Sunday, June 15, 2014

Pantang Larang Ketika Memburu KDRM Style



 

Sebelum adanya senjata api di Borneo Utara suatu ketika dahulu, Sumpit merupakan senjata jarak jauh yang amat digeruni oleh pihak musuh, ianya senyap,mudah dibawa dan dan jarak sumpit antara sasaran dianggarkan 50 Meter, kelajuan damak pula dianggarkan 80 Kilometer sejam tetapi semua itu bergantung kepada stamina si pengguna. Kadar masa racun bertindak pula bergantung kepada jumlah ramuan . racun itu pula diperbuat daripada....(psst mana buli kasi tau nanti kau campin)

Tujuan utama sumpit dibuat sebenarnya adalah untuk memburu binatang dalam hutan tebal.
Kehebatan seorang pemburu  bergantung kepada 3 faktor iaitu:

a) Skill menggunakan Sumpit (hebat macam robin hood) , sangat tiru (sangat tepat sasarannya)
b) Penjejak yang bagus -  mampu mengenal pasti tapak kaki binatang termasuklah jumlah kumpulan bintang itu, arah laluan, jantina binatang serta saiz binatang tersebut dengan hanya melihat kesan tapak kaki. (Hebat)

c) Ikut pantang larang semasa memburu (Rules of games)

Pertama : Jangan banyak bercakap ketika berjalan kearah sasaran , binatang mempunyai deria rasa yang cukup tajam termasuklah pendengaran dan deria hidu.

Kedua : Jangan tegur anak dara di tengah hutan ,biarkan saja anak dara itu berlalu pergi.
a) Di khuatiri Makhluk Halus - anda tegur atau mengacau, anda pasti sesat tak jumpa jalan pulang
b) Umpan dari Suku Kaum yang lain-Anda mengacau, Sumpit dari pihak lain sudah standby aiming at your macam sniper lah konon dari dalam belukar, kerana anda sudah berada di kawasan mereka tanpa anda sedari.

Ketiga : Sentiasa pastikan rakan anda dibelakang anda, takut terjadinya friendly fire .

Keempat : Setiap hasil buruan perlu disalai bagi mengelakkan ianya busuk menjadi bangkai

Kelima : Disebabkan hutan tebal, banyak makhluk halus sentiasa memerhatikan si pemburu, maka akan ada sedikit ritual memberi makan kepada makhluk halus tersebut kononnya mengelakkan dari malapetaka. tak pasti pula kaedahnya...

Keenam : Buruan haruslah cukup-cukup sahaja tidak boleh lebih, nanti spesis itu terancam dan susah untuk diburu untuk musim akan datang. "orang tamak selalu rugi"

 Pantang larang ini masih diguna pakai sehingga zaman IT terutamanya patang larang No1,No2,No3 dan No6. Kes No3 memang selalu terjadi, kawan tembak kawan , kawan disangkakan kancil.


No comments: