Wednesday, September 10, 2014

Toyol dalam pasaraya

Saya yakin ramai dikalangan anda selalu berkunjung di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant,The Store,Tesco atau Mydin. Tahukah anda kenapa wang anda dihabiskan dalam pasaraya tersebut? dan bila balik rumah barulah anda sedar bahawa anda telah berbelanja lebih!! ini rahsianya:
Amaran!! Tiada Toyol dalam pasaraya, yang ada cuma manusia biasa seperti anda.


Pertama : Suasana pasaraya, sekiranya terdapat ramai pengunjung dalam pasaraya itu, pelanggan dari luar akan tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku dalam pasaraya tersebut? sifat ingin tahu merupakan salah satu sifat manusia sejak zaman ajali lagi. Apabila kita berada dalam suasana yang ramai, kita berasa lebih yakin dan selamat.

Kedua : Jangan masuk pasaraya apabila anda berasa sangat lapar!. Kesemua makanan dalam pasaraya itu nampak sangat sedap dan kalau boleh saya nak beli kesemuanya. Di nasihatkan agar anda bersarapan dari rumah atau sekurang-kurangnya makanlah sedikit biskut sebagai alas perut, jika anda membawa seluruh ahli keluarga anda bershopping, pastikan keluarga anda sudah bersarapan atau carilah makanan sebagai alas perut.

Ketiga: Cuba anda lihat setiap gondola (rak) , harga promosi pasti ada di lekatkan dan jika anda perhatikan betul-betul, terdapat 2 atau lebih jenis prodak yang sedang ditawarkan dalam harga murah. Taukeh kedai sebenarnya secara halus sedang mempengaruhi minda para pelanggan untuk "memaksa" mengeluarkan wang dari dompet anda, contohnya beli barangan yang tak sepatutnya dibeli!.

Ke empat : Sasaran Kanak-kanak : Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah untuk di brain wash!, Jika anda masih ingat semasa zaman sekolah rendah, Lori Milo datang ke sekolah untuk memberi minuman free kepada murid-murid, siapa tak mahu, sedappp!!!...brain wash yang kini telah meresap dalam minda orang dewasa kemudian di perturunkan pula kepada anak-anak mereka. Pengilang Milo iaitu Nestle telah berjaya mendapatkan pelanggan tetap selama 20 tahun dan akan berterusan, kerana mereka tahu kanak-kanak itu suatu hari nanti akan membesar dan terus menerus menjadi pelanggan tetap mereka. Boleh beli tetapi beli yang penting sahaja.

Ke lima : Sasaran Wanita : kaum wanita merupakan pembeli utama dalam pasaraya, mereka akan membeli keperluan terlebih dahulu kemudian kehendak. Namun kadang kala ada juga penuh sampai satu troli. Tiada senarai barangan yang disediakan dari rumah. Perancangan pembelian barangan perlu ada sebelum pergi shopping!.

Ke enam : Atmosfera : Suasana kedai yang cerah, teratur dan berwarna-warni (kepelbagian jenis prodak) juga mempengaruhi emosi kepada mood gembira semasa bershopping, situasi ini mempengaruhi anda untuk berbelanja lebih dari sepatutnya.

Ke Tujuh : Kaedah pembayaran : Tahukah anda kenapa gula-gula seperti mentos,chewing gum atau coklat berada di kaunter juruwang?. Semasa menunggu giliran anda tiba, mata anda akan berputar-putar untuk melihat arah lain selain melihat juruwang yang sememangnya cun melecun, secara tak sedar anda terlihat pula gula-gula kegemaran anda atau coklat kegemaran yang sudah lama anda tidak nikmati tanpa berfikir panjang anda pasti membeli prodak tersebut, kini anda berbelanja lebih dari yang telah anda rancang. Pembayaran mudah menggunakan tunai, kad debit dan kad kredit.Wang tunai paling banyak digunakan ketika hari gaji dan 15 hari selepas hari gaji, kad kredit pula paling banyak digunakan 7 hari sebelum hari gaji.

Toyol dalam pasaraya sebenarnya diri anda sendiri!!!


#Selamat Bershopping

No comments: