Phoenix : Rasa tanggungjawab mendorong seorang lelaki
membayar denda yang dikenakan atas kelalaiannya separuh abad silam.
Robert Atherton disaman pihak berkuasa kerana meninggalkan
motosikal Vespa miliknya di zon larangan ketika bercuti di Itali, tetapi ia
tidak disedarinya.
Namun dia hanya menyedari kewujudan saman itu beberapa hari
lalu selepas menyemak beberapa surat di terima ketika bercuti di Lerici,
Liguria pada tahun 1954
Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 14 hari dari
tarikh ia di keluarkan.
Atherton di saman 1000 lira (RM2) mengikut matawang hari ini
sekurang-kurangnya 8 euro (RM42). Beliau kemudian membayar saman itu bersama ‘bunga’
terkumpul selama 50 tahun berjumlah AS$ 50 (RM160) kepada pihak berkuasa di
Lerici.
Dia juga mengirim sekeping nota bersama bayaran berkenann
bertulis “Tolong maafkan kealpaan ini”. Atheron bernasib baik kerana tidak di denda
walaupun lewat 18,000 hari membayarnya.
Datuk Bandar Marci Caluri berkata dia kagum dengan kejujuran
Atherton dan patut di contohi.
No comments:
Post a Comment