Klik pada google chrome dan klik "customize and control google chrome" pada sisi kanan paling atas google chrome dan klik pada "about google chrome" jika tertera seperti gambar dibawah bermakna google chrome anda perlu update supaya segala jenis bug tidak akan menggangu loading browser anda..(tersangat lambat)
Klik menu start dan taipkan pada run = regedit
klik pada to HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Policies\Google\Update
gantikan nilai update default dari 0 ke 1
dan google chrome akan update secara sendirinya.....
selamat mencuba
Friday, October 3, 2014
Thursday, September 11, 2014
Kertas Peperiksaan UPSR 2014 banyak BOCOR!!!
Mengkritik tentang kebocoran kertas peperiksaan, ramai
murid-murid tahun 6 mengeluh disebabkan terpaksa mengharungi semula peperiksaan
UPSR, mujurlah kerana ianya merupakan peluang kedua para murid untuk membuat
ulangkaji kertas soalan UPSR mereka. Guru-guru juga berpeluang untuk memberi
tunjuk ajar serta tips menjawab soalan.
Tetapi! Orang ramai khususnya ibubapa serta guru-guru
tertanya-tanya bagaimana boleh
berlakunya kertas peperiksaan bocor!!. Siapa dalang sebenar? Siapa yang
bertanggungjawab? Dan Bagaimana rupa sebenar protocol (prosedur) menghantar kertas soalan dari Unit
peperiksaan ke sekolah-sekolah? Adakah bilik stor penyimpan kertas soalan itu
di kunci seperti peti besi?
Mungkinkah sesetengah individu telah dibayar untuk mendapat
salinan kertas soalan UPSR sehari sebelum bermulanya peperiksaan? Jika ianya
benar, untuk kepetingan siapa?
Wahh trend soalan bocor sebenarnya sudah lama berlaku
seperti pernah berlaku pada SPM 1997, 4 orang pelajar telah di sahkan mendapat
kertas soalan bocor spm matematik dan mujurlah hanya mereka sahaja yang perlu
mengulangi semula kertas peperiksaan matematik kerana pelajar-pelajar pada
tahun itu sudah ramai yang balik kampung kerana menganggap diri mereka sudah
“Merdeka” termasuk saya sendiri, hehehehe.
Kalau result sport toto 4D bocor sebelum pada keputusan jam 7.45
malam, saya pasti ramai orang yang menjadi kaya raya.
Wednesday, September 10, 2014
Bayar saman RM 160 selepas 18000 hari
Phoenix : Rasa tanggungjawab mendorong seorang lelaki
membayar denda yang dikenakan atas kelalaiannya separuh abad silam.
Robert Atherton disaman pihak berkuasa kerana meninggalkan
motosikal Vespa miliknya di zon larangan ketika bercuti di Itali, tetapi ia
tidak disedarinya.
Namun dia hanya menyedari kewujudan saman itu beberapa hari
lalu selepas menyemak beberapa surat di terima ketika bercuti di Lerici,
Liguria pada tahun 1954
Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 14 hari dari
tarikh ia di keluarkan.
Atherton di saman 1000 lira (RM2) mengikut matawang hari ini
sekurang-kurangnya 8 euro (RM42). Beliau kemudian membayar saman itu bersama ‘bunga’
terkumpul selama 50 tahun berjumlah AS$ 50 (RM160) kepada pihak berkuasa di
Lerici.
Dia juga mengirim sekeping nota bersama bayaran berkenann
bertulis “Tolong maafkan kealpaan ini”. Atheron bernasib baik kerana tidak di denda
walaupun lewat 18,000 hari membayarnya.
Datuk Bandar Marci Caluri berkata dia kagum dengan kejujuran
Atherton dan patut di contohi.
Hack Celcom dan Digi untuk data unlimited!!!!
Setelah puas surf
hampir kesemua blog, ternyata semua blog itu sebenarnya copy and paste, kuat
meniru dari orang lain, dan paling malang
sekali kesemua hack tersebut hanya omong omong kosong, atau tak boleh pakai!!
Hack Digi yang mereka maksudkan adalah VPN dari opera mini, atau proxy server,
tetapi hack untuk unlimited data tidak pula di ceritakan.
Rakan-rakan sekalian
untuk hack SIM CARD supaya dapat unlimited data hanya boleh dilakukan oleh
seseorang yang bekerja dalam syarikat telekomunikasi seperti digi,celcom atau
maxis sahaja, dan ini adalah kegiatan fraud oleh staf mereka.
Kalau nak tahu, SIM
Kad telefon yang masih baru contohnya DIGI, sebenarnya masih kosong cuma ada
data mentah ,data untuk terima isyarat radio dari syarikat Digi tersebut, Data
yang dimaksudkan ini adalah aturcara ringkas atau program, kerana sim kad
menyimpan data dalam bentuk bit.
Bagaimana pula
dengan agen mereka? Tugas mereka ialah mencari pelanggan , dapat pelanggan
(duit) baru bagi info seperti no telefon kepada hacker (staf telekomunikasi)
dan hacker itu akan bertidak untuk settkan mana-mana yang perlu
Cara Ianya berfungsi
Untuk mendapatkan
unlimited data, seseorang dari syarikat DIGI/Celcom perlu membuat fraud untuk
set kan no tel pengguna A ke unlimited , isyarat dari Syarikat Digi/Celcom akan
menghantar data baru kepada SIM Kad si A, ianya diterima melalui smart phone
tanpa anda sedari. Data baru akan overwrite data lama tetapi senarai no telefon
rakan-rakan anda tidak hilang, Cuma value data bandwith di ubah dari kecil
kepada besar, agak-agak cara ni kot!!
Contohnya “set data = 10MBPS to 1000MBPS” .
Mungkin ada device
untuk kita hack semua SIM CARD yang ada Cuma kita tak tahu mana nak cari!
Sekiranya data itu
boleh kita ubah secara suka-suka, tentu syarikat telekomunikasi tak lama lagi
akan gulung tikar.
Dengan menggunakan
VPN berbayar anda boleh melayari internet dengan data unlimited, tetapi jika
quota Digi/Celcom habis, jadi slowlah line internet anda jawabnya. klik sini untuk Free APN khas untuk digi sahaja
Jadikan kipas komputer terbuang menjadi penyerap haba lihat Youtube
Jadikan kipas komputer terbuang menjadi penyerap haba lihat Youtube
Toyol dalam pasaraya
Saya yakin ramai dikalangan anda selalu berkunjung di
pasaraya-pasaraya besar seperti Giant,The Store,Tesco atau Mydin. Tahukah anda
kenapa wang anda dihabiskan dalam pasaraya tersebut? dan bila balik rumah
barulah anda sedar bahawa anda telah berbelanja lebih!! ini rahsianya:
Amaran!! Tiada Toyol dalam pasaraya, yang ada cuma manusia
biasa seperti anda.
Pertama : Suasana pasaraya, sekiranya terdapat ramai
pengunjung dalam pasaraya itu, pelanggan dari luar akan tertanya-tanya apakah yang
sedang berlaku dalam pasaraya tersebut? sifat ingin tahu merupakan salah satu
sifat manusia sejak zaman ajali lagi. Apabila kita berada dalam suasana yang
ramai, kita berasa lebih yakin dan selamat.
Kedua : Jangan masuk pasaraya apabila anda berasa sangat
lapar!. Kesemua makanan dalam pasaraya itu nampak sangat sedap dan kalau boleh
saya nak beli kesemuanya. Di nasihatkan agar anda bersarapan dari rumah atau
sekurang-kurangnya makanlah sedikit biskut sebagai alas perut, jika anda
membawa seluruh ahli keluarga anda bershopping, pastikan keluarga anda sudah
bersarapan atau carilah makanan sebagai alas perut.
Ketiga: Cuba
anda lihat setiap gondola (rak) , harga promosi pasti ada di lekatkan dan jika
anda perhatikan betul-betul, terdapat 2 atau lebih jenis prodak yang sedang
ditawarkan dalam harga murah. Taukeh kedai sebenarnya secara halus sedang
mempengaruhi minda para pelanggan untuk "memaksa" mengeluarkan wang
dari dompet anda, contohnya beli barangan yang tak sepatutnya dibeli!.
Ke empat : Sasaran Kanak-kanak : Seperti yang kita ketahui,
kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah untuk di brain wash!, Jika
anda masih ingat semasa zaman sekolah rendah, Lori Milo datang ke sekolah untuk
memberi minuman free kepada murid-murid, siapa tak mahu, sedappp!!!...brain
wash yang kini telah meresap dalam minda orang dewasa kemudian di perturunkan
pula kepada anak-anak mereka. Pengilang Milo iaitu Nestle telah berjaya
mendapatkan pelanggan tetap selama 20 tahun dan akan berterusan, kerana mereka
tahu kanak-kanak itu suatu hari nanti akan membesar dan terus menerus menjadi
pelanggan tetap mereka. Boleh beli tetapi beli yang penting sahaja.
Ke lima
: Sasaran Wanita : kaum wanita merupakan pembeli utama dalam pasaraya, mereka
akan membeli keperluan terlebih dahulu kemudian kehendak. Namun kadang kala ada
juga penuh sampai satu troli. Tiada senarai barangan yang disediakan dari
rumah. Perancangan pembelian barangan perlu ada sebelum pergi shopping!.
Ke enam : Atmosfera : Suasana kedai yang cerah, teratur dan
berwarna-warni (kepelbagian jenis prodak) juga mempengaruhi emosi kepada mood
gembira semasa bershopping, situasi ini mempengaruhi anda untuk berbelanja
lebih dari sepatutnya.
Ke Tujuh : Kaedah pembayaran : Tahukah anda kenapa gula-gula
seperti mentos,chewing gum atau coklat berada di kaunter juruwang?. Semasa
menunggu giliran anda tiba, mata anda akan berputar-putar untuk melihat arah
lain selain melihat juruwang yang sememangnya cun melecun, secara tak sedar
anda terlihat pula gula-gula kegemaran anda atau coklat kegemaran yang sudah
lama anda tidak nikmati tanpa berfikir panjang anda pasti membeli prodak
tersebut, kini anda berbelanja lebih dari yang telah anda rancang. Pembayaran
mudah menggunakan tunai, kad debit dan kad kredit.Wang tunai paling banyak
digunakan ketika hari gaji dan 15 hari selepas hari gaji, kad kredit pula
paling banyak digunakan 7 hari sebelum hari gaji.
Toyol dalam pasaraya sebenarnya diri anda sendiri!!!
#Selamat Bershopping
Tuesday, September 9, 2014
Membesarkan Zakar Kaedah Mengarut
Saiz penis anda kecil? Menurut Dr Sakit Tuan ; Dr Ismail Thamby , beliau mengatakan saiz zakar bagi orang asia sebenarnya normal dan tak perlulah nak membesarkan alat kelamin. bentuk dan saiz anggota sulit lelaki tertakluk kepada baka, keturunan dan tumbersaran yang sempurna.
Namun jika kecil kurang dari 6 cm, ia digelar "micropenis". Pembukaan faraj pula kira-kira 1 cm dan ukuran panjang antara 6 cm hingga 9 cm, tetapi boleh meluas dn memanjang mengikut acuan alat sulit lelaki.
Di sebabkan bahagian anggota sulit wanita yang terangsang terletak di luar dan berdekatan dengan G-Spot, zakar berukuran 6 cm hingga 9 cm masih mampu memberikan kepuasan kepada wanita, bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa sebilangan wanita lebih teruja dengan saiz luar biasa.
Pada masa ini s, semua pil,krim dan alat pam di dapati tidak berkesan serta hanya membazirkan wang. Kaedah "somaterapi" atau suntikan minyak cendana kepada alat sulit hanya mengakibatkan kerdadangan isi dan bahagian itu membesar tetapi tidak panjang malah kelihatan kontot.
Janganlah cuba kaedah mengarut yang dipasarkan beberapa pengamal bukan doktor, tabib atau pembantu hospital. Jika sudah besar alat sulit kelihatan macam kena sakit untut.
Pemulihan adalah melalui pembedahan dan ia sangat mahal selain tidak memulihkan zakar dengan sempurna. kaedah yang di uji kaji ialah kaedah penarik otot atau "Penis Extension" dengan menggunakan alat penarik zakar.
Kini memang wujud banyak model yang murah dan tidak pernah dikaji, kecuali alat penarik zakar yang dikenali sbagai "Andropenis".
Adalah dinasihatkan agar berjumpa doktor terlebih dahulu sekiranya berasa ragu-ragu tentang saiz atau masalah ereksi bagi tujuan pemeriksaan. Metro Ahad 7 Sept 2014
# Saiz bukan ukuran tetapi karma sutra memainkan peranan.

Monday, September 8, 2014
Cara-cara buat kartun atau animasi sendiri
Sekadar Hiasan |
Kemahiran melukis menggunakan pensil atau pen tidaklah semudah yang disangkakan, tidak semua manusia memiliki kemahiran ini. Menurut sains, kebolehan seseorang itu bermula sejak beliau berumur 5 tahun atau kurang dari itu. Ibu bapa boleh melihat sendiri anak kecil mereka menghasilkan sesuatu yang kreatif tanpa bantuan orang dewasa.
Sekiranya anda merupakan orang dewasa dan tidak mahir melukis kartun, disini ada ebook free untuk anda >> disini
Buat Website Sendiri
Anda ingin membuat website yang canggih-canggih macam PRO? Boleh belajar di sini dan perkhidmatan webhosting juga ada!!
Tetapi ramai orang yang tertanya-tanya, buat apa aku nak buat website, bukan ada aper aku nak jual online!!hahahaha lawak memangnya lawak. Tak tahu prodak yang nak dijual.
Untuk pengetahuan saudara dan saudari, memiliki sebuah website memang best apa!. Anda boleh memperkenalkan syarikat anda serta perkhidmatan yang bakal anda berikan sebagai contoh : Service buat game pc, service buat website untuk bakal pelanggan, memperkenalkan prodak kuih muih atau biskut, atau pun saja suka-suka mempromosikan daerah anda (tourist). Ataupun menyediakan flash game dalam masa yang sama boleh letak banner ads dengan harapan ada pelawat yang akan klik kerana suka!!!
Klik banner diatas tu "Livecity"

Coklat Mahal atau Buat sendiri
Coklat? Sebut pasal benda ini, semua orang tahu memang sedap cuma awal tahun ni ada orang kata cadbury mengandungi DNA Babi, namun pihak pengilang cadbury telah menafikannya!!
Sejarah asal pembuatan coklat bermula dari Mesoamerica , dikenali kini sebagai Amerika Selatan
yang terdiri daripada Mexico,Guatemala,El Salvador,Hoduras, Nicaragua dan Costa Rica selatan. Dan di kenal pasti bermula sejak 1900 S.M. bersamaan dengan zaman Kaum Maya (Tamadun yang Hilang).
Mesoamerica |
Mereka percaya bahawa apabila seseorang itu meminum minuman coklat ,mereka mempunyai tenaga seks yang kuat serta mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa.
Terbukti pada zaman ini bahawa memakan kepingan coklat akan memberikan kita tenaga segera terutama sekali berjalan dalam jarak yang jauh.
Tak salah kita mempelajari kaedah membuat coklat yang telah pun bermula sejak 4000 tahun yang lalu!!
Sunday, June 15, 2014
Perkasam atau Bosou
Bosou (Perkasam ikan atau Daging) - Merupakan salah satu makanan tradisi bagi suku kaum kadazan,dusun ,runggus dan murut. Ianya diperam selama satu minggu, Berbau kurang enak, tetapi sangat enak jika dimakan.
Disebabkan peti ais belum ada atau wujud pada zaman dahulu, kaedah peram digunakan bagi mengelakkan pembaziran barangan makanan terutamanya daging yang agak sukar di simpan untuk jangka masa panjang.
Tempoh matang bosou ini memakan masa 1 hingga 2 minggu dari mula ianya dibuat, dan tempoh luput pula dalam 60 hari lamanya. Sekiranya berkulat maka bosou ini tidak boleh dimakan sama sekali.
Resepi baru dan moden iaitu digoreng dengan bawang merah dan putih serta halia untuk mengharumkan masakan.
Kepada mereka yang ingin mencuba, sila cari pasar basah mana-mana bandar di Sabah, terutama di bahagian Pantai Barat, anda pasti terjumpa bosou ini.
Berbau kurang enak, tetapi sangat enak jika dimakan
Pantang Larang Ketika Memburu KDRM Style
Sebelum adanya senjata api di Borneo Utara suatu ketika dahulu, Sumpit merupakan senjata jarak jauh yang amat digeruni oleh pihak musuh, ianya senyap,mudah dibawa dan dan jarak sumpit antara sasaran dianggarkan 50 Meter, kelajuan damak pula dianggarkan 80 Kilometer sejam tetapi semua itu bergantung kepada stamina si pengguna. Kadar masa racun bertindak pula bergantung kepada jumlah ramuan . racun itu pula diperbuat daripada....(psst mana buli kasi tau nanti kau campin)
Tujuan utama sumpit dibuat sebenarnya adalah untuk memburu binatang dalam hutan tebal.
Kehebatan seorang pemburu bergantung kepada 3 faktor iaitu:
a) Skill menggunakan Sumpit (hebat macam robin hood) , sangat tiru (sangat tepat sasarannya)
b) Penjejak yang bagus - mampu mengenal pasti tapak kaki binatang termasuklah jumlah kumpulan bintang itu, arah laluan, jantina binatang serta saiz binatang tersebut dengan hanya melihat kesan tapak kaki. (Hebat)
c) Ikut pantang larang semasa memburu (Rules of games)
Pertama : Jangan banyak bercakap ketika berjalan kearah sasaran , binatang mempunyai deria rasa yang cukup tajam termasuklah pendengaran dan deria hidu.
Kedua : Jangan tegur anak dara di tengah hutan ,biarkan saja anak dara itu berlalu pergi.
a) Di khuatiri Makhluk Halus - anda tegur atau mengacau, anda pasti sesat tak jumpa jalan pulang
b) Umpan dari Suku Kaum yang lain-Anda mengacau, Sumpit dari pihak lain sudah standby aiming at your macam sniper lah konon dari dalam belukar, kerana anda sudah berada di kawasan mereka tanpa anda sedari.
Ketiga : Sentiasa pastikan rakan anda dibelakang anda, takut terjadinya friendly fire .
Keempat : Setiap hasil buruan perlu disalai bagi mengelakkan ianya busuk menjadi bangkai
Kelima : Disebabkan hutan tebal, banyak makhluk halus sentiasa memerhatikan si pemburu, maka akan ada sedikit ritual memberi makan kepada makhluk halus tersebut kononnya mengelakkan dari malapetaka. tak pasti pula kaedahnya...
Keenam : Buruan haruslah cukup-cukup sahaja tidak boleh lebih, nanti spesis itu terancam dan susah untuk diburu untuk musim akan datang. "orang tamak selalu rugi"
Pantang larang ini masih diguna pakai sehingga zaman IT terutamanya patang larang No1,No2,No3 dan No6. Kes No3 memang selalu terjadi, kawan tembak kawan , kawan disangkakan kancil.
Menjana Wang secara Online
Ramai tertanya-tanya bagaimana untuk menjana wang melalui internet. Ada 4 Kaedah sebenarnya
a) Blog
Blog free menggunakan google blogger, perlu update setiap hari atau 3 kali seminggu untuk mendapatkan viewer yang ramai, kemudian bolehlah anda mendaftar masuk ke nuffnang.com dan lihat langkah-langkah memasang banner iklan yang ditunjukkan. Pendapatan anda di perolehi melalui iklan yang di klik oleh pengunjung.
Keburukan blog adalah, terlalu ramai orang yang suka copy and paste cerita orang lain dan unsur-unsur fitnah juga cepat tersebar. Segala idea anda akan dicuri dengan kaedah copy & paste.
b) Jual beli matawang (FOREX)
Penganut Islam di Malaysia (Sahaja) telah diharamkan untuk menyertai perniagaan ini kerana mempunyai unsur-unsur riba yang sangat tinggi dan tidak relevan. Bagi yang bukan muslim, anda boleh mencuba untuk membuka akaun di liteforex.com
Sila Rujuk www.investing.com untuk fundamental analysis dan Technical analysis
Keburukan : Pelaburan anda tersangat berisiko tinggi untuk lebur (hangus)
c) Kedai Online
Membuka kedai online iaitu menjual barangan yang tiada dalam pasaran tempatan atau jarang didapati di pasaraya. Kaedah tempah melalui online dan menghantar kepada si pemesan. Cara jual beli menggunakan bank-bank tempatan atau paypal (e-currency)
Keburukan : Barangan yang anda tempah haruslah bukan prodak makanan dan kadang-kala scammer juga pandai menipu para pelanggan.
d) Youtube adsense
Anda perlu membuka akaun youtube (free) dan mula merakam vedio klip yang original buatan sendiri. Anda haruslah tahu teknik membuat wayang simple atau aksi pendek agar para penonton akan berulang-ulang melihat vedio klip buatan sendiri anda. Had masa setiap klip ialah 3 minit hingga 5 minit.
Keburukan : Anda haruslah mempunyai viewer sebanyak yang boleh barulah youtube akan mengaktifkan option untuk "ready to advertise".
------------------------------
Buka akaun paypal secara percuma disini atau buka akaun perfect money disini
e) AppsTrailer
Setiap kali anda melihat trailer movie hollywood yang terbaru anda akan diberi point minima 5 maksima 10 bergantung kepada panjang klip tersebut. Minima pengeluaran ialah 500 point (USD 0.50) terus ke akaun paypal anda. Sekiranya anda tak nak lihat trailer, anda juga boleh "free Scratch" untuk mendapatkan point.
Keburukan : Perlu menggunakan Smart Phone aplikasi Andriod dan ianya memakan kouta internet anda.

Wednesday, June 4, 2014
Buah Epal Gala
Buah Apple Gala
Berasal dari negara New Zealand, ianya merupaka kacukan buah Epal
"Kidd's Orange Red' + 'Golden Delicious'" dan kacukan ini dinamakan Gala Epal
Buah Epal Gala mempunyai rasa yang sangat manis, mengandungi khasiat tinggi,berbau wangi serta ranggup.
Permintaan pelanggan terhadap buah ini sangat tinggi setelah terhasilnya kacukan ini.
untuk keterangan lebih lanjut sila layari disini
Wang Perlindungan
Apa yang dimaksudkan wang perlindungan? adakah ianya insuran? atau tujuannya untuk mengugut seseorang agar tidak dibuli atau dicederakan?
Pada masa dahulu wang perlindungan bermaksud "ufti" dan ianya harus di berikan kepada seseorang yang berkuasa contohnya Raja ,Maharaja atau Sultan dan individu tersebut haruslah mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik dan ketenteraan.
Pembayaran "ufti" bermaksud negara atau negeri atau wilayah yang dijajah tidak akan diserang oleh negara yang lebih kuat. Namun secara umumnya pembayaran ufti ini amat membebankan rakyat dibawah jajahan tersebut, dengan tempoh yang telah ditetapkan, kerajaan yang dijajah haruslah membayar ufti tersebut dalam jumlah yang diminta oleh negara yang menjajah. Sebagai contoh jika diminta membayar 1000 tahil emas setahun maka dengan apa cara sekali pun negara bawah jajahan haruslah mencari jalan untuk membayar ufti yang di arahkan.
Bagaimana pula dengan wang perlindungan? Gengster atau Samseng selalu mengugut para peniaga tempatan untuk memberi wang perlindungan kepada mereka jika tidak maka para peniaga pastinya akan menerima kesan negatif sebagai contoh, dipukul atau kedai mereka di rosakkan atau lebih teruk lagi dibakar bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.
Wang mudah dan atas angin
Kejadian seperti ini sudah berlaku sejak ribuan tahun lagi sejak zaman pemerintahan rome purba, pemunggut cukai dengan bala tentera akan datang ke sebuah kampung dan meminta wang secara paksa dan kejam. Bayangkan sekumpulan perompak datang dan mengambil wang serta isi rumah anda dengan cara memukul hingga parah jika melawan atau sesuka hati merosakkan anak gadis anda di sebabkan tiada apa yang mampu anda berikan setelah wang anda habis dikutip dengan kadar yang amat tinggi nilainya.
Pengalaman saya melihat rakan saya di pukul oleh sekumpulan lelaki gara-gara inginkan "bahagian" dalam perniagaan gelap cyber judi. Agak besar permintaan wang perlindungan mereka yang saya kira tidak releven
bayangkan wang perlindungan RM8000.00 setiap 2 minggu? Perniagaan gelap Cyber Judi yang tidak mempunyai lesen perjudian sah dan teramat sukar untuk membuat aduan polis kerana sememangnya salah di sisi undang-undang. Cadangan yang baik ialah menutup permis judi beralih kepada perniagaan runcit atau motor service.
Sekian

Tuesday, June 3, 2014
Cerita lawak 1.0.1
Soalan 1
Mr A : kenapa pokok kelapa perlu ditebang menggunakan kapak?
Mr B : memang sudah lumrah alam.
Mr A : tak salah tu
Mr B : Jadi apa jawapan kau?
Mr A : Kau gilakah?, pokok kelapa mana boleh dicabut.
Mr B : $$%%&&??
Soalan 2
Mr B : Mr A, kau tahu kah apa yang berwarna kuning hanya monyet sahaja yang tahu?
Mr A : Sudah tentu pisang!!
Mr B : Memang kau monyet...heheheeheee
Mr A : $%^$&Q$&!!
------------------------------------------------
Internet Cafe!! Must
Mum (to her son) : where have you been all day,Ah Guan?
Ah Guan : I was in a cave
Mum :What were you doing in a cave?
Ah Guan : surfing the net. What Else?

Monday, June 2, 2014
Cerita lawak : Si Penjual Topi dan Sekumpulan Monyet
Pada zaman dahulu di sebuah kampung tinggalah seorang penjual topi yang sangat mahir dalam membuat topi menggunakan kulit rotan,daun kayu dan kulit binatang.
Isteri beliau juga turut serta dalam perniagaan topi ini termasuklah proses pemilihan bahan mentah sehinggalah siapnya topi yang dianyam atau dijahit. Seminggu sekali mereka akan berjalan kaki selama 3 jam untuk sampai ke pekan yang berhampiran untuk menjual topi-topi yang telah siap. Topi yang mereka hasilkan adalah sangat cantik, berwarni-warni dan bermacam fesyen pula tu.
Di sebabkan Isterinya sudah berbadan dua ,maka si penjual topi terpaksa membawa topi-topi ini ke pekan seorang diri sementara isterinya berehat di rumah.
Pada suatu hari .....Klik sini untuk sambungan seterusnya...

Friday, January 17, 2014
Kangkung Turun Harga!!!
Gara-gara PM malaysia berkata demikian...ramai rakyat Malaysia terutamanya penyokong parti pembangkang mempersendakan perkataan "kangkung" di halaman sosial seperti twitter dan Facebook. Ianya bermula dari awal 13 januari 2014, seolah-olah lawak pembuka tirai kepada tahun 2014.
Isu kenaikan harga barangan menjadi topik utama kepada rakyat negara ini dan sedia maklum bahawa harga barangan naik di luar kawalan KPDN.
Untuk makluman para pembaca khasnya pekerja kerajaan, Setiap tahun sektor swasta pasti menaikkan gaji pekerja mereka dalam purata 3%-6% daripada gaji pokok agar pekerja mahir mereka tidak "lari" ke syarikat yang lain terutama pesaing mereka dan anda juga harus tahu bahawa pekerja swasta terdiri daripada mereka yang berstatus survival!!. Sebab itulah wujudnya "Employee is the great asset to a company!!".
*Untuk survival pekerja swasta perlu ada Jati diri, disiplin, pengurusan masa, tenaga kaki serta tangan juga otak 100% diberi kepada syarikat dan haruslah positif thinking. Boss lebih suka pekerja jenis ini berbanding pekerja yang "makan angin" semasa bertugas (pekerja jenis ini amat mudah di terminated!!!)*
Apabila gaji pekerja naik dalam julat yang telah disebutkan tadi maka berlakunya pertambahan kos operasi dalam julat itu juga. Bagi memastikan syarikat itu terus "selamat", harga jual (harga kilang) perlu dinaikkan, faktor ini menyebabkan inflasi!!. sebenarnya banyak pemboleh ubah lain yang menentukan harga jual(harga kilang) ini naik atau turun, tetapi malangnya harga tetap naik.
Ingat ini : Pekerja kilang naik gaji + Pemandu Lori naik gaji + Krew Kapal Kargo Naik Gaji + Pengedar Naik Gaji + Pekerja Pasaraya Naik Gaji.
Harga Barang sampai ke tangan pengguna pun turut naik !!!! KPDN ingin membuat kajian terperinci, so mereka harus bermula dari Pekerja Kilang looooo........

Subscribe to:
Posts (Atom)