Sunday, November 13, 2016

Kisah seram 1989



Kisah ini berlaku semasa cuti sekolah dan ketika itu saya bercuti di kampung Tinambak Topokoon, Tamparuli. Pada petang itu saya dan sepupu-sepupu saya telah pergi ke sebuah kebun getah untuk mencari kayu api. Pada asalnya tujuan kami hanya sekejap sahaja, disebabkan kenakalan kami ketika masih kanak-kanak , kami telah membuang masa lebih dari yang diperuntukkan, selebihnya kami bermain ala-ala tarzan dan melastik burung.
Tidak lama selepas itu, hujan turun renyai-renyai ketika panas matahari , istilah lain adalah hujan panas. Di sebabkan pantang orang tua, tidak boleh sama sekali bermain ketika hujan renyai dan semua kanak-kanak sebolehnya pulang ke rumah masing-masing. Kami pun mula berjalan pulang sambil membawa kayu api masing-masing. Sampai di satu simpang kami pun berpisah kerana saya menumpang di rumah nenek yang jaraknya 100 meter dari simpang itu manakala sepupu saya pulang ke rumahnya yang hanya 50 meter sahaja jaraknya.
                Saya mendongak ke langit dan kelihatan pelangi muncul di sebelah timur kaki langit ,kesan dari hujan panas. Kemudian saya melihat ke hadapan ,jauh di hadapan saya kelihatan seorang nenek tua yang lebih tua dari nenek saya . Dia berpakaian tradisional suku lotud serta bertongkat, berjalan kearah yang bertentangan dengan saya, kemudian dia membelok kearah kiri kerana di situ ada tapak rumah yang separuh siap, tapak rumah itu merupakan bakal rumah baru nenek saya dan mungkin akan berpindah dalam beberapa bulan lagi. Setiba saya di tapak rumah itu,saya lihat nenek tua sedang berdiri bersebelahan dengan jemuran kain sambil tersenyum melihat telatah saya mengangkat kayu api yang tidak tersusun kerana tidak diikat dengan rapi.,saya lihat juga kain jemuran, separuh pakaian kering masih tersidai dan separuh lagi sudah berada didalam bakul. “mungkin nenek tua itu telah menolong mengangkat kain kering dan meletakkan kedalam bakul” dalam fikiran saya.
Rumah nenek saya sebenarnya terletak hanya di seberang anak sungai sahaja, dan perlu melalui jambatan yang di perbuat daripada bamboo yang panjangnya lebih kurang 8 meter dan lebarnya 2 meter. Sebelum saya menyeberangi jambatan bamboo itu saya melirikan mata saya kearah nenek tua dan dia masih berdiri disitu seolah-olah menunggu seseorang, namun hujan yang tadinya renyai-renyai kini bertambah lebat. Saya mempercepatkan langkah untuk menyeberangi jambatan bambo.
Di seberang jambatan kelihatan makcik muda saya sedang berlari-lari anak untuk menyeberangi jambatan yang sama dengan tujuan mengangkat kesemua kain yang masih tersidai sebab itulah tanggungjawab harian beliau. Makcik muda saya bertanya“,kain semua sudah diangkat kah?” dan saya menjawab “sudah tu nenek tua tolong angkat separuh kain tersidai”, “Tiada orang di sana tu”kata makcik muda. “ehhh, mana sudah tu nenek tua,tadi dia berdiri sebelah jemuran kain?”.
Pada petang itu berdebatlah saya dengan makcik muda tentang kehadiran nenek tua yang hilang secara misteri, sehingga sekarang dia masih tidak percaya cerita saya. Apa tidaknya tiada seorang pun yang melihat nenek tua itu berdiri di sebelah jemuran kain ketika saya masih lagi menyeberangi jambatan bamboo dan ketika nenek saya menjenguk keluar tingkap dia juga tidak melihat sesiapa pun berada di seberang sana ketika saya muncul terhegeh-hegeh dari simpang jalan

No comments: