Apa yang dimaksudkan wang perlindungan? adakah ianya insuran? atau tujuannya untuk mengugut seseorang agar tidak dibuli atau dicederakan?
Pada masa dahulu wang perlindungan bermaksud "ufti" dan ianya harus di berikan kepada seseorang yang berkuasa contohnya Raja ,Maharaja atau Sultan dan individu tersebut haruslah mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik dan ketenteraan.
Pembayaran "ufti" bermaksud negara atau negeri atau wilayah yang dijajah tidak akan diserang oleh negara yang lebih kuat. Namun secara umumnya pembayaran ufti ini amat membebankan rakyat dibawah jajahan tersebut, dengan tempoh yang telah ditetapkan, kerajaan yang dijajah haruslah membayar ufti tersebut dalam jumlah yang diminta oleh negara yang menjajah. Sebagai contoh jika diminta membayar 1000 tahil emas setahun maka dengan apa cara sekali pun negara bawah jajahan haruslah mencari jalan untuk membayar ufti yang di arahkan.
Bagaimana pula dengan wang perlindungan? Gengster atau Samseng selalu mengugut para peniaga tempatan untuk memberi wang perlindungan kepada mereka jika tidak maka para peniaga pastinya akan menerima kesan negatif sebagai contoh, dipukul atau kedai mereka di rosakkan atau lebih teruk lagi dibakar bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.
Wang mudah dan atas angin
Kejadian seperti ini sudah berlaku sejak ribuan tahun lagi sejak zaman pemerintahan rome purba, pemunggut cukai dengan bala tentera akan datang ke sebuah kampung dan meminta wang secara paksa dan kejam. Bayangkan sekumpulan perompak datang dan mengambil wang serta isi rumah anda dengan cara memukul hingga parah jika melawan atau sesuka hati merosakkan anak gadis anda di sebabkan tiada apa yang mampu anda berikan setelah wang anda habis dikutip dengan kadar yang amat tinggi nilainya.
Pengalaman saya melihat rakan saya di pukul oleh sekumpulan lelaki gara-gara inginkan "bahagian" dalam perniagaan gelap cyber judi. Agak besar permintaan wang perlindungan mereka yang saya kira tidak releven
bayangkan wang perlindungan RM8000.00 setiap 2 minggu? Perniagaan gelap Cyber Judi yang tidak mempunyai lesen perjudian sah dan teramat sukar untuk membuat aduan polis kerana sememangnya salah di sisi undang-undang. Cadangan yang baik ialah menutup permis judi beralih kepada perniagaan runcit atau motor service.
Sekian
No comments:
Post a Comment