalahkan orang lain tetapi tidak memberikan sebarang penyelesaikan masalah.


Pemimpin Hebat

Boleh dikatakan Adolf Hitler merupakan pemimpin hebat untuk parti Nazi semasa perang dunia kedua, tetapi matlamat beliau adalah salah dari segi undang-undang PBB, kerana berperang untuk menakluk seluruh eropah dan  melakukan jenayah perang yang dashyat serta tidak beretika.
Nelson Mandela, seorang ahli politik yang dikagumi diseluruh dunia kerana beliau berjaya menyatukan Afrika untuk mendapat kesamarataan warganegara. Perkauman yang diwujudkan oleh pihak penjaja menyebabkan warga asal Negara tersebut menjadi second citizen.
Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memajukan Negara Malaysia dari zaman pertanian ke zaman IT dan rakyat mendapat banyak kebaikan tentang visi 2020 beliau.
Bill Gates merupakan Pengerusi kepada Microsoft Corporation yang pada mulanya hanya dijalankan oleh 3 orang pekerja dan akhirnya mempunyai ribuan pekerja diseluruh dunia. Kepimpinan yang hebat telah menjadikan beliau orang yang terkaya di dunia pada tahun 2006.

Ramai lagi pemimpin yang dikatakan hebat dan berjaya dalam karier sepanjang hidup mereka. Mereka mempunyai karisma dan bersikap ingin belajar, kerana proses pembelajaran tidak mengenal usia.
Ciri-Ciri Pemimpin hebat (Great Leader)

a)                                        Sering menepati waktu: asas kepada disiplin seseorang dan menjadi tunggak kepercayaan individu lain.
b)                                        Menepati Janji: melaksanakan janji tanpa ada perkara terselindung atau balasan lain
c)                                        Bersikap toleransi: adil terhadap semua individu,tidak kira kroni
d)                                        Berpengetahuan luas: perlu menambah ilmu pengetahuan terutama sekali jawatan yang disandang ketika ini.
e)                                        Bijak merancang: merancang strategi, melaksana, menepati matlamat dan mengekalkan matlamat.
f)                                          Berpengaruh Positif: mampu mempengaruhi individu lain dan memimpin mereka kearah yang positif
g)                                        Memberi inspirasi positif kepada individu lain.
h)                                        Mempunyai kepercayaan agama yang teguh : Tidak kira jenis kepecayaan yang mereka miliki.
i)                                           Sentiasa memberi tunjuk ajar kepada golongan muda.

Kesemua ciri-ciri ini kita namakan : Tingkah Laku Positif
Ciri-ciri ini amat sukar didapati dalam setiap individu, kerana setiap individu membesar dengan keadaan persekitaran yang berbeza-beza dan pendidikan yang berlainan. Tetapi ciri-ciri ini boleh dibentuk tanpa mengira usia. Hanya menerap fikiran positif  mampu mengubah diri anda.





Contoh 1: seorang penyelia yang berjaya memperbaiki kualiti pemasaran serta mengekalkan prestasi tersebut, dianggap seorang yang hebat dan dikagumi.

Contoh 2: seorang guru yang berjaya membimbing pelajarnya mendapat keputusan cermelang dan seterusnya berjaya mengekalkan keputusan cermelang di sekolah tersebut adalah layak digelar Guru Cermelang.

Contoh 3: Pasukan bola sepak yang sering memenangi pertandingan disebabkan jurulatih yang berwibawa kerana memiliki pemikiran positif.

Contoh 4: seorang ahli politik yang sering memenangi kerusi semasa pilihan raya, dianggap terbaik disebabkan rakyat setempat masih menaruh kepercayaan terhadap beliau.

Contoh 5: seorang usahawan yang berjaya disebabkan beliau percaya akan diri sendiri dan sentiasa mempelajari ilmu perniagaan sungguh pun syarikat beliau telah berjaya.

Pengalaman kerja dalam sesuatu bidang mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi tetapi pegalaman itu hanya sebagai satu rujukan untuk membuat perancangan dan pelaksanaan, matlamat masih boleh dicapai, tetapi memberi kesan negatif dalam masa yang panjang sekiranya pemimpin tidak mempunyai ciri-ciri : Tingkah Laku Positif


Tingkah Laku Positif sesorang pemimpin akan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk berfikiran seperti beliau dan secara langsung beliau akan disanjung hormat serta terus diingati sungguhpun apabila beliau sudah bersara.

Adakah anda seorang pemimpin biasa-biasa sahaja atau
Pemimping Hebat???

                                    Anda tentukan




Capitalism Lab



Pernahkah anda bermain Capitalism 2, simulasi permainan berdasarkan konsep ekonomi kapitalis ,Simulasi ini mendedahkan anda bagaimana rangkaian runcit beroperasi. Dalam masa yang sama anda juga berpeluang mempelajari bagaimana membuat pelaburan dan pengagihan dividen. Tetapi Capitalism 2 tidaklah secanggih Capitalism Lab.


Capitalism lab merupakan expansion kepada Capitalism 2. Ianya lebih detail dan lebih kompleks. Sungguhpun event semasa bermain game ini hanyalah random, dalam dunia nyata, event juga berlaku secara random. Kadang kala syarikat yang anda bina itu akan melalui penurunan jualan dan penurunan keuntungan maka berlakunya penurunan harga saham dan yang teruk sekali syarikat anda akan gulung tikar.

Dalam dunia nyata, perniagaan runcit tidak akan selalu mengalami keuntungan ada masanya perniagaan akan merundum dan ahirnya gulung tikar. Seperti syarikat ford, penutupan kilang mereka menyebabkan ribuan pekerja hilang mata pencarian, dari seorang pengawal keselamatan hinggalah pangkat CEO.

Supply and Demand merupakan asas kepada perniagaan itu untuk terus survive, tetapi ianya juga bergantung kepada wang yang ada pada pelanggan. Supply kurang, demand tinggi tetapi wang pelanggan tak ada bererti syarikat pembekal, transporter dan pekedai akhirnya gulung tikar.

Ingin mencuba game Capitalism Lab? Anda boleh download dari mana-mana server “free” ,taip dalam google search.

Anda disarankan agar bermain capitalism 2 sebelum upgrade ke capitalism lab , sebab susah nak faham kalau lompat dari Bab 2 ke Bab 6 misalnya.

Capitalism Lab akan terus berkembang mengikut peredaran masa kerana ianya tidak akan terhenti dalam version tersebut.


Sunday, April 14, 2013

Pelaburan ASB




<!-- nuffnang --> <script type="text/javascript">         nuffnang_bid = "8c01133de732f63f9c1dc16c143642f2";         document.write( "<div id='nuffnang_lb'></div>" );         (function() {                  var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';                     nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js';                     var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);         })(); </script> <!-- nuffnang-->




Melabur dalam ASB, lebih baik daripada menyimpan dalam tabung atau akaun bank biasa.

a)                  kadar pengagihan keuntungan dalam 6.5%-8% setahun.
b)                  Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
c)                  Pengeluaran wang menggunakan Buku akaun berbeza dengan menggunakan Kad ATM, anda boleh mengawal pengeluaran wang dan mengelakan pembaziran wang.
d)                  Akaun bank yang tidak aktif selama 6 atau 12 bulan iaitu tiada sebarang pengaliran wang seperti wang in & out, akan ditutup, wang baki akan dianggap sebagai caj urusan pentadbiran dan tak kira berapa banyak baki wang dalam akaun tersebut. Berbeza dengan ASB, wang baki akan terus berkembang selagi pemilik akaun masih hidup .


Maksimum pelaburan adalah RM 200,00.00 dan satu akaun per individu.


Saturday, April 13, 2013

Sejarah Roda


Roda Purba
Roda Moden
Terima kasih kepada individu yang telah mencipta roda untuk pertama kalinya, ianya misteri yang tak akan terjawab sebab ianya tercipta sejak ribuan tahun yang lalu. Sebagai pendapat umum, sejarahwan telah menetapkan bahawa tamadun Mesopotamia merupakan masyarakat awal menggunakan roda sebagai alat pengangkutan, lebih kurang 3500BC dan sekarang ini lebih dikenali sebagai negara Iraq. Tetapi ianya digunakan sebagai titik rujukan agar kita tahu asal-usul penggunaan roda.

Sejarahwan berpendapat ,penciptaan roda mungkin bermula dari zaman paleolitik iaitu 15,000-75,0000 tahun yang lalu.


Buah Kiwi




Pengeluar terbesar buah ini ialah negara New Zealand dan ramai orang beranggapan bahawa buah ini berasal dari negara tersebut. Hakikatnya asal sebenar buah ini adalah dari negara China, sehingga tahun 1960-an ianya disebut sebagai “Cinese gooseberries”.

Buah ini mula diperkenalkan ke Zew Zealand seawal 1900-an. Dinamakan sebagai
 “Kiwi fruit” sempena kunikan burung kiwi di negara itu. Buah kiwi mempunyai khasiat yang tinggi seperti mana yang dikatakan oleh syarikat Zespri, pengeluar terbesar buah kiwi.

Vitamin C
Vitamin C sering dikaitkan dengan buah orange, tetapi sebenarnya buah kiwi mempunyai bekalan vitamin c sebanyak 2 kali ganda untuk sebiji orange.
Vitamin E
Membekalkan vitamin E untuk mengekalkan kesihatan jantung
Folic Acid
Baik untuk ibu mengandung kerana bayi yang belum lahir memerlukan folic acid untuk perkembangan otak dan mengelakkan cardiovascular disease. Memakan buah kiwi sebelum dan semasa mengandung amat digalakan
Potassium
Sebiji kiwi membekalkan potassium sama banyak dengan beberapa biji pisang Cuma separuh calories baik untuk mengekalkan tekanan darah.

Buah kiwi juga membantu mengkuatkan imun daripada serangan bacteria atau virus. Ianya juga mampu membaiki tisu-tisu DNA yang telah rosak

Bawang Putih


Tahukah anda bahawa bawang putih merupakan salah satu rempah masakan yang paling berharga kepada manusia sungguhpun sesetengah orang mempunyai alahan terhadap bawang putih.



Pada zaman silam orang China menggunakan bawang putih sebagai bahan masakan bagi semua jenis makanan. Ianya  juga digunakan dalam perayaan atau ritual ke agamaan. Orang mesir purba menyembah bawang putih sebagai dewa dan ianya tersangat berharga sehinggakan 15 pound atau 6.78 kg bawang putih bersamaan dengan seorang hamba lelaki untuk di beli.

Para atelit memakan bawang putih sebagai penambah semangat sebelum memulakan acara sukan. Bukan itu sahaja bawang putih juga di gantung di hadapan pintu bagi tujuan menakutkan ahli sihir atau pontianak.


Bawang putih juga digunakan sebagai bahan penyembuhan semulajadi. Ianya menghalang pertumbuhan tumor, mengawal paras kolestrol dan menghidari dari serangan jantung.

Kajian terkini mengatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan bawang putih dapat mengurangkan kemungkinan mendapat kanser perut.

Kajian juga mendapati bahawa bawang putih mengandungi Allicin dan Ajoene.
 Kedua-duanya berfungsi untuk membekalkan antibodi dan penyembuhan 

Friday, April 12, 2013

PEMBANGKANG PKR ATAU PENCADANG UMNO



PRU13

Malaysia bubar!! Tiada lagi Perdana Menteri sebelum terbentuknya kerajaan.Agong merupakan ketua kerajaan sekarang ini tetapi hanya sementara sebelum terbentuknya kerajaan.

Menjadi tanda tanya parti mana yang akan memerintah Malaysia.

a)      Parti Pakatan Rakyat?
b)      UMNO-BN?


PKR
UMNO
Kekuatan media PKR hanya melalui internet, Surat Khabar Suara Keadilan dan Risalah
Kekuatan UMNO disalurkan melalui RTM1,RTM2 dan TV3.
Semua Syarikat Surat Khabar  yang di ketahui umum.
Internet.
Risalah
Radio.


Pernahkah kamu bermain SIM CITY? Sudah puas memperbaiki taraf hidup,upgrade jalan raya, kemudahan komuter, naik taraf kesihatan dan macam-macam lagi. Akhirnya SIM menolak mayor mereka disebabkan turunnya rating. Mungkin sebab ekonomi yang teruk dan pengangguran tinggi atau kadar pencemaran udara yang tinggi entah mana silapnya.

So! Bagaimana pula dengan kehidupan reality? Kerajaan Malaysia ,bekas pimpinan UMNO/BN -Harus faham bahawa sekarang ini belum lagi terbentuknya kerajaan demokrasi, kita diperintah oleh Agong untuk sementara waktu-

Daripada penganalisis politik, UMNO-BN sudah tentu akan menang disebabkan oleh situasi “Janji Ditepati” salah satunya BR1M 1 dan 2, dan akan ada lagi BR1M 3 dan seterusnya.

Negeri Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri termasuk wilayah persekutuan. Salah satu negeri yang hot diperkatakan sepanjang 3 tahun ini ialah negeri selangor pasal isu air. So dari segi peperangan, seorang jeneral akan memerintahkan tenteranya menyerang bahagian yang paling lemah sehingga menyebabkan  bahagian yang kuat menjadi lemah. Dan jeneral itu pasti menang Besar. Sebab itu setiap kali Buletin Utama jam 8 malam, penonton pasti bosan mendengar pasal isu air. Okay-okay we got the message! The PKR fail to manage the small issue.

And came along the Lahad Datu incident. Pasal kes penceroboh dan di kategorikan sebagai pengganas mempunyai IC MyCard. Tetapi PKR langsung tidak mempunyai media sebagai penghantar mesej untuk membalas kelemahan UMNO-BN ,hanya melalui ceramah dan internet. Dari mana pengganas mendapat IC MyCard?? Dan lebih malang lagi KIRAM merupakan bekas ADO kudat tahun 70an semasa pemerintahan
 USNO-UMNO.

Ini menyebabkan orang ramai tidak mendapat info lebih lanjut, sekadar membaca mesej dari internet dan kita juga harus bijak ,info dari internet bukan semuanya betul, berita buliten utama juga bukan semuanya betul terutama bab isu-isu politik. Jika benar media utama bersikap adil seperti diamalkan oleh media Amerika. Pasti ramai rakyat Malaysia ymenjadi kucar kacir sebab susah nak bezakan mana yang baik dan yang buruk.

Orang ramai lebih suka berita yang kurang ekstrim seperti “kiamat masih jauh” atau “Iphone mula turun harga” atau gossip untuk hari ini Datuk XYZ kahwin lari dengan Artis ABC” .

Tetapi berbeza pula pendapat dengan penduduk yang tinggal di Bandar . pendedahan mereka lebih luas dan “lebih” bijak. Mereka memiliki kesemua keperluan asas seperti jalan raya,jambatan, air dan elektrik. Tetapi mereka juga amat sensetif pasal kenaikan harga barangan.

Bagi penduduk kampung, mereka kurang pendedahan, tetapi mereka tidak terasa sangat kenaikan harga barangan sebab mereka ada tanaman sayuran dan binatang peliharaan serta sumber air yang banyak dari perigi atau air di kaki bukit. tetapi masih memerlukan keperluan asas seperti jalan raya berturap, jambatan gantung serta elektrik.



Punca kemenangan sesebuah parti disebabkan oleh :

a)      sejumlah wang  yang banyak- sumber kekuatan yang paling utama
b)      kekuatan media penghantaran seperti Radio,TV, suratkhabar dan internet
c)      ahli-ahli politik yang pandai bercakap
d)      jentera penggerak.
e)      Pandai mengambil hati rakyat. Contohnya BR1M


Punca utama kekalahan sesebuah parti ialah :

Kurang sumber kewangan. Kerana kebanyakkan ahli-ahli politik pembangkang menggunakan wang mereka sendiri untuk berpolitik.
Bermaksud kurang sumber wang masuk untuk modal berkempen.

Undi di tangan anda, pilihan ditangan anda, anda mahu BR1M yang seterusnya?.sokong UMNO-BN (umpan mengambil hati rakyat) . sokong PKR –kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media.

Wednesday, April 10, 2013

KEMANA PERGINYA TISU TANDAS?


Beli, pakai dan buang. Kaedah tegar yang telah diaplikasikan sejak dahulu kala.
Contoh panjat pokok rambutan, makan buah rambutan dan kulitnya dibuang.


Begitu juga dengan makanan tin, habis isi, tin dibuang. Tanpa perlu kitar semula, sebab tin masih banyak , logam juga masih banyak. So tak perlu susah-susah nak fikir. Generasi akan datang pasti akan mengatasi masalah kehabisan logam. Mungkin benar mungkin tidak.

Kita mempersalahkan generasi sebelum ini kerana perkara negative yang telah mereka lakukan dan tidak mustahil jika generasi akan datang pasti mempersalahkan generasi sekarang ini disebabkan perkara negative yang bakal atau telah kita lakukan. Jadi buatlah kitar semula.

Beli tisu tandas, masuk tandas, pakai dan flush. Kemana perginya tisu tandas tadi? Hanyut dalam pembentung bersama-sama dengan….,kemudian hancur dan menjadi sisa-sisa organik.lebih menarik sebab ianya menjadi penyumbang kepada baja organik.

Jika anda ingin mencari cara tisu dibuat, saya cadangkan anda mengoogle dalam internet. Sebab banyak info tentang tisu termasuklah “tissue made in china” . info di hujung jari. Sebab cerita saya bukan pasal tisu tandas.

Tuesday, April 9, 2013

Permintaan Manusia

Sejak bermulanya evlousi. manusia hanya memerlukan 2 perkara sahaja iaitu:
a)     Makanan
b)     Tempat tinggal (gua)

Tetapi apabila bermulanya tamadun manusia keperluan bertambah :
a)     Makanan
b)     Tempat tinggal -Rumah atau istana
c)     Kuasa


Apabila era kapitalism mula berkembang keperluan itu semakin berevolusi.

a)     Makanan
b)     Tempat tinggal -Rumah atau istana
c)     Kuasa- ahli politik, raja, sultan dan majikan atau boss

Era IT pula

a)     Makanan
b)     Tempat tinggal -Rumah atau istana
c)     Kuasa- ahli politik, raja, sultan dan majikan atau boss
d)     Handphone
e)     Andriod
f)      PC atau Laptop
g)     valid Facebook account
h)     Kenderaan
i)      Kopi 3 in 1
h)     Duit

Pada asasnya keperluan ini hanyalah keinginan dan akhirnya menjadi keutamaan. Mungkin suatu hari nanti Dua perkara asas semasa zaman evolusi, akan bertambah sepanjang zaman , dan terus
berevolusi selagi dunia ini masih wujud...



Monday, April 8, 2013

Buah Betik


Sejarah Ringkas


 
Nama saintifiknya ‘Carica Papaya Linn’ daripada keluarga ‘Caricaceae’. Buah berasal dari negara tropkia America, namun kini ia banyak di tanam di negara tropika dan subtropika dunia.
Orang Sepanyol membawa sepsis ini ke Filipina dan kemudian di bawa ke Malaysia. Penanaman utama buah ini adalah Selangor, Johor dan Perak.

Pemakanan

Betik yang separuh masak dank eras digunakan dalam pembuatan rojak bersama buah-buahan lain seperti timun,nanas dan mangga.

Betik muda sesuai untuk dijadikan halwa (jeruk manis). Ianya juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkhawinan dengan mengukir buah yang muda kepad bentuk kelopak bunga sebelum dibuat jeruk.

Betik muda mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang melayu, antaranya menghaluskan tumit kaki yang pecah. Getah betik muda berbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan bahagian berkenaan gatal dan membengkak seperti digigit serangga.

Buah betik yang telah masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut, namun betik matang yang tidak ranum boleh juga dimasak sebagai sayur manakala daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan.

Betik masak boleh dijadikan jem, puri, jus minuman, perisa aiskrim dan pudding.
Betik juga boleh melembutkan daging kerbau yang liat.


Perubatan Alternative

Bagi individu yang menghidap demam malaria, selain berubat dengan cara moden ianya juga alternative kepada pengamalan perubatan tradisional.

Kaedah ;
a)                  tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan itu di campurkan pula dengan satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika.
b)                  Mandikan pesakit dengan air daun betik selama dua atau tiga kali sehari dan lapkan keseluruh badan.
 





Penanaman

Biji benih betik mudah didapati dengan membelah betik yang telah masak. Keringkan selama 1 hari dibawah sinaran matahari yang terik, bagi tujuan membunuh bacteria atau mengelakan fungus.

Sediakan polibag berisi tanah hitam, dan masukan biji benih betik yang telah dijemurkan ke dalam tanah hitam tersebut. Siram sedikit air . dalam tempoh 1 minggu atau lebih, tunas betik akan tumbuh.

Apabila anak pokok betik mencecah 30 sentimeter , proses penanam ke tanah seperti ladang atau kebun boleh dilakukan. Betik tidak sesuai ditanam di kawasan angina kuat kerana menyebabkan pokok betik akan rebah atau tumbang, pokok ini tidak mempunyai akar tunjang seperti pokok-pokok yang lain.

Pokok betik mempunyai tisu yan lembut, berakar rerambut dan tahan sepanjang tahun. Batang pokok berlubang di bahagian tengah dan boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter denga daun berjambak di bahagian atas.

Beza Jus Buah dengan Minuman Buah.


Kemunculan pelbagai minuman buah di pasaran sejak kebelakangan ini menyebabkan para pengguna menganggap bahawa minuman buah dan minuman jus buah adalah sama. Hakikatnya kedua-duanya adalah berbeza. Sungguhpun ditamba sari, minuman buah hanya mengandugi 5% jus buah-buahan manakala minuman jus buah mengandungi 35% atau lebih sari.

Perbezaan Ketara.

Baca label prodak tersebut, sekiranya tertulis” Minuman Jus Buah” ia pasti mengandungi 35% sari atau lebih jus buah-buahan.
Jika label ditulis “Minuman buah” ia mengandungi 5% jus buah-buahan.

Tempat Penyimpanan.

Minuman Jus Buah sememangnya segar- ianya mesti disimpan sejuk, sekiranya tidak ianya akan rosak seperti rasa basi.Tarikh luput juga agak pendek lebih kurang 3 minggu.

Minuman buah tidak mudah rosak sungguhpun disimpan pada rak kerana tarikh luput agak panjang sehingga berbulan-bulan lamanya.


Buatlah pilihan sekiranya anda membeli belah pada masa hadapan…


Tuesday, April 2, 2013

Emas barangan berharga

Pakar sejarah, kurang pasti tarikh sebenar manusia mula melombong emas, penemuan artifak emas di jumpai di perkuburan Varna, Bulgaria dan arkeologi berpendapat tanah perkuburan tersebut mula di bina dalam tahun 4700BC-4200BC. Ianya disimpulkan bahawa perlombongan emas sudah bermula sejak 7000 tahun yang lalu. Sungguhpun besi dan tembaga merupakan penyumbang terbesar dalam penciptaan teknologi , perkembangan ekonomi dan budaya, namun emas merupakan logam terawal yang mula dijumpai dan dikenali oleh manusia. Tamadun awal menyamakan emas sebagai satu konsep spiritual seperti dewa dan raja. Ianya dianggap sebagai lambang kebesaran. Ini disebabkan logam emas memiliki ciri-ciri seperti kilauan yang cantik dan mudah lentur. Sesuai di jadikan barangan perhiasan. Memandangkan logam emas telah tersebar ke seluruh dunia sejak dari zaman purba, semua budaya mempunyai fahaman yang sama bahawa emas itu tersangat bernilai harganya sehinggalah zaman sekarang. -Bangsa Inca purba merujuk emas sebagai “air mata suria”- Harga emas pada ketika ini berdasarkan harga emas sedunia kiraan dalam unit 1 troy iaitu bersamaan dengan 31.1034768. sila rujuk pada www.investing.com . Pelaburan dalam bentuk emas adalah amat digalakkan kerana nilainya akan terus meningkat dan sumbernya yang terhad

Epal Hijau alternative kepada buah mangga.

Ibu hamil kebiasannya akan mengidam rasa masam disebabkan perubahan hormon. Buah mangga menjadi pilihan kepada si ibu, namun buah mangga hanya ada pada musim-musim tertentu dan menjadi satu kepayahan untuk mendapatkan buah tersebut, oleh itu buah epal hijau adalah alternative yang terbaik. Epal hijau juga di kenali sebagai Green Smith. Rasa masam dan berjus tetapi ianya memberikan khasiat yang tinggi : antaranya a) membantu mengurangkan kolestrol b) mengawal kenaikan berat badan c) mengurangkan jumlah gula dalam darah Epal hijau membekalkan vitamin A,B dan C serta zat besi. Kebanyakan khasiat ini tersimpan pada kulit Epal tersebut. Cara penyediaan agak mudah dan di hidangkan dengan pelbagai cara ; 1) salad – dicampurkan dengan mayonis 2) Kaedah Sambal- dihiris kecil dan digoreng bersama ikan bilis 3) Dibuat pai atau kek 4) Cara mudah- dicampurkan dengan garam serta cili padi. Cara penyediaan bergantung kepada selera terdapat banyak cara lain selain di atas. Selamat mencuba.

Monday, April 1, 2013

Media TV sebagai Brain wash Penonton

Menonton TV kadangkala terganggu disebabkan masa iklan yang panjang dan teramat kerap. Kekerapan iklan juga menyebabkan minda bawah sedar di hypnosis . Dengan cara ini penonton diberitahu ada prodak baru dalam pasaran dan ianya sangat sedap, seperti dalam iklan . apabila anda ke kedai runcit atau pasaraya, secara tak sedar anda membeli prodak tersebut. Television memberi impak yang sangat besar kepada masyarkat sama ada positif atau negative. Propaganda dan berita-berita yang terkini dapat disampaikan kepada penonton. Sama ada berita itu benar atau palsu ,penonton tetap menerima sebagai “ ya itu benar, pembaca berita yang cakap begitu”. Pembaca berita hanya membaca berita yang telah disunting oleh editor. Informasi yang tak sesuai ditapis atau di ubah suai,kelemahan kerajaan, tak dilaporkan, asik-asik pihak sebelah yang kena “tembak”. Penonton MY seharusnya lebih bijak seperti pengarah filem barat,mereka secara halusnya memberi gambaran “ kerajaan boleh membuat seseorang buta sejak azali menjadi penjenayah perang” dengan hanya menggunakan media TV iaitu berita dan paparan secara berulang-ulang boleh membuatkan penonton percaya apa yang mereka lihat dalam berita utama. Terdapat pepatah “we only see what they want us to see” atau “we only believe what they want us to believe|”. Siapakah “they”? kerajaan ? agensi perisikan? oraganisasi bukan kerajaan? Atau seseorang yang teramat kaya raya dan mempunyai kuasa serta pengaruh?Sila lihat filem-filem spy tentu anda pernah nampak hero dikejar oleh rakan sekerja mereka, sebab di fitnah oleh agensi sendiri. Banyak perkara dalam dunia ini yang disimpan secara rahsia, mungkin sebab “they” tak mahu orang awam tahu perkara sebenar dan ditakuti menimbulkan huru-hara. Begitulah hebat brainwash TV. Jalan raya berlubang sepanjang Kota Belud ke Kota Marudu tidak pernah disiarkan dalam TV (1+2=3). Ini hanya pandangan peribadi saya, pembaca seharusnya pandai menilai seperti mana pembaca sudah pandai menulis dan membaca.