Ads Here

Friday, April 12, 2013

PEMBANGKANG PKR ATAU PENCADANG UMNO



PRU13

Malaysia bubar!! Tiada lagi Perdana Menteri sebelum terbentuknya kerajaan.Agong merupakan ketua kerajaan sekarang ini tetapi hanya sementara sebelum terbentuknya kerajaan.

Menjadi tanda tanya parti mana yang akan memerintah Malaysia.

a)      Parti Pakatan Rakyat?
b)      UMNO-BN?


PKR
UMNO
Kekuatan media PKR hanya melalui internet, Surat Khabar Suara Keadilan dan Risalah
Kekuatan UMNO disalurkan melalui RTM1,RTM2 dan TV3.
Semua Syarikat Surat Khabar  yang di ketahui umum.
Internet.
Risalah
Radio.


Pernahkah kamu bermain SIM CITY? Sudah puas memperbaiki taraf hidup,upgrade jalan raya, kemudahan komuter, naik taraf kesihatan dan macam-macam lagi. Akhirnya SIM menolak mayor mereka disebabkan turunnya rating. Mungkin sebab ekonomi yang teruk dan pengangguran tinggi atau kadar pencemaran udara yang tinggi entah mana silapnya.

So! Bagaimana pula dengan kehidupan reality? Kerajaan Malaysia ,bekas pimpinan UMNO/BN -Harus faham bahawa sekarang ini belum lagi terbentuknya kerajaan demokrasi, kita diperintah oleh Agong untuk sementara waktu-

Daripada penganalisis politik, UMNO-BN sudah tentu akan menang disebabkan oleh situasi “Janji Ditepati” salah satunya BR1M 1 dan 2, dan akan ada lagi BR1M 3 dan seterusnya.

Negeri Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri termasuk wilayah persekutuan. Salah satu negeri yang hot diperkatakan sepanjang 3 tahun ini ialah negeri selangor pasal isu air. So dari segi peperangan, seorang jeneral akan memerintahkan tenteranya menyerang bahagian yang paling lemah sehingga menyebabkan  bahagian yang kuat menjadi lemah. Dan jeneral itu pasti menang Besar. Sebab itu setiap kali Buletin Utama jam 8 malam, penonton pasti bosan mendengar pasal isu air. Okay-okay we got the message! The PKR fail to manage the small issue.

And came along the Lahad Datu incident. Pasal kes penceroboh dan di kategorikan sebagai pengganas mempunyai IC MyCard. Tetapi PKR langsung tidak mempunyai media sebagai penghantar mesej untuk membalas kelemahan UMNO-BN ,hanya melalui ceramah dan internet. Dari mana pengganas mendapat IC MyCard?? Dan lebih malang lagi KIRAM merupakan bekas ADO kudat tahun 70an semasa pemerintahan
 USNO-UMNO.

Ini menyebabkan orang ramai tidak mendapat info lebih lanjut, sekadar membaca mesej dari internet dan kita juga harus bijak ,info dari internet bukan semuanya betul, berita buliten utama juga bukan semuanya betul terutama bab isu-isu politik. Jika benar media utama bersikap adil seperti diamalkan oleh media Amerika. Pasti ramai rakyat Malaysia ymenjadi kucar kacir sebab susah nak bezakan mana yang baik dan yang buruk.

Orang ramai lebih suka berita yang kurang ekstrim seperti “kiamat masih jauh” atau “Iphone mula turun harga” atau gossip untuk hari ini Datuk XYZ kahwin lari dengan Artis ABC” .

Tetapi berbeza pula pendapat dengan penduduk yang tinggal di Bandar . pendedahan mereka lebih luas dan “lebih” bijak. Mereka memiliki kesemua keperluan asas seperti jalan raya,jambatan, air dan elektrik. Tetapi mereka juga amat sensetif pasal kenaikan harga barangan.

Bagi penduduk kampung, mereka kurang pendedahan, tetapi mereka tidak terasa sangat kenaikan harga barangan sebab mereka ada tanaman sayuran dan binatang peliharaan serta sumber air yang banyak dari perigi atau air di kaki bukit. tetapi masih memerlukan keperluan asas seperti jalan raya berturap, jambatan gantung serta elektrik.



Punca kemenangan sesebuah parti disebabkan oleh :

a)      sejumlah wang  yang banyak- sumber kekuatan yang paling utama
b)      kekuatan media penghantaran seperti Radio,TV, suratkhabar dan internet
c)      ahli-ahli politik yang pandai bercakap
d)      jentera penggerak.
e)      Pandai mengambil hati rakyat. Contohnya BR1M


Punca utama kekalahan sesebuah parti ialah :

Kurang sumber kewangan. Kerana kebanyakkan ahli-ahli politik pembangkang menggunakan wang mereka sendiri untuk berpolitik.
Bermaksud kurang sumber wang masuk untuk modal berkempen.

Undi di tangan anda, pilihan ditangan anda, anda mahu BR1M yang seterusnya?.sokong UMNO-BN (umpan mengambil hati rakyat) . sokong PKR –kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media.

Wednesday, April 10, 2013

KEMANA PERGINYA TISU TANDAS?


Beli, pakai dan buang. Kaedah tegar yang telah diaplikasikan sejak dahulu kala.
Contoh panjat pokok rambutan, makan buah rambutan dan kulitnya dibuang.


Begitu juga dengan makanan tin, habis isi, tin dibuang. Tanpa perlu kitar semula, sebab tin masih banyak , logam juga masih banyak. So tak perlu susah-susah nak fikir. Generasi akan datang pasti akan mengatasi masalah kehabisan logam. Mungkin benar mungkin tidak.

Kita mempersalahkan generasi sebelum ini kerana perkara negative yang telah mereka lakukan dan tidak mustahil jika generasi akan datang pasti mempersalahkan generasi sekarang ini disebabkan perkara negative yang bakal atau telah kita lakukan. Jadi buatlah kitar semula.

Beli tisu tandas, masuk tandas, pakai dan flush. Kemana perginya tisu tandas tadi? Hanyut dalam pembentung bersama-sama dengan….,kemudian hancur dan menjadi sisa-sisa organik.lebih menarik sebab ianya menjadi penyumbang kepada baja organik.

Jika anda ingin mencari cara tisu dibuat, saya cadangkan anda mengoogle dalam internet. Sebab banyak info tentang tisu termasuklah “tissue made in china” . info di hujung jari. Sebab cerita saya bukan pasal tisu tandas.

Tuesday, April 9, 2013

Permintaan Manusia

Sejak bermulanya evlousi. manusia hanya memerlukan 2 perkara sahaja iaitu:
a)     Makanan
b)     Tempat tinggal (gua)

Tetapi apabila bermulanya tamadun manusia keperluan bertambah :
a)     Makanan
b)     Tempat tinggal -Rumah atau istana
c)     Kuasa


Apabila era kapitalism mula berkembang keperluan itu semakin berevolusi.

a)     Makanan
b)     Tempat tinggal -Rumah atau istana
c)     Kuasa- ahli politik, raja, sultan dan majikan atau boss

Era IT pula

a)     Makanan
b)     Tempat tinggal -Rumah atau istana
c)     Kuasa- ahli politik, raja, sultan dan majikan atau boss
d)     Handphone
e)     Andriod
f)      PC atau Laptop
g)     valid Facebook account
h)     Kenderaan
i)      Kopi 3 in 1
h)     Duit

Pada asasnya keperluan ini hanyalah keinginan dan akhirnya menjadi keutamaan. Mungkin suatu hari nanti Dua perkara asas semasa zaman evolusi, akan bertambah sepanjang zaman , dan terus
berevolusi selagi dunia ini masih wujud...



Monday, April 8, 2013

Buah Betik


Sejarah Ringkas


 
Nama saintifiknya ‘Carica Papaya Linn’ daripada keluarga ‘Caricaceae’. Buah berasal dari negara tropkia America, namun kini ia banyak di tanam di negara tropika dan subtropika dunia.
Orang Sepanyol membawa sepsis ini ke Filipina dan kemudian di bawa ke Malaysia. Penanaman utama buah ini adalah Selangor, Johor dan Perak.

Pemakanan

Betik yang separuh masak dank eras digunakan dalam pembuatan rojak bersama buah-buahan lain seperti timun,nanas dan mangga.

Betik muda sesuai untuk dijadikan halwa (jeruk manis). Ianya juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkhawinan dengan mengukir buah yang muda kepad bentuk kelopak bunga sebelum dibuat jeruk.

Betik muda mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang melayu, antaranya menghaluskan tumit kaki yang pecah. Getah betik muda berbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan bahagian berkenaan gatal dan membengkak seperti digigit serangga.

Buah betik yang telah masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut, namun betik matang yang tidak ranum boleh juga dimasak sebagai sayur manakala daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan.

Betik masak boleh dijadikan jem, puri, jus minuman, perisa aiskrim dan pudding.
Betik juga boleh melembutkan daging kerbau yang liat.


Perubatan Alternative

Bagi individu yang menghidap demam malaria, selain berubat dengan cara moden ianya juga alternative kepada pengamalan perubatan tradisional.

Kaedah ;
a)                  tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan itu di campurkan pula dengan satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika.
b)                  Mandikan pesakit dengan air daun betik selama dua atau tiga kali sehari dan lapkan keseluruh badan.
 





Penanaman

Biji benih betik mudah didapati dengan membelah betik yang telah masak. Keringkan selama 1 hari dibawah sinaran matahari yang terik, bagi tujuan membunuh bacteria atau mengelakan fungus.

Sediakan polibag berisi tanah hitam, dan masukan biji benih betik yang telah dijemurkan ke dalam tanah hitam tersebut. Siram sedikit air . dalam tempoh 1 minggu atau lebih, tunas betik akan tumbuh.

Apabila anak pokok betik mencecah 30 sentimeter , proses penanam ke tanah seperti ladang atau kebun boleh dilakukan. Betik tidak sesuai ditanam di kawasan angina kuat kerana menyebabkan pokok betik akan rebah atau tumbang, pokok ini tidak mempunyai akar tunjang seperti pokok-pokok yang lain.

Pokok betik mempunyai tisu yan lembut, berakar rerambut dan tahan sepanjang tahun. Batang pokok berlubang di bahagian tengah dan boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter denga daun berjambak di bahagian atas.

Beza Jus Buah dengan Minuman Buah.


Kemunculan pelbagai minuman buah di pasaran sejak kebelakangan ini menyebabkan para pengguna menganggap bahawa minuman buah dan minuman jus buah adalah sama. Hakikatnya kedua-duanya adalah berbeza. Sungguhpun ditamba sari, minuman buah hanya mengandugi 5% jus buah-buahan manakala minuman jus buah mengandungi 35% atau lebih sari.

Perbezaan Ketara.

Baca label prodak tersebut, sekiranya tertulis” Minuman Jus Buah” ia pasti mengandungi 35% sari atau lebih jus buah-buahan.
Jika label ditulis “Minuman buah” ia mengandungi 5% jus buah-buahan.

Tempat Penyimpanan.

Minuman Jus Buah sememangnya segar- ianya mesti disimpan sejuk, sekiranya tidak ianya akan rosak seperti rasa basi.Tarikh luput juga agak pendek lebih kurang 3 minggu.

Minuman buah tidak mudah rosak sungguhpun disimpan pada rak kerana tarikh luput agak panjang sehingga berbulan-bulan lamanya.


Buatlah pilihan sekiranya anda membeli belah pada masa hadapan…


Tuesday, April 2, 2013

Emas barangan berharga

Pakar sejarah, kurang pasti tarikh sebenar manusia mula melombong emas, penemuan artifak emas di jumpai di perkuburan Varna, Bulgaria dan arkeologi berpendapat tanah perkuburan tersebut mula di bina dalam tahun 4700BC-4200BC. Ianya disimpulkan bahawa perlombongan emas sudah bermula sejak 7000 tahun yang lalu. Sungguhpun besi dan tembaga merupakan penyumbang terbesar dalam penciptaan teknologi , perkembangan ekonomi dan budaya, namun emas merupakan logam terawal yang mula dijumpai dan dikenali oleh manusia. Tamadun awal menyamakan emas sebagai satu konsep spiritual seperti dewa dan raja. Ianya dianggap sebagai lambang kebesaran. Ini disebabkan logam emas memiliki ciri-ciri seperti kilauan yang cantik dan mudah lentur. Sesuai di jadikan barangan perhiasan. Memandangkan logam emas telah tersebar ke seluruh dunia sejak dari zaman purba, semua budaya mempunyai fahaman yang sama bahawa emas itu tersangat bernilai harganya sehinggalah zaman sekarang. -Bangsa Inca purba merujuk emas sebagai “air mata suria”- Harga emas pada ketika ini berdasarkan harga emas sedunia kiraan dalam unit 1 troy iaitu bersamaan dengan 31.1034768. sila rujuk pada www.investing.com . Pelaburan dalam bentuk emas adalah amat digalakkan kerana nilainya akan terus meningkat dan sumbernya yang terhad

Epal Hijau alternative kepada buah mangga.

Ibu hamil kebiasannya akan mengidam rasa masam disebabkan perubahan hormon. Buah mangga menjadi pilihan kepada si ibu, namun buah mangga hanya ada pada musim-musim tertentu dan menjadi satu kepayahan untuk mendapatkan buah tersebut, oleh itu buah epal hijau adalah alternative yang terbaik. Epal hijau juga di kenali sebagai Green Smith. Rasa masam dan berjus tetapi ianya memberikan khasiat yang tinggi : antaranya a) membantu mengurangkan kolestrol b) mengawal kenaikan berat badan c) mengurangkan jumlah gula dalam darah Epal hijau membekalkan vitamin A,B dan C serta zat besi. Kebanyakan khasiat ini tersimpan pada kulit Epal tersebut. Cara penyediaan agak mudah dan di hidangkan dengan pelbagai cara ; 1) salad – dicampurkan dengan mayonis 2) Kaedah Sambal- dihiris kecil dan digoreng bersama ikan bilis 3) Dibuat pai atau kek 4) Cara mudah- dicampurkan dengan garam serta cili padi. Cara penyediaan bergantung kepada selera terdapat banyak cara lain selain di atas. Selamat mencuba.

Monday, April 1, 2013

Media TV sebagai Brain wash Penonton

Menonton TV kadangkala terganggu disebabkan masa iklan yang panjang dan teramat kerap. Kekerapan iklan juga menyebabkan minda bawah sedar di hypnosis . Dengan cara ini penonton diberitahu ada prodak baru dalam pasaran dan ianya sangat sedap, seperti dalam iklan . apabila anda ke kedai runcit atau pasaraya, secara tak sedar anda membeli prodak tersebut. Television memberi impak yang sangat besar kepada masyarkat sama ada positif atau negative. Propaganda dan berita-berita yang terkini dapat disampaikan kepada penonton. Sama ada berita itu benar atau palsu ,penonton tetap menerima sebagai “ ya itu benar, pembaca berita yang cakap begitu”. Pembaca berita hanya membaca berita yang telah disunting oleh editor. Informasi yang tak sesuai ditapis atau di ubah suai,kelemahan kerajaan, tak dilaporkan, asik-asik pihak sebelah yang kena “tembak”. Penonton MY seharusnya lebih bijak seperti pengarah filem barat,mereka secara halusnya memberi gambaran “ kerajaan boleh membuat seseorang buta sejak azali menjadi penjenayah perang” dengan hanya menggunakan media TV iaitu berita dan paparan secara berulang-ulang boleh membuatkan penonton percaya apa yang mereka lihat dalam berita utama. Terdapat pepatah “we only see what they want us to see” atau “we only believe what they want us to believe|”. Siapakah “they”? kerajaan ? agensi perisikan? oraganisasi bukan kerajaan? Atau seseorang yang teramat kaya raya dan mempunyai kuasa serta pengaruh?Sila lihat filem-filem spy tentu anda pernah nampak hero dikejar oleh rakan sekerja mereka, sebab di fitnah oleh agensi sendiri. Banyak perkara dalam dunia ini yang disimpan secara rahsia, mungkin sebab “they” tak mahu orang awam tahu perkara sebenar dan ditakuti menimbulkan huru-hara. Begitulah hebat brainwash TV. Jalan raya berlubang sepanjang Kota Belud ke Kota Marudu tidak pernah disiarkan dalam TV (1+2=3). Ini hanya pandangan peribadi saya, pembaca seharusnya pandai menilai seperti mana pembaca sudah pandai menulis dan membaca.

Thursday, March 28, 2013

Penipuan Internet, SMS dan 3GP

Penipuan internet mula dikesan seawal tahun 1995. Penipuan mula dikesan iaitu scam atau email palsu seperti “seorang kaya dari Nigeria ingin menyalurkan wang sebanyak jutaan usd”. Maka dengan buta internet pada waktu itu maka ramailah mangsa terpedaya dengan kata-kata si penipu.Memandangkan masyarakat Malaysia pada ketika itu masih tersangat janin untuk mengetahui apa itu internet disebabkan hanya orang-orang kaya sahaja yang mampu memiliki Komputer Intel I 633MHZ 64M RAM atau Laptop Intel 733 MHZ 128 RAM berharga Rm 3500-RM5000. (tak tipu) dianggap paling canggih lah pada zaman tersebut. Cyber CafĂ© disewa RM 4.00 –RM 5.00 sejam semata-mata untuk login yahoo.com nak tengok email atau MIRC32 (chatting online). Jika dibandingkan pada masa kini agak kelakar disebabkan MIRC32 tu hanya nickname sahaja yang anda kenal, profile individu tersebut langsung tidak diketahui. Maka pernah berlakunya kes rogol kerana membuat temujanji dengan penjenayah melalui MIRC32. Memandangkan zaman sekarang ini memiliki handphone seolah-oleh memiliki IC. Tak ada H/P sah seperti mati atau bukan warga bumi. Telefon rumah sekarang ni sudah tidak laku lagi, keluarga saya sendiri telah menamatkan penggunaan TM setelah menggunakannya lebih 10 tahun termasuklah streamyx selama3 tahun. Kitaorang sudah mula menggunakan broadband 3g prepaid. sampai hulu kampung pun masih full line. Dengan konsep setiap seorang sebuah H/P, maka dengan mudahnya kita ditipu menggunakan SMS pula. Sebagai contoh penduduk sekitar Kota Kinabalu, Labuan dan Tuaran pernah kecoh disebabkan seseorang telah menyebarkan SMS palsu iaitu Tsunami pada lewat malam, menyebabkan penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi. Begitulah hebatnya SMS palsu. Berlainan pula dengan 3gp, kaedah ini lebih berkesan kerana penonton mampu melihat aksi vedio yang tersebar di internet, mlalui cakap-cakap hinggalah menonton sendiri video tersebut. Macam-macam ada seperti sebuah pasaraya hampir semua barangan boleh dibeli. Ada lucah, mitos dan penipuan. Lucah itu benar tetapi mitos dan penipuan itu lagi hebat pengaruhnya, hanya tukar sahaja tajuk video tersebut maka penonton yang melihat pasti 100% percaya apa yang dilihat. Contoh dalam youtube “mermaid found in Filipina” pada tahun 2007. ramai orang percaya itu adalah ikan duyung yang sebenar, tetapi jika ditanya kepada pelajar multimedia atau IT atau bidang pengiklanan , saya pasti mereka menjawab “saya pun boleh buat video macam tu”. Ada beza !! Malangnya orang Malaysia masih majority suka kepada mitos dan penipuan sebab itu masih ramai orang Malaysia tertipu. Berapai ramai orang yang memandu selepas jam 12 malam, pasti sedikit sebab takut ada “penumpang” duduk kat belakang. Sebab dengan hanya mendengar cakap-cakap orang, kita pun mula percaya tanpa melalui pengalaman tersebut. Minta maaf rakan-rakan semenanjung, kami Sabahan sebenarnya bukan tinggal atas pokok, Cuma rakan-rakan semenanjung ditipu untuk mempercayai cerita tersebut. Apa-apa pun semua ini berbeza melalui pandangan pembaca masing-masing.

Wednesday, March 27, 2013

Kereta: Loan Bank- Petrol

Kereta: Loan Bank- Petrol ramai pemilik kenderaan diMalaysia menghabiskan wang dengan cara berbelanja untuk mengisi bahan bakar, maintenance,hiasan dalaman dan sound system serta pengubahsuaian kenderaan. Jalan raya juga semakin sesak dengan pelbagai jenama kenderaan, buatan MY dan luar negara. Ini mungkin disebabkan rakyat MY semakin mempunyai wang dengan perkembangan ekonomi yang pesat. syarat deposit yang ditawarkan semakin mudah dan sistem pembayaran ansuran juga telah dipanjangkan sehingga 9 tahun atau lebih. sejajar dengan itu kadar penggunaan minyak juga semakin hari semakin bertambah namun stok bahan mentah seluruh dunia semakin berkurangan. Point sebenar dari cerita ini : langsai sahaja hutang bank para pemilik kenderaan, maka pada masa itu juga harga minyak pula akan melonjak naik. kenderaan berorentasikan solar akan mula dipasarkan, Proton dijangka mula memasarkan prodak kenderaan solar mungkin dalam seawal 2015. mungkin pada masa itu kerajaan tidak lagi memberi subsidi minyak kepada rakyat negara ini. kenderaan lama tak laku sungguhpun berlakunya penurunan harga. satu kerugian kepada peminjam bank apabila kenderaan yang telah setahun dua habis dibayar kini berhadapan dengan situasi besi buruk. Peminjam bank terpaksa membeli kenderaan solar dengan cara membuat re-loan kepad bank yang sama mungkin dengan jumlah yang sama atau lebih. namun ini semua hanya satu andaian selebihnya biarkan para pembaca membuat analisa.

Bumi : Pemanasan Global-Kesan-Hukuman

Bumi : Pemanasan Global-Kesan-Hukuman Isu tentang pemanasan global telah pun dibentangkan sejak tahun 1960an lagi apabila saintis mula membuat analisa tentang kenaikan paras karbon dioksida mula bertambah pada ruang atmosfera. Pada ketika itu ramai orang berspekulasi ianya hanya “keseimbangan alam semulajadi” dan kesemua kejadian tersebut hanya kesan sampingan kepada perindustrian bagi tujuan ekonomi yang baik. Tidak seorang pun ambil kisah tentang kesan pemanasan bumi. Sekumpulan saintis yang diketuai oleh Roger Revelle telah membuat penyelidikan tentang kesan pemanasan global pada tahun tersebut telah menyimpulkan bahawa kesan rumah hijau mampu mencairkan Greenland dan Antratic . keadaan ini akan menyebabkan paras air laut naik dan boleh menenggelamkan pesisiran pantai serta mampu mengubah landskap yang sedia ada. Ditambah lagi perubahan cuaca yang agak drastik. Selepas tahun 1960 semakin ramai saintis mula membuat pemerhatian tentang paras kenaikan karbon dioksida dan didapati meningkat secara mendadak. Petanda: 1. Ice berg mula mencair. Suhu laut semakin meningkat 2. Semakin banyak taufan baru yang muncul seperti taufan Katrina, telah merosakan New Orelans , US 3. Berlakunya banjir besar disebabkan kapasiti hujan semakin banyak. Jika anda melihat dari arah yang berbeza atau luar dari bidang sains. Kutub utara dan kutub selatan merupakan stok penyimpanan air terbesar didunia namun ianya tersimpan dalam bentuk ice berg. Sekiranya dilihat secara terperinci, populasi manusia semakin tahun semakin bertambah. Pembebasan gas karbon dioksida juga bertambah,kita amat memerlukan tumbuh-tumbuhan, Tumbuh-tumbuhan ini boleh kita andaikan sebagai alat “pengimbang udara” atau “air converter” namun tumbuh- tumbuhan pula semakin sedikit kesan dari pembalakan dan pembangunan yang giat manusia lakukan. Disebabkan terjadinya ketidak keseimbangan ini. Sistem alam semulajadi akan bertindak untuk menghukum manusia dengan caranya yang tersendiri sebagai contoh taufan, tanah runtuh, banjir besar, kumarau dan bahang panas. Kesemua malapetaka ini bermaksud untuk mengawal populasi manusia untuk terus berkembang. Dan di khuatiri pencairan ice berg memainkan peranan terburuk sekali dan mungkin ianya juga sebagai “the last defend on Earth”. Kenaikan suhu laut menyebabkan ice berg mencair dan boleh menambah kapasiti air yang sedia ada, maka tidak hairanlah jika berlakunya air bah yang sangat besar dan ditambahi pula dengan kejadian tsunami. Bayangkan dalam taufan berlakunya tsunami. Menurut sains , tsunami terjadi apabila berlakunya gempa bumi dasar laut. jika kapasiti air laut tak banyak maka tak banyaklah air laut melimpah di darat. Tetapi jika kapasiti air laut sudah terlalu banyak maka terlalu banyaklah air laut melimpah di darat. Apa-apa pun ini hanyalah andaian peribadi saya sahaja.