Menjadi pengundi pembangkang bukan semestinya menjadi anti
kerajaan Malaysia ,
pengundi-pengundi zaman ini sebenarnya semakin bijak dan boleh berfikir secara
kritikal selaras perubahan zaman.
Jika dahulu rakyat Malaysia hanya tahu baca news paper
atau menonton TV, namun pada zaman “slide to unlock” kemudahan info semakin luas termasuklah FB,
YouTube dan Blogg. Tetapi bukan semua info dalam internet boleh diterima kerana
penyelewengan dan penipuan tetap ada.
Tanpa pemimpin pembangkang, suara rakyat atau keluhan rakyat
tidak akan didengari. Kenapa berlaku demikian? Sebab kadang kala pemimpin
kerajaan setempat yang di lantik
melalui kemenangan majority
semasa PRU jarang mengotakan janji mereka setelah menjadi ADUN atau DUN. Seperti biasa “saya akan pastikan jalan raya kampung ini di
naik taraf, jambatan akan ditukar dan
bla-bla” banyak lagi janji manis yang siok
didengar.
Apabila pengundi-pengundi
mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan, maka akan wujudlah Baucer-baucer
RM500 dan bermacam-macam transformasi. Ianya bertujuan untuk menaikkan rating
kerajaan pusat.
Kenapa pemimpin pembangkang tidak mengotakan janji mereka?.
Ini sebab parti mereka memiliki sumber wang yang terhad kerana mereka tidak
mempunyai mandat untuk memegang urusan kewangan negara.Maka tidak hairan
sekiranya tiada pembangunan boleh di buat dalam tempoh tersebut.
Namun ada juga baiknya kerana kerajaan pusat akan
melaksanakan tugas mereka untuk menaik tarafkan jalan-jalan kampung, membina
jambatan baru serta memberi baucer-baucer RM500 dan sebagainya bagi tujuan
menaikkan rating mereka dengan harapan rakyat mempercayai semula kerajaan
pusat.
Kenapa perlu ulang “ tujuan menaikkan rating mereka”
sebanyak 2 kali? sebab untuk mengingatkan para pembaca bahawa setiap perbuatan
positif yang dilakukan oleh seseorang
boleh menaikkan imej baik kepada individu tersebut maka dengan itu orang ramai
percaya dia ini boleh di harap!.
Kenapa kemenangan Kerajaan Pusat tertumpu pada kawasan
pedalaman? Wahal kawasan inilah yang patut dimajukan sepanjang 5 tahun lalu
sebelum parlimen dibubarkan sedangkan sepanjang 5 tahun lalu kerajaan yang sama
memegang kawasan-kawasan ini namun tidak banyak yang dilakukan sebagai contoh
menaik taraf jalan raya batu kelikir kepada jalan raya berturap. Lubang sana dan sini , rakyat
setempat bertidurkan habuk jalan raya batu kelikir ketika kumarau atau kaki
penuh dengan Lumpur ketika musim hujan.
Jawapan ini mungkin agak mengarut atau mungkin benar!
Sebab masih banyak orang kampung terutamanya warga berumur
40 tahun ke atas beranggapan media TV hanya
satu-satunya perantaraan yang boleh dipercayai 100% dan malang sekali kebebasan
media diMalaysia adalah terhad sebab lesen penyiaran dikawal sepenuhnya oleh
kerajaan pusat.
Pernahkah isu-isu kegagalan atau keburukan kerajaan pusat di
siarkan setiap hari melalui Buliten utama atau RTM1 dan RTM2. rasanya ada
tetapi hanya sedikit lepas tu hilang kemudian terus tak disentuh dan akhirnya
dilupakan. Apabila pihak pembangkang mengungkit kembali isu tersebut, dengan
mudah ketua kerajaan menjawab
“itu isu lapuk,
mereka(pembangkang) kehabisan idea untuk memburuk-burukan kerajaan”
Bagaimana pula dengan penyiaran isu-isu kegagalan atau
keburukan parti pembangkang melalui Buliten Utama atau RTM1 & RTM2?, penyiaran
dibuat hampir setiap hari dan sampai berminggu-minggu lamanya ini bertujuan
untuk brainwash kepada warga kampung berumur 40 tahun keatas. Di ketahui umum
orang kampung sememangnya kurang pendedahan IT ada pun laptop 1 malaysia
diagihkan tetapi KTW tak ada atau broadband “No signal” atau streamyx tak ada
tiang telefon so macam mana nak online internet nak baca blog atau FB atau
youtube? Memang tak dapat pun!!
Sebab itulah Sabah dan Sarawak
masih lagi memegang tittle Kubu Kuat Barisan Nasional, mungkin sebab masih
ramai warga 40 tahun ke atas dalam keadaan brainwash.
Saya orang Sabah dan baru
sedar dari brainwash sejak 2009 selepas PRU12. Jika dahulu saya mentafsirkan
pembangkang itu penjenayah tetapi apabila saya terbaca tentang artikel
Brainwash barulah saya sedar bahawa KFC itu sedap dimakan selama 30 minit
tetapi harga untuk satu set dinner plate boleh beli barangan basah untuk
bekalan 2 hari tanpa sebarang pembaziran dan boleh dinikmati seramai 3-4 orang
ahli keluarga.
Rata-rata pengundi pembangkang terdiri daripada mereka yang
mahukan transformasi, keadilan, human right atau erti kata lain golongan yang
bukan dalam keadaan brainwash. Golongan orang biasa yang sebenarnya baru
tersedar bahawa selama ini telah berlakunya brainwash sejak 60 tahun lalu.
Kenapa terdapat juga golongan pintar dan bijak serta tahu
situasi sebenar tetapi masih menjawat jawatan penting dalam parti kerajaan
pusat? Sorry I don’t have the answer. Google search tidak memberikan jawapan
yang tepat, hanya individu itu sahaja yang ada jawapannya.
Dulu semasa sekolah , cikgu kata “gagal bukan bererti gagal
selamanya” dan saya cakap “menang bukan bererti anda akan menang selamanya”
Even Ford juga muflis akhirnya…
Anda harus ingat, tanpa pembangkang maka tidak adalah
baucer-baucer rm 500, lesen 1M,e-kasih dan bermacam-macam lagi faedah baik dari
kerajaan pusat bagi tujuan menaikkan rating mereka. Selama Tun M memerintah
mana ada semua ini, setiap kali
berlakunya PRU sudah pasti mereka menang besar, namun sejak info
disebalik TV mula tersebar maka rakyat tahu kerajaan pusat juga ada banyak
kelemahannya dan parti pembangkang hanya ada media internet sahaja untuk
berkempen dan menyalurkan info kepada rakyat. Keseimbangan dalam parlimen perlu
ada agar pihak pemerintah dan pembangkang sentiasa mencari jalan penyelesaian
untuk rakyat.
Kepada rakyat Malaysia yang belum sedar dari
brainwash, fahamilah bahawa “kita lihat apa yang mereka mahu kita lihat, kita
dengar apa yang mereka mahu kita dengar”.
No comments:
Post a Comment