Setiap bulan pasti ada 50 unit buah kereta baru atau second hand pelbagai jenama terdiri dan saiz akan berada di jalan raya. Satu lagi penambahan kesesakan lalu lintas. Perasan atau tidak, satu kereta satu pemandu, inilah salah satu punca kenapa berlakunya Traffic Jam di bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya.
Cadangan saya kepada Kerajaan Negeri : Bina LRT dari Tuaran-Telipok-Menggatal-Likas- Kota Kinabalu dan Bina juga LRT dari Beaufort -Papar-Putatan- Kota Kinabalu. Agar ada alternative lain kepada mereka yang bekerja di bandar atau daerah-daerah yang disebutkan tadi tanpa perlu risau tentang kesesakan lalu lintas.
Siapa yang akan "sponsor" pembinaan tersebut? Rakyat!! melalui pendapatan cukai serta pelaksanaan GST!. Lantik kontraktor yang tahu tentang pembinaan LRT terutama menggunakan teknologi dari Jepun. Rakyat Jepun menggunakan Bullet Train sebagai kenderaan mereka bagi mengelakkan Kesesakan lalu lintas yang agak memeningkan kepala.
"50 buah kereta x 12 bulan x 5 tahun = 3000 unit kereta. Benar atau tidak, anda sendiri lihat beza 5 tahun lalu dan sekarang. Ianya telah di buktikan melalui subsidi minyak yang sudah di tiadakan "
Namun , pandangan orang kampung macam saya ini mana ada menteri yang mahu dengar!! even pembangkang yang bergelar YB pun kerajaan tak mahu dengar , orang sendiri pun 2 x 5 sahaja. so selamat mengharungi Traffic Jam setiap hari!!!
Friday, December 13, 2013
Thursday, December 12, 2013
Pelaburan Jangka Masa Panjang
Cerita 1. Anda membuat pinjaman bank untuk beli kereta idaman sebagai contoh RM45,000.00 untuk 9 tahun. Bayaran bulanan Rm 420.00 dan WAJIB bayar setiap bulan sehingga jumlah pinjaman anda langsai.
Pada tahun ke 10 nilai kereta anda cuma tinggal +/- RM 5000.00 .
Cerita 2. Anda membeli emas melalui bank yang di lesenkan untuk untuk jual-beli emas. Setiap bulan anda peruntukkan Rm 420 untuk membeli emas selama 9 tahun. Nilai emas ada kalanya turun dan naik bergantung kepada kadar inflasi atau kedudukan nilai dolar Amerika. Katakan nilai emas tidak berubah selama 10 tahun
Nilai emas anda ialah : Rm 45360
Cerita 3. Anda menyimpan wang ke dalam pelaburan ASB selama 10 tahun serta simpanan tetap ialah
Rm 420. Kadar bunga ASB berikan ialah 6.5 % setiap tahun maka jumlah wang anda setelah 9 tahun kemudian ialah :RM 68,011.89
Cerita 4. Anda langgan astro, hutang barangan dari Sengheng , makan KFC tiap minggu dan loan kad kredit, maka dalam 10 tahun kemudian , dan mendapati diri anda masih lagi seperti 10 tahun yang lalu.....
Jadi sekarang ni anda pilih cerita anda sendiri.....
Pada tahun ke 10 nilai kereta anda cuma tinggal +/- RM 5000.00 .
Cerita 2. Anda membeli emas melalui bank yang di lesenkan untuk untuk jual-beli emas. Setiap bulan anda peruntukkan Rm 420 untuk membeli emas selama 9 tahun. Nilai emas ada kalanya turun dan naik bergantung kepada kadar inflasi atau kedudukan nilai dolar Amerika. Katakan nilai emas tidak berubah selama 10 tahun
Nilai emas anda ialah : Rm 45360
Cerita 3. Anda menyimpan wang ke dalam pelaburan ASB selama 10 tahun serta simpanan tetap ialah
Rm 420. Kadar bunga ASB berikan ialah 6.5 % setiap tahun maka jumlah wang anda setelah 9 tahun kemudian ialah :RM 68,011.89
Cerita 4. Anda langgan astro, hutang barangan dari Sengheng , makan KFC tiap minggu dan loan kad kredit, maka dalam 10 tahun kemudian , dan mendapati diri anda masih lagi seperti 10 tahun yang lalu.....
Jadi sekarang ni anda pilih cerita anda sendiri.....
Wednesday, November 13, 2013
Permainan Online yang menukarkan wang simulasi kepada wang sebenar -Euro-
Setelah surf internet bertahun lamanya, akhirnya ada sebuah syarikat dari Romania telah menubuhkan satu permainan yang sama dengan ANNO1777. Pemain perlu ada akaun Paypal -verified- untuk tujuan deposit atau withdraw. Tetapi apa yang pasti ramai pemain tidak pernah membuat deposit, tetapi withdraw sahaja kerana pemain boleh menjana wang euro melalui beberapa cara
a) Berperang
b) Jual beli
c) Bekerja
d) Menjadi Share Holder.
Selain anda surft FB anda juga boleh jana wang melalui permainan ini!!!!
klik Disini untuk pendaftaran percuma
Wednesday, October 16, 2013
Ilmu Pertapaan Orang Dulu-dulu
Tahukah anda! Masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak pada zaman dahulu sebelum kemasukan agama Islam dan Kristian. Mereka memiliki Kekuatan "Extra" yang sukar kita percayai pada zaman ini. Memiliki ilmu kebal, kuat atau ilmu perubatan merupakan sesuatu yang wajib ada pada setiap individu yang hidup pada zaman tersebut.
Menurut sumber cerita orang tua-tua yang pernah saya dengar, seseorang itu mampu mencabut pokok kelapa atau mengoncang-goncangkan pokok kelapa hanya untuk memperlihatkan pihak lain agar mereka tahu yang dia ini bukan calang-calang orangnya. Maksudnya Level beliau sudah mencapai Level 50. Namun kekuatan beliau tidak berguna sama sekali sekiranya ilmu perubatan tidak sama level dengan ilmu kekuatan.
Untuk memiliki ilmu-ilmu ini mereka haruslah mencari guru yang sudi mengajar. Mereka akan diajar untuk mematuhi beberapa pantang larang termasuklah larangan memakan daging kinzir. Sekiranya mereka terlanggar pantang ini, semua ilmu yang mereka perolehi seperti ilmu kebal dan ilmu kuat akan hilang serta merta.mereka terpaksa memulakan semula proses mendapatkan ilmu-ilmu tersebut dari level 1. Bayangkan proses tersebut mengambil masa yang lama - berpurnama lamanya.
Setelah mempelajari dan menguasai asas ilmu dari guru mereka, barulah mereka akan diarah bertapa , lokasi pertapaan mereka seperti berdekatan dengan sungai,dalam gua atau dibawah pokok ara.Tidak pula di ketahui jenis mentera yang mereka akan baca,mungkin seperti filem P.ramle-mambang tanah-mambang air dan segala mambang tuu-.
Proses pertapaan mereka mengambil masa seminggu, sebulan dan kadang kala setahun, bergantung kepada nasib si petapa tersebut.Guru mereka akan berpesan, apabila terdengar bunyi rantai seperti bergeser seolah-olah ditarik atau dihempas-hempas. Maka dinasihatkan agar lari menyelamatkan diri kerana proses pertapaan sudah selesai, kerana belum pernah ada orang yang berjaya mengalahkan jin berantai, jika ada pun umur si petapa tidak panjang kerana ilmu yang di perolehi terlalu "besar" levelnya, fizikal manusia kononya tidak mampu menampung overload ilmu tersebut. So maksudnya dia terpaksa reboot ilmu tersebut dengan melanggar pantang larang dan malang sekali ilmu itu terpaksa masuk level 1 semula.
Setelah kemasukan agama Islam dan Kristian, ramai penduduk borneo mula meninggalkan ilmu-ilmu seperti itu. Sebab Zaman sekarang ni perlu ada ilmu mengeja ,membaca dan mengira baru boleh jadi kuat dan disegani.
Orang Zaman dulu berpegang pada janji- Orang Zaman sekarang? anda sendiri tahulah....
Sunday, October 13, 2013
Laptop 1 Malaysia
Ramai mengeluh bahawa laptop 1 malaysia yang diberikan
kepada pelajar sekolah sebenarnya tidak
berkualiti. Sebagai contoh :
a)
Bateri mudah rosak
b)
Charger mudah hangus
c)
Keyboard mudah tertanggal
d)
Skrin monitor tak hidup atau gelap
e)
Lambat loading
f)
Dan macam-macam masalah lagi
Pada pandangan saya ada 2 faktor utama kenapa timbulnya
masalah seperti diatas :
a)
Pelajar yang menerima laptop tersebut belum
faham dan belum tahu cara kendalian teknikal sebuah laptop mini sebagai contoh :
Bateri haruslah ditanggalkan apabila pengguna
memilih untuk menggunakan soket elektrik. Suhu tinggi boleh menyebabkan mikrochip dalaman rosak atau
hangus kerana tidak disertakan external cooling fan semasa pelajar menerima laptop
mini tersebut. Perisian antivirus tidak selalu update menyebabkan Operating System
menjadi crash!
b)
Permintaan tinggi dalam masa yang terhad!.Mampukah
tukang jahit nak siapkan 1000 helai baju untuk jahitan dan mesti siap dalam
tempoh 3 bulan? Ya, sudah pasti siap! Tetapi bagaimana pula dengan kualiti?
Rasanya laptop 1 malaysia juga berhadapan dengan masalah ini iaitu tempahan
kuantiti yang banyak tetapi masa yang diberikan pula agak singkat. Akibatnya kualiti
tidak mencapai paras piawaian yang ditetapkan, asal siap ikut jadual, duit
kontrak pasti dapat!
Sungguhpun laptop berjenama mahal
sekali pun dibagi percuma kepada para pelajar, sudah pasti dalam kuantiti 5% pasti ada yang rosak. Cuba anda renungkan
10,000 unit laptop untuk 10,000
orang pelajar , 5% daripada kuantiti tersebut sebenarnya rosak atau tak
berfungsi dengan baik semasa proses pengilangan
10,000 x 5% = 500 unit
laptop yang rosak. Banyak tuuu.
Dan bayangkan 500 blog menyiarkan
topik “ laptop 1 malaysia sebenarnya laptop tak berkualiti “ sudah tentu
memberi tanggapan negative kepada prodak ini dan secara tak langsung menjadikan
prodak tersebut di kategorikan sebagai prodak yang gagal.
Saya menggunakan laptop 1
malaysia sejak tahun 2012, sehingga sekarang laptop 1 malaysia masih boleh
beroperasi seperti baru kerana :
a)
Saya tahu mengendalikan laptop ini secara
teknikal
b)
Anti virus sentiasa update
c)
Penggunaannya
yang “jarang-jarang”
d)
Asal timbul masalah software crash atau OS
crash, saya format jerr HD dia....
Sunday, September 29, 2013
Pengenalan Prodak
Prodak baik untuk mengekalkan stamina, baik untuk driving jarak jauh , kurang tidur atau over tidur atau pun menyiapkan tugasan last minute . Atau berjaga malam hingga pagi
Kandungan utama : tongkat ali Dan kurma .
Harga pun power jugalah.
Sesuai untuk remaja Dan orang dewasa. Orang veteran digalakan untuk minum susu yang mengandungi kalsium tinggi.
Selamat mencuba.......
Monday, September 16, 2013
Saturday, June 1, 2013
Liberty Reserve ditutup atas
Liberty Reserve ditutup atas dakwaan Money Laundering kerana tidak mempunyai lesen MSP atau Money Service Provider. kesemua wang para pemegang akaun akan dirampas untuk siasatan. Dan malang sekali sekiranya para pemilik akaun mempunyai USD ribu-ribu sebab ianya akan terus lenyap. Mungkin? Nasib baik saya ada baki usd 0.01 dalam akaun tersebut.
Tuesday, May 7, 2013
PEMBANGKANG KERAJAAN MALAYSIA
Menjadi pengundi pembangkang bukan semestinya menjadi anti
kerajaan Malaysia ,
pengundi-pengundi zaman ini sebenarnya semakin bijak dan boleh berfikir secara
kritikal selaras perubahan zaman.
Jika dahulu rakyat Malaysia hanya tahu baca news paper
atau menonton TV, namun pada zaman “slide to unlock” kemudahan info semakin luas termasuklah FB,
YouTube dan Blogg. Tetapi bukan semua info dalam internet boleh diterima kerana
penyelewengan dan penipuan tetap ada.
Tanpa pemimpin pembangkang, suara rakyat atau keluhan rakyat
tidak akan didengari. Kenapa berlaku demikian? Sebab kadang kala pemimpin
kerajaan setempat yang di lantik
melalui kemenangan majority
semasa PRU jarang mengotakan janji mereka setelah menjadi ADUN atau DUN. Seperti biasa “saya akan pastikan jalan raya kampung ini di
naik taraf, jambatan akan ditukar dan
bla-bla” banyak lagi janji manis yang siok
didengar.
Apabila pengundi-pengundi
mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan, maka akan wujudlah Baucer-baucer
RM500 dan bermacam-macam transformasi. Ianya bertujuan untuk menaikkan rating
kerajaan pusat.
Kenapa pemimpin pembangkang tidak mengotakan janji mereka?.
Ini sebab parti mereka memiliki sumber wang yang terhad kerana mereka tidak
mempunyai mandat untuk memegang urusan kewangan negara.Maka tidak hairan
sekiranya tiada pembangunan boleh di buat dalam tempoh tersebut.
Namun ada juga baiknya kerana kerajaan pusat akan
melaksanakan tugas mereka untuk menaik tarafkan jalan-jalan kampung, membina
jambatan baru serta memberi baucer-baucer RM500 dan sebagainya bagi tujuan
menaikkan rating mereka dengan harapan rakyat mempercayai semula kerajaan
pusat.
Kenapa perlu ulang “ tujuan menaikkan rating mereka”
sebanyak 2 kali? sebab untuk mengingatkan para pembaca bahawa setiap perbuatan
positif yang dilakukan oleh seseorang
boleh menaikkan imej baik kepada individu tersebut maka dengan itu orang ramai
percaya dia ini boleh di harap!.
Kenapa kemenangan Kerajaan Pusat tertumpu pada kawasan
pedalaman? Wahal kawasan inilah yang patut dimajukan sepanjang 5 tahun lalu
sebelum parlimen dibubarkan sedangkan sepanjang 5 tahun lalu kerajaan yang sama
memegang kawasan-kawasan ini namun tidak banyak yang dilakukan sebagai contoh
menaik taraf jalan raya batu kelikir kepada jalan raya berturap. Lubang sana dan sini , rakyat
setempat bertidurkan habuk jalan raya batu kelikir ketika kumarau atau kaki
penuh dengan Lumpur ketika musim hujan.
Jawapan ini mungkin agak mengarut atau mungkin benar!
Sebab masih banyak orang kampung terutamanya warga berumur
40 tahun ke atas beranggapan media TV hanya
satu-satunya perantaraan yang boleh dipercayai 100% dan malang sekali kebebasan
media diMalaysia adalah terhad sebab lesen penyiaran dikawal sepenuhnya oleh
kerajaan pusat.
Pernahkah isu-isu kegagalan atau keburukan kerajaan pusat di
siarkan setiap hari melalui Buliten utama atau RTM1 dan RTM2. rasanya ada
tetapi hanya sedikit lepas tu hilang kemudian terus tak disentuh dan akhirnya
dilupakan. Apabila pihak pembangkang mengungkit kembali isu tersebut, dengan
mudah ketua kerajaan menjawab
“itu isu lapuk,
mereka(pembangkang) kehabisan idea untuk memburuk-burukan kerajaan”
Bagaimana pula dengan penyiaran isu-isu kegagalan atau
keburukan parti pembangkang melalui Buliten Utama atau RTM1 & RTM2?, penyiaran
dibuat hampir setiap hari dan sampai berminggu-minggu lamanya ini bertujuan
untuk brainwash kepada warga kampung berumur 40 tahun keatas. Di ketahui umum
orang kampung sememangnya kurang pendedahan IT ada pun laptop 1 malaysia
diagihkan tetapi KTW tak ada atau broadband “No signal” atau streamyx tak ada
tiang telefon so macam mana nak online internet nak baca blog atau FB atau
youtube? Memang tak dapat pun!!
Sebab itulah Sabah dan Sarawak
masih lagi memegang tittle Kubu Kuat Barisan Nasional, mungkin sebab masih
ramai warga 40 tahun ke atas dalam keadaan brainwash.
Saya orang Sabah dan baru
sedar dari brainwash sejak 2009 selepas PRU12. Jika dahulu saya mentafsirkan
pembangkang itu penjenayah tetapi apabila saya terbaca tentang artikel
Brainwash barulah saya sedar bahawa KFC itu sedap dimakan selama 30 minit
tetapi harga untuk satu set dinner plate boleh beli barangan basah untuk
bekalan 2 hari tanpa sebarang pembaziran dan boleh dinikmati seramai 3-4 orang
ahli keluarga.
Rata-rata pengundi pembangkang terdiri daripada mereka yang
mahukan transformasi, keadilan, human right atau erti kata lain golongan yang
bukan dalam keadaan brainwash. Golongan orang biasa yang sebenarnya baru
tersedar bahawa selama ini telah berlakunya brainwash sejak 60 tahun lalu.
Kenapa terdapat juga golongan pintar dan bijak serta tahu
situasi sebenar tetapi masih menjawat jawatan penting dalam parti kerajaan
pusat? Sorry I don’t have the answer. Google search tidak memberikan jawapan
yang tepat, hanya individu itu sahaja yang ada jawapannya.
Dulu semasa sekolah , cikgu kata “gagal bukan bererti gagal
selamanya” dan saya cakap “menang bukan bererti anda akan menang selamanya”
Even Ford juga muflis akhirnya…
Anda harus ingat, tanpa pembangkang maka tidak adalah
baucer-baucer rm 500, lesen 1M,e-kasih dan bermacam-macam lagi faedah baik dari
kerajaan pusat bagi tujuan menaikkan rating mereka. Selama Tun M memerintah
mana ada semua ini, setiap kali
berlakunya PRU sudah pasti mereka menang besar, namun sejak info
disebalik TV mula tersebar maka rakyat tahu kerajaan pusat juga ada banyak
kelemahannya dan parti pembangkang hanya ada media internet sahaja untuk
berkempen dan menyalurkan info kepada rakyat. Keseimbangan dalam parlimen perlu
ada agar pihak pemerintah dan pembangkang sentiasa mencari jalan penyelesaian
untuk rakyat.
Kepada rakyat Malaysia yang belum sedar dari
brainwash, fahamilah bahawa “kita lihat apa yang mereka mahu kita lihat, kita
dengar apa yang mereka mahu kita dengar”.
Saturday, April 27, 2013
Paypal, Liberty Reserve dan Neteller
Money Changer yang boleh dipercayai ialah mewahgold.com.
syarikat ini menyediakan pertukaran wang dalam bentuk elektronik ; RM kepada
USD atau USD kepada RM.
Untuk info lebih jelas sila layari www.mewahgold.com
Antara syarikat yang menyediakan akaun bagi tujuan shopping
online, Forex atau gambling ialah Neteller , paypal dan libertyreserve.
Bank tempatan boleh menyediakan proses wire transfer tetapi
mengambil masa yang agak lama seperti 3 hari waktu bekerja sehinggalah 14 hari
waktu bekerja.
Tetapi dengan menggunakan mewahgold.com proses tersebut
mengambil masa 5 minit atau kurang 1 jam. Soalannya kenapa terlalu pantas
berbanding bank-bank tempatan?
Jika guna bank tempatan, bank perlu melalui banyak SOP atau
standard operation procedure kata lain, perlu melalui BNM ,bank negara Malaysia .
Jika menggunakan mewahgold.com , mereka sebenarnya mempunyai
akaun paypal,libertyreserve dan lain-lain (sila rujuk www.mewahgold.com). Dan setiap akaun
mereka ini sudah ada wang yang tersedia, hanya tunggu pelanggan nak jual beli
sahaja.
Anda perlu daftar percuma dan akur terhadap peraturan
syarikat mereka.
Takut tertipu, takut duit yang di transferkan tak sampai? Jangan
bimbang kerana setiap kali proses transfer wang ke intergiro bank, nama si
penerima akan tertera termasuklah no akaun mereka ini. Dan buatlah laporan
polis jika wang tak masuk sampai berminggu-minggu lamanya.
Buat masa ini mewahgold.com tidak mempunyai akaun netteller ,
tetapi netteller exchanger boleh digunakan kerana syarikat ini mempunyai akaun
liberty reserve.
Paypal- agak susah sebab perlu verify menggunakan kad debit,
sila rujuk paypal.com
Libertyreserve.com- mudah dan pantas tetapi ramai orang tak
percayakan syarikat ini lebih-lebih lagi ianya berasal dari Russia .
Setakat ini saya belum lagi menghadapi sebarang masalah tentang
wang transfer dari mana-mana pihak iaitu paypal.com, libertyreserve dan
maybank2u.com serta mewahgold.com mereka ini boleh dipercayai 99%. Manakala 1%
ialah kesilapan pengguna mendedahkan password mereka.
p/s- kenapa sesetengah syarikat perlukan dokumen seperti ID
card (mykad) ? supaya mudah bagi mereka memberi info kepada FBI sekiranya
individu atau klien mereka terlibat dengan kegiatan pengganas! Harap maklum…
Monday, April 15, 2013
Asas Kepimpinan
ASAS
KEPIMPINAN.
|
Seseorang
pemimpin tidak lahir secara semulajadi, tetapi dibentuk melalui proses
pembelajaran dan bimbingan awal dari pemimpin sebelumnya. Dalam erti kata lain,
semua individu boleh menjadi pemimpin.
Tetapi tidak semua individu berminat menjadi
pemimpin disebabkan kebimbangan seperti dikritik secara negatif, hilang rakan
dan tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.
Individu dalam golongan ini tidak boleh
dipersalahkan kerana ianya seimbang dengan keadaan semula jadi, sekiranya
kesemua individu ingin menjadi pemimpin, maka akan timbulnya konflik dalam
sesuatu organisasi tersebut dan menyebabkan kesemua matlamat akan gagal
sepenuhnya.
Terdapat
dua jenis pemimpin yang dikenal pasti iaitu:
a)
Pemimpin
biasa-biasa sahaja
b)
Pemimpian Hebat (Great Leader)
Pemimpin
Biasa-biasa Sahaja
Pemimpin
adalah terlalu banyak ditemui dimana-mana sahaja, Dalam organisasi Politik,
Perniagaan, Sukan, Tentera, Kesihatan, Pendidikan dan Kampung atau wilayah.
Kesemua organisasi ini mempunyai penyelia atau ketua dalam sesebuah organisasi
atau sub jabatan.
Tetapi terlalu banyak pemimpin yang diketegori
sebagai “biasa-biasa sahaja”. Sungguh pun Beliau menjawat jawatan tertinggi
dalam sesebuah organisasi, ini belum cukup melayakkan beliau sebagai Pemimpin
Hebat (Great Leader) sekiranya beliau dilantik disebabkan tempoh perkhidmatan
yang cukup lama atau disebabkan beliau ialah“si
pengilat kasut bos”.
Pengalaman kerja yang banyak belum tentu cukup untuk
melayakkan beliau menjadi Great Leader.
Ramai Pemimpin biasa-biasa atau ketua sering datang
lambat pada waktu kerja, sering lupa tentang tugasan yang penting, tidak
menampakan etika kerja yang positif, cuai semasa bertugas, tidak menegur
pekerja bawahan secara professional , tidak bersikap adil terhadap pekerja dan
yang amat menyedihkan hanya membantu kronik sendiri sahaja.
Bersikap berat sebelah akan menyebabkan
individu-individu yang terpinggir akan memberontak dan hilang kepercayaan
kepada ketua mereka, ini akan menjejaskan tahap operasi yang sememangnya
“biasa-biasa sahaja” kepada tahap yang lemah dan seterusnya gagal beroperasi
apabila individu-individu tersebut meletak jawatan atau mengundi untuk calon
lain atau memohon pertukaran jabatan atau berpindah ketempat yang lain.
Contoh : Ramai Pemimpin biasa-biasa sahaja hanya
tahu guna mulut untuk bekerja dan tidak turun padang untuk melihat sendiri prestasi staf
bawahan mereka dan memahami lebih dekat tentang keperluan penting dalam jabatan
tersebut. Hanya pembantu saja yang bertindak dan bekerja sepenuh masa, ini
memberi faedah kepada pembantu untuk mempelajari lebih banyak tentang sistem
pengurusan dan akhirnya membantu beliau untuk melengkapkan diri menjadi
Pemimpin Hebat. Sungguh pun si pembantu ini mungkin tidak dilantik menjadi
Ketua suatu hati nanti tetapi beliau akan menjadi sebutan yang positif kepada
staf-staf bawahan apabila beliau sudah bersara kelak. Berlainan pula kepada
Pemimpin biasa-biasa sahaja, dia pasti menerima kritikan negatif dan hilang
kepercayaan.
Contoh 2: Pemimpin biasa-biasa sahaja sering kalah
dalam perlawanan sukan disebabkan kurangnya pengetahuan tentang sukan dan salah
tafsir kekuatan atelit mereka, mungkin terdapat cara lain untuk mereka menang
dalam pertandingan pada masa hadapan. Mempunyai strategi yang sempurna akan
memberi manfaat yang baik kepada organisasi mereka. Mungkin jurulatih perlu
diganti atau atelit perlu dicari atau diet untuk para atelit perlu ditukar atau
mungkin mencari alternative lain untuk menambah sumber kewangan. kemungkinan
kesemua pembolehubah ini menentukan kemenangan
pasukan.
Pemimpin biasa-biasa sahaja boleh dikesan melalui
cara ini:
a)
Sering datang
lambat dan keluar awal pada masa kerja atau bukan masa kerja ertikata lain
pengurusan masa yang teruk.
b)
Bersikap berat
sebelah, hanya staf yang digemari sahaja yang menjadi keutamaan.
c)
Tidak sopan
terhadap staf dan individu yang bukan dalam organisasi tersebut.
d)
Tidak memantau
keperluan jabatan dan keselamatan pekerja.
e)
Sering
mempersalahkan orang lain tetapi tidak memberikan sebarang penyelesaikan
masalah.
Pemimpin
Hebat
Boleh dikatakan Adolf Hitler merupakan pemimpin
hebat untuk parti Nazi semasa perang dunia kedua, tetapi matlamat beliau adalah
salah dari segi undang-undang PBB, kerana berperang untuk menakluk seluruh
eropah dan melakukan jenayah perang yang
dashyat serta tidak beretika.
Nelson Mandela, seorang ahli politik yang dikagumi
diseluruh dunia kerana beliau berjaya menyatukan Afrika untuk mendapat
kesamarataan warganegara. Perkauman yang diwujudkan oleh pihak penjaja
menyebabkan warga asal Negara tersebut menjadi second citizen.
Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan bekas Perdana
Menteri Malaysia yang berjaya
memajukan Negara Malaysia
dari zaman pertanian ke zaman IT dan rakyat mendapat banyak kebaikan tentang
visi 2020 beliau.
Bill Gates merupakan Pengerusi kepada Microsoft
Corporation yang pada mulanya hanya dijalankan oleh 3 orang pekerja dan akhirnya
mempunyai ribuan pekerja diseluruh dunia. Kepimpinan yang hebat telah
menjadikan beliau orang yang terkaya di dunia pada tahun 2006.
Ramai
lagi pemimpin yang dikatakan hebat dan berjaya dalam karier sepanjang hidup
mereka. Mereka mempunyai karisma dan bersikap ingin belajar, kerana proses
pembelajaran tidak mengenal usia.
Ciri-Ciri
Pemimpin hebat (Great Leader)
a)
Sering
menepati waktu: asas kepada disiplin seseorang dan menjadi tunggak kepercayaan
individu lain.
b)
Menepati
Janji: melaksanakan janji tanpa ada perkara terselindung atau balasan lain
c)
Bersikap
toleransi: adil terhadap semua individu,tidak kira kroni
d)
Berpengetahuan
luas: perlu menambah ilmu pengetahuan terutama sekali jawatan yang disandang
ketika ini.
e)
Bijak
merancang: merancang strategi, melaksana, menepati matlamat dan mengekalkan
matlamat.
f)
Berpengaruh
Positif: mampu mempengaruhi individu lain dan memimpin mereka kearah yang
positif
g)
Memberi
inspirasi positif kepada individu lain.
h)
Mempunyai
kepercayaan agama yang teguh : Tidak kira jenis kepecayaan yang mereka miliki.
i)
Sentiasa
memberi tunjuk ajar kepada golongan muda.
Kesemua
ciri-ciri ini kita namakan : Tingkah
Laku Positif
Ciri-ciri
ini amat sukar didapati dalam setiap individu, kerana setiap individu membesar
dengan keadaan persekitaran yang berbeza-beza dan pendidikan yang berlainan.
Tetapi ciri-ciri ini boleh dibentuk tanpa mengira usia. Hanya menerap fikiran
positif mampu mengubah diri anda.
Contoh
1: seorang penyelia yang berjaya memperbaiki kualiti pemasaran serta
mengekalkan prestasi tersebut, dianggap seorang yang hebat dan dikagumi.
Contoh
2: seorang guru yang berjaya membimbing pelajarnya mendapat keputusan cermelang
dan seterusnya berjaya mengekalkan keputusan cermelang di sekolah tersebut
adalah layak digelar Guru Cermelang.
Contoh
3: Pasukan bola sepak yang sering memenangi pertandingan disebabkan jurulatih
yang berwibawa kerana memiliki pemikiran positif.
Contoh
4: seorang ahli politik yang sering memenangi kerusi semasa pilihan raya,
dianggap terbaik disebabkan rakyat setempat masih menaruh kepercayaan terhadap
beliau.
Contoh
5: seorang usahawan yang berjaya disebabkan beliau percaya akan diri sendiri
dan sentiasa mempelajari ilmu perniagaan sungguh pun syarikat beliau telah
berjaya.
Pengalaman
kerja dalam sesuatu bidang mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi tetapi
pegalaman itu hanya sebagai satu rujukan untuk membuat perancangan dan
pelaksanaan, matlamat masih boleh dicapai, tetapi memberi kesan negatif dalam
masa yang panjang sekiranya pemimpin tidak mempunyai ciri-ciri : Tingkah Laku Positif
Tingkah Laku Positif sesorang pemimpin akan memberi
inspirasi kepada golongan muda untuk berfikiran seperti beliau dan secara
langsung beliau akan disanjung hormat serta terus diingati sungguhpun apabila
beliau sudah bersara.
Adakah anda seorang pemimpin biasa-biasa sahaja
atau
Pemimping Hebat???
Anda tentukan
Capitalism Lab
Pernahkah
anda bermain Capitalism 2, simulasi permainan berdasarkan konsep ekonomi
kapitalis ,Simulasi ini mendedahkan anda bagaimana rangkaian runcit beroperasi.
Dalam masa yang sama anda juga berpeluang mempelajari bagaimana membuat
pelaburan dan pengagihan dividen. Tetapi Capitalism 2 tidaklah secanggih
Capitalism Lab.
Capitalism
lab merupakan expansion kepada Capitalism 2. Ianya lebih detail dan lebih
kompleks. Sungguhpun event semasa bermain game ini hanyalah random, dalam dunia
nyata, event juga berlaku secara random. Kadang kala syarikat yang anda bina
itu akan melalui penurunan jualan dan penurunan keuntungan maka berlakunya
penurunan harga saham dan yang teruk sekali syarikat anda akan gulung tikar.
Dalam
dunia nyata, perniagaan runcit tidak akan selalu mengalami keuntungan ada
masanya perniagaan akan merundum dan ahirnya gulung tikar. Seperti syarikat
ford, penutupan kilang mereka menyebabkan ribuan pekerja hilang mata pencarian,
dari seorang pengawal keselamatan hinggalah pangkat CEO.
Supply
and Demand merupakan asas kepada perniagaan itu untuk terus survive, tetapi
ianya juga bergantung kepada wang yang ada pada pelanggan. Supply kurang, demand
tinggi tetapi wang pelanggan tak ada bererti syarikat pembekal, transporter dan
pekedai akhirnya gulung tikar.
Ingin
mencuba game Capitalism Lab? Anda boleh download dari mana-mana server “free”
,taip dalam google search.
Anda
disarankan agar bermain capitalism 2 sebelum upgrade ke capitalism lab , sebab
susah nak faham kalau lompat dari Bab 2 ke Bab 6 misalnya.
Capitalism Lab akan terus
berkembang mengikut peredaran masa kerana ianya tidak akan terhenti dalam
version tersebut.
Sunday, April 14, 2013
Pelaburan ASB
Melabur dalam ASB, lebih baik daripada menyimpan dalam tabung atau akaun bank biasa.
a)
kadar pengagihan keuntungan dalam 6.5%-8% setahun.
b)
Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM).
c)
Pengeluaran wang menggunakan Buku akaun berbeza dengan
menggunakan Kad ATM, anda boleh mengawal pengeluaran wang dan mengelakan
pembaziran wang.
d)
Akaun bank yang tidak aktif selama 6 atau 12 bulan iaitu
tiada sebarang pengaliran wang seperti wang in & out, akan ditutup, wang
baki akan dianggap sebagai caj urusan pentadbiran dan tak kira berapa banyak
baki wang dalam akaun tersebut. Berbeza dengan ASB, wang baki akan terus
berkembang selagi pemilik akaun masih hidup .
Maksimum pelaburan adalah RM 200,00.00 dan satu akaun per
individu.
Saturday, April 13, 2013
Sejarah Roda
Roda Purba |
Roda Moden |
Sejarahwan berpendapat ,penciptaan roda mungkin bermula dari zaman paleolitik iaitu 15,000-75,0000 tahun yang lalu.
Buah Kiwi
Pengeluar terbesar buah ini ialah negara New Zealand dan ramai orang
beranggapan bahawa buah ini berasal dari negara tersebut. Hakikatnya asal
sebenar buah ini adalah dari negara China , sehingga tahun 1960-an ianya
disebut sebagai “Cinese gooseberries”.
Buah ini mula diperkenalkan ke Zew Zealand
seawal 1900-an. Dinamakan sebagai
“Kiwi fruit” sempena
kunikan burung kiwi di negara itu. Buah kiwi mempunyai khasiat yang tinggi
seperti mana yang dikatakan oleh syarikat Zespri, pengeluar terbesar buah kiwi.
Vitamin C
|
Vitamin C sering dikaitkan dengan buah orange, tetapi
sebenarnya buah kiwi mempunyai bekalan vitamin c sebanyak 2 kali ganda untuk
sebiji orange.
|
Vitamin E
|
Membekalkan vitamin E untuk mengekalkan kesihatan jantung
|
Folic Acid
|
Baik untuk ibu mengandung kerana bayi yang belum lahir
memerlukan folic acid untuk perkembangan otak dan mengelakkan cardiovascular
disease. Memakan buah kiwi sebelum dan semasa mengandung amat digalakan
|
Potassium
|
Sebiji kiwi membekalkan potassium sama banyak dengan
beberapa biji pisang Cuma separuh calories baik untuk mengekalkan tekanan
darah.
|
Bawang Putih
Tahukah anda bahawa bawang putih merupakan salah satu rempah
masakan yang paling berharga kepada manusia sungguhpun sesetengah orang
mempunyai alahan terhadap bawang putih.
Pada zaman silam orang China menggunakan bawang putih
sebagai bahan masakan bagi semua jenis makanan. Ianya juga digunakan dalam perayaan atau ritual ke
agamaan. Orang mesir purba menyembah bawang putih sebagai dewa dan ianya
tersangat berharga sehinggakan 15 pound atau 6.78 kg bawang putih bersamaan
dengan seorang hamba lelaki untuk di beli.
Bawang putih juga digunakan sebagai bahan penyembuhan
semulajadi. Ianya menghalang pertumbuhan tumor, mengawal paras kolestrol dan
menghidari dari serangan jantung.
Kajian terkini mengatakan seseorang yang mengamalkan
pemakanan bawang putih dapat mengurangkan kemungkinan mendapat kanser perut.
Kajian juga mendapati bahawa bawang putih mengandungi
Allicin dan Ajoene.
Kedua-duanya
berfungsi untuk membekalkan antibodi dan penyembuhan
Subscribe to:
Posts (Atom)