Kisah ini berlaku pada tahun 1991 , kami masih lagi tinggal
di perumahan kilang langkon kota marudu, pada masa itu saya terjaga disebabkan
keadaan bilik yang agak panas, langsir yang dahulunya nipis kini ditukar agak
tebal sedikit. Bekalan elektrik telah terputus dan kipas elektrik tidak berfungsi . Keadaan
kejiranan menjadi sangat gelap kerana pada waktu itu bukanlah bulan penuh.
Boleh dikatakan gelap yang pekat.
Disebabkan keadaan yang tidak
selesa, adalah sukar untuk melelapkan mata. Saya meraba-raba mencari jam tangan
lalu menekan fungsi lampu dan tertera masa baru jam 2.30 pagi. Dalam keadaan
yang gelap gelita teringat pula saya kisah dahulu tentang lembaga di atas
bumbung rumah jiran, maka bertambah seramlah saya. Tiba-tiba kedengaran cermin
tingkap di ketuk orang sebanyak 3 kali”tok!tok!tok!”, bilik saya sebenarnya
berada 2 meter dari paras tanah. Hanya individu yang menggunakan tangga sahaja
boleh mencapai ketinggian tersebut.
Saya menarik selimut dan melihat
kearah cermin tingkap namun ditutup rapat oleh langsir, jantung
berdenyut-denyut pantas, pernafasan saya juga semakin laju, terasa bulu roma
berdiri diikuti peluh jantan. Kedengaran bunyi cengkerik dihalaman rumah begitu
kuat. “tok!tok!tok! sekali lagi cermin tingkap bilik di ketuk. Disebabkan
langsir di bilik saya itu agak tebal, maka saya tidak dapat melihat tembus ke
luar tingkap. Saya membiarkan saja untuk seketika.”tok!tok!tok!” untuk kali
ketiga cermin di ketuk, saya mengambil bantal peluk dan membaling kearah
tingkap cermin”Tapp!” bunyi bantal terhempas di bingkai tingkap. Untuk seketika
bunyi ketukan telah terhenti. Kedudukan katil saya sebenarnya tidak berubah
sejak sekian lama iaitu bersebelahan dengan dinding luar.
Dalam
beberapa minit kemudian tiba-tiba dinding luar di ketuk 3 kali kebetulan pula
pada paras telinga saya, badan saya terasa kaku dan rasa ingin terkencing pula
disebabkan ketakutan. Rasanya ingin saya balas dengan menumbuk dinding itu
tetapi tangan terasa sangat berat dan mengeletar. Kemudian tidak lama selepas
itu kedengaran bunyi kuku sedang mencakar seperti mana pernah berlaku 5 tahun
yang lalu. Oh tidak! memang sah “dia” lah ni. Masa itu ibu saya sedang
mengandung anak yang ke-5 iaitu adik saya yang ke-4. Tidak pasti berapa lama
bunyi cakaran itu berulang-ulang, sehinggalah suatu masa ianya terhenti apabila
saya terdengar suara perempuan menangis dari arah cermin tingkap, tersedu-sedu
kemudian ketawa terdekeh-dekeh tetapi dalam suara yang halus.
Kata orang dalam ketakutan akan
muncul keberanian, itulah perkara yang terjadi pada malam itu, kerana sifat
manusia yang ingin tahu , saya merangkak perlahan-lahan kearah cermin tingkap, dengan
cermat saya membuka langsir dari arah tepi kanan tingkap dan melihat dari sudut tersebut…..dari sudut itu saya boleh lihat bayangan seperti seorang perempuan
betul-betul depan cermin tingkap, matanya kemerah-merahan, berambut gerbang,
berlidah panjang terjelir keluar. Ketika saya cuba mengamati wajah “makhluk”
itu ,tiba-tiba bebola mata makhluk itu menjeling kearah saya..seperti tahu yang
dia sedang di perhatikan. Dengan cepat saya menutup langsir dan bersandar rapat
di sebelah dinding cermin tingkap. Ketakutan dan rasa amat menyesal. Suara
halus ketawa terdekeh-dekeh seperti berada benar-benar di cuping telinga.
Tiba-tiba lampu jalan terpasang semula , bekalan elektrik sudah pulih.bila saya
lihat di langsir tingkap bayangan kepala orang sudah hilang, saya meluru ke
suis lampu dan malam itu saya “ON”kan saja lampu sampai pagi.
Keesokan harinya saya mencari ranting limau kasturi kerana kononnya makhluk
itu takut akan dahan berduri. Sebelum malam menjelma saya pastikan dahan
berduri sentiasa di gantung besebelahan dengan cermin tingkap, mana tahu “dia”
muncul semula. Tetapi sejak dari malam itu saya tidak pernah lagi bertembung
dengan “dia” mungkin disebabkan oleh petua orang tua bahawa dahan berduri mampu
menakutkan makhluk tersebut .Pada pertengahan tahun 1992 , kami sekeluarga
telah berpindah ke daerah lain (Tawau) apabila bapa saya di naikkan pangkat.
Berharap agar benda-benda seram tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment