Sunday, June 15, 2014
Perkasam atau Bosou
Bosou (Perkasam ikan atau Daging) - Merupakan salah satu makanan tradisi bagi suku kaum kadazan,dusun ,runggus dan murut. Ianya diperam selama satu minggu, Berbau kurang enak, tetapi sangat enak jika dimakan.
Disebabkan peti ais belum ada atau wujud pada zaman dahulu, kaedah peram digunakan bagi mengelakkan pembaziran barangan makanan terutamanya daging yang agak sukar di simpan untuk jangka masa panjang.
Tempoh matang bosou ini memakan masa 1 hingga 2 minggu dari mula ianya dibuat, dan tempoh luput pula dalam 60 hari lamanya. Sekiranya berkulat maka bosou ini tidak boleh dimakan sama sekali.
Resepi baru dan moden iaitu digoreng dengan bawang merah dan putih serta halia untuk mengharumkan masakan.
Kepada mereka yang ingin mencuba, sila cari pasar basah mana-mana bandar di Sabah, terutama di bahagian Pantai Barat, anda pasti terjumpa bosou ini.
Berbau kurang enak, tetapi sangat enak jika dimakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment