Sunday, November 13, 2016

Cerita Seram : Tahun 1987

Pada tahun Itu saya berada dalam darjah 1 di Sk Bengkongan Kota Marudu. Murid-murid yang tinggal di perumahan kilang langkon sudah semestinya menaiki bas sekolah atau pun pick-up(truck) yang telah diubah suai bagi tujuan pengangkutan budak sekolah. Sk Bengkongan pada era 80 an hanya ada 3 blok bangunan sahaja dan belum lagi dibekalkan elektrik dan masih menggunakan loceng besar sebagai penanda masa seperti maSA masuk maSA rehat dan masA pulang
 Bangunan Sekolah untuk Tahun satu A dan B serta Tahun 2 A dan B dibina dalam blok yang sama dan berada di bahagian paling belakang kawasan sekolah. Belakang bangunan itu pula merupakan kawasan  semak dan terdapat beberapa pokok kelapa yang sudah tua. Tidak pernah saya melihat murid-murid lain berada di kawasan luar tersebut kerana adalah suatu kesalahan disiplin bagi seorang murid jika berada di luar pagar sekolah semasa sesi persekolahan dan sepanjang sesi itu juga tidak pernah ada sesiapa dilihat berada di sana  mahu pun penduduk tempatan. Mungkin ada cuma tidak perasan.
Pada suatu pagi seingat saya ianya berlaku pada hari isnin. Setibanya saya di kawasan sekolah, terlihat seorang murid bernama walter juga Tahun 1 bezanya dia berada di kelas B, berlari-lari mengejar sesuatu dari hujung kelas dia berlari sambil menunjuk kearah semak. Dia berteriak tengok sana!tengok sana!..ramai murid lain melihat telatah Walter yang agak melucukan kerana tidak faham apa yang sedang berlaku begitu juga dengan saya yang masih kebingungan. Setelah saya meletakkan beg sekolah di kelas Tahun 1A (kelas saya ketika itu) saya dan rakan-rakan lain pergi ke belakang bangunan sekolah kerana terdapat sedikit kawasan lapang biasanya tempat murid-murid bermain. Walter menunjuk keatas, kearah celah-celah daun yang padat dengan tumbuhan menjalar..tiba-tiba dua helai daun terbuka..kelihatan sepasang mata memerhatikan kami semua yang berada di kawasan itu..mata makhluk itu agak runcing (seperti bentuk mata alien hijau) tetapi agak kabur(blur). Selang beberapa saat..helaian daun itu tertutup semula.Di hujung bangunan pula ada murid lain berteriak..toyol!..toyol..bergegas kami ke kawasan tersebut..tetapi saya dan seorang kawan pula berlari ke arah lain bersembunyi di kolong bangunan..saya lihat ramai murid memerhatikan makhluk itu ..Ia berdiri di puncak lorekan bukit sambil memerhatikan murid murid sekolah yang rata-ratanya lelaki. Ada yang saya lihat membaling batu kelikir tetapi makhluk itu tidak berganjak sekali pun.
Bunyi loceng berbunyi menandakan masa perhimpunan ingin bermula. Menurut saksi (murid-murid) makhluk itu ghaib setelah loceng di bunyikan. Menurut murid- murid yang melihat makhluk itu..ia bersaiz ketinggian seperti seorang budak 5-7 tahun, kepalanya botak matanya runcing dan mirip wajah manusia, berperut buncit dan warna kulit berwarna hijau...
Cerita ini bukan di dibuat buat..tetapi benar-benar berlaku dan di saksikan lebih 30 orang murid sekolah..tetapi tidak di ceritakan kepada seorang guru pun pada masa itu kerana cerita budak-budak tak ada seorang dewasa pun nak ambil tahu.

No comments: