Ramai mengeluh bahawa laptop 1 malaysia yang diberikan
kepada pelajar sekolah sebenarnya tidak
berkualiti. Sebagai contoh :
a)
Bateri mudah rosak
b)
Charger mudah hangus
c)
Keyboard mudah tertanggal
d)
Skrin monitor tak hidup atau gelap
e)
Lambat loading
f)
Dan macam-macam masalah lagi
Pada pandangan saya ada 2 faktor utama kenapa timbulnya
masalah seperti diatas :
a)
Pelajar yang menerima laptop tersebut belum
faham dan belum tahu cara kendalian teknikal sebuah laptop mini sebagai contoh :
Bateri haruslah ditanggalkan apabila pengguna
memilih untuk menggunakan soket elektrik. Suhu tinggi boleh menyebabkan mikrochip dalaman rosak atau
hangus kerana tidak disertakan external cooling fan semasa pelajar menerima laptop
mini tersebut. Perisian antivirus tidak selalu update menyebabkan Operating System
menjadi crash!
b)
Permintaan tinggi dalam masa yang terhad!.Mampukah
tukang jahit nak siapkan 1000 helai baju untuk jahitan dan mesti siap dalam
tempoh 3 bulan? Ya, sudah pasti siap! Tetapi bagaimana pula dengan kualiti?
Rasanya laptop 1 malaysia juga berhadapan dengan masalah ini iaitu tempahan
kuantiti yang banyak tetapi masa yang diberikan pula agak singkat. Akibatnya kualiti
tidak mencapai paras piawaian yang ditetapkan, asal siap ikut jadual, duit
kontrak pasti dapat!
Sungguhpun laptop berjenama mahal
sekali pun dibagi percuma kepada para pelajar, sudah pasti dalam kuantiti 5% pasti ada yang rosak. Cuba anda renungkan
10,000 unit laptop untuk 10,000
orang pelajar , 5% daripada kuantiti tersebut sebenarnya rosak atau tak
berfungsi dengan baik semasa proses pengilangan
10,000 x 5% = 500 unit
laptop yang rosak. Banyak tuuu.
Dan bayangkan 500 blog menyiarkan
topik “ laptop 1 malaysia sebenarnya laptop tak berkualiti “ sudah tentu
memberi tanggapan negative kepada prodak ini dan secara tak langsung menjadikan
prodak tersebut di kategorikan sebagai prodak yang gagal.
Saya menggunakan laptop 1
malaysia sejak tahun 2012, sehingga sekarang laptop 1 malaysia masih boleh
beroperasi seperti baru kerana :
a)
Saya tahu mengendalikan laptop ini secara
teknikal
b)
Anti virus sentiasa update
c)
Penggunaannya
yang “jarang-jarang”
d)
Asal timbul masalah software crash atau OS
crash, saya format jerr HD dia....
No comments:
Post a Comment