Mengkritik tentang kebocoran kertas peperiksaan, ramai
murid-murid tahun 6 mengeluh disebabkan terpaksa mengharungi semula peperiksaan
UPSR, mujurlah kerana ianya merupakan peluang kedua para murid untuk membuat
ulangkaji kertas soalan UPSR mereka. Guru-guru juga berpeluang untuk memberi
tunjuk ajar serta tips menjawab soalan.
Tetapi! Orang ramai khususnya ibubapa serta guru-guru
tertanya-tanya bagaimana boleh
berlakunya kertas peperiksaan bocor!!. Siapa dalang sebenar? Siapa yang
bertanggungjawab? Dan Bagaimana rupa sebenar protocol (prosedur) menghantar kertas soalan dari Unit
peperiksaan ke sekolah-sekolah? Adakah bilik stor penyimpan kertas soalan itu
di kunci seperti peti besi?
Mungkinkah sesetengah individu telah dibayar untuk mendapat
salinan kertas soalan UPSR sehari sebelum bermulanya peperiksaan? Jika ianya
benar, untuk kepetingan siapa?
Wahh trend soalan bocor sebenarnya sudah lama berlaku
seperti pernah berlaku pada SPM 1997, 4 orang pelajar telah di sahkan mendapat
kertas soalan bocor spm matematik dan mujurlah hanya mereka sahaja yang perlu
mengulangi semula kertas peperiksaan matematik kerana pelajar-pelajar pada
tahun itu sudah ramai yang balik kampung kerana menganggap diri mereka sudah
“Merdeka” termasuk saya sendiri, hehehehe.
Kalau result sport toto 4D bocor sebelum pada keputusan jam 7.45
malam, saya pasti ramai orang yang menjadi kaya raya.
No comments:
Post a Comment