Wednesday, November 30, 2016

Mencari Digit Digi Rm 5.00 Fasa 1.0

ud3g.blogspot.com akan menganjurkan pencarian Reload Digi Rm 5.00 bermula pada 0.01 am Waktu Malaysia bertarikh 5 Disember 2016.
Sila lawati ud3g.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Sunday, November 13, 2016

Kisah seram : Jangan tengok luar tingkap kalau cermin tingkap di ketuk : 1991



Kisah ini berlaku pada tahun 1991 , kami masih lagi tinggal di perumahan kilang langkon kota marudu, pada masa itu saya terjaga disebabkan keadaan bilik yang agak panas, langsir yang dahulunya nipis kini ditukar agak tebal sedikit. Bekalan elektrik telah terputus dan  kipas elektrik tidak berfungsi . Keadaan kejiranan menjadi sangat gelap kerana pada waktu itu bukanlah bulan penuh. Boleh dikatakan gelap yang pekat.
                Disebabkan keadaan yang tidak selesa, adalah sukar untuk melelapkan mata. Saya meraba-raba mencari jam tangan lalu menekan fungsi lampu dan tertera masa baru jam 2.30 pagi. Dalam keadaan yang gelap gelita teringat pula saya kisah dahulu tentang lembaga di atas bumbung rumah jiran, maka bertambah seramlah saya. Tiba-tiba kedengaran cermin tingkap di ketuk orang sebanyak 3 kali”tok!tok!tok!”, bilik saya sebenarnya berada 2 meter dari paras tanah. Hanya individu yang menggunakan tangga sahaja boleh mencapai ketinggian tersebut.
Saya menarik selimut dan melihat kearah cermin tingkap namun ditutup rapat oleh langsir, jantung berdenyut-denyut pantas, pernafasan saya juga semakin laju, terasa bulu roma berdiri diikuti peluh jantan. Kedengaran bunyi cengkerik dihalaman rumah begitu kuat. “tok!tok!tok! sekali lagi cermin tingkap bilik di ketuk. Disebabkan langsir di bilik saya itu agak tebal, maka saya tidak dapat melihat tembus ke luar tingkap. Saya membiarkan saja untuk seketika.”tok!tok!tok!” untuk kali ketiga cermin di ketuk, saya mengambil bantal peluk dan membaling kearah tingkap cermin”Tapp!” bunyi bantal terhempas di bingkai tingkap. Untuk seketika bunyi ketukan telah terhenti. Kedudukan katil saya sebenarnya tidak berubah sejak sekian lama iaitu bersebelahan dengan dinding luar.
                Dalam beberapa minit kemudian tiba-tiba dinding luar di ketuk 3 kali kebetulan pula pada paras telinga saya, badan saya terasa kaku dan rasa ingin terkencing pula disebabkan ketakutan. Rasanya ingin saya balas dengan menumbuk dinding itu tetapi tangan terasa sangat berat dan mengeletar. Kemudian tidak lama selepas itu kedengaran bunyi kuku sedang mencakar seperti mana pernah berlaku 5 tahun yang lalu. Oh tidak! memang sah “dia” lah ni. Masa itu ibu saya sedang mengandung anak yang ke-5 iaitu adik saya yang ke-4. Tidak pasti berapa lama bunyi cakaran itu berulang-ulang, sehinggalah suatu masa ianya terhenti apabila saya terdengar suara perempuan menangis dari arah cermin tingkap, tersedu-sedu kemudian ketawa terdekeh-dekeh tetapi dalam suara yang halus.
                Kata orang dalam ketakutan akan muncul keberanian, itulah perkara yang terjadi pada malam itu, kerana sifat manusia yang ingin tahu , saya merangkak perlahan-lahan kearah cermin tingkap, dengan cermat saya membuka langsir dari arah tepi kanan tingkap dan melihat dari sudut tersebut…..dari sudut itu saya boleh lihat bayangan seperti seorang perempuan betul-betul depan cermin tingkap, matanya kemerah-merahan, berambut gerbang, berlidah panjang terjelir keluar. Ketika saya cuba mengamati wajah “makhluk” itu ,tiba-tiba bebola mata makhluk itu menjeling kearah saya..seperti tahu yang dia sedang di perhatikan. Dengan cepat saya menutup langsir dan bersandar rapat di sebelah dinding cermin tingkap. Ketakutan dan rasa amat menyesal. Suara halus ketawa terdekeh-dekeh seperti berada benar-benar di cuping telinga. Tiba-tiba lampu jalan terpasang semula , bekalan elektrik sudah pulih.bila saya lihat di langsir tingkap bayangan kepala orang sudah hilang, saya meluru ke suis lampu dan malam itu saya “ON”kan saja lampu sampai pagi.
Keesokan harinya saya mencari  ranting limau kasturi kerana kononnya makhluk itu takut akan dahan berduri. Sebelum malam menjelma saya pastikan dahan berduri sentiasa di gantung besebelahan dengan cermin tingkap, mana tahu “dia” muncul semula. Tetapi sejak dari malam itu saya tidak pernah lagi bertembung dengan “dia” mungkin disebabkan oleh petua orang tua bahawa dahan berduri mampu menakutkan makhluk tersebut .Pada pertengahan tahun 1992 , kami sekeluarga telah berpindah ke daerah lain (Tawau) apabila bapa saya di naikkan pangkat. Berharap agar benda-benda seram tidak berulang lagi.

Cerita Seram : Misteri Blok Hujung Ladang Sawit tahun 1990



Pada tahun 1990, ketika itu saya berumur 10 tahun. Kejadian kali ini bukan di kawasan sekolah tetapi ketika menunggang basikal pulang dari ladang sawit. Saya sering bersiar-siar menggunakan basikal, saya menggunakan basikal berjenama Singer, ianya mempunyai tempat duduk belakang untuk pembonceng dan bakul penyimpan barang pada bahagian hadapan basikal.
                 Masih segar dalaman ingatan pada bulan itu merupakan musim tengkujuh,musim hujan dan kelembapan tinggi,  pada waktu itulah juga tandan kelapa sawit akan ditumbuhi  kulat sawit yang sangat banyak dan sedap untuk di makan.
Kawasan ladang sawit terbahagi kepada beberapa blok dan blok yang sering ditumbuhi kulat sawit yang banyak merupakan blok yang paling jauh dari kawasan perumahan dan teramat jarang orang datang ke sana selain pekerja ladang sahaja, hanya kenderaan bermotor seperti motorsikal dan traktor sahaja yang dapat melepasi jalan gravel yang berlubang-lubang. Jika berjalan kaki ke sana ianya akan mengambil masa sejam jaraknya itu pun dengan menggunakan jalan pintas dan sekiranya berbasikal , penungang akan mengambil masa lebih kurang 30 minit jika berkayuh laju.
Pada suatu petang selepas hujan lebat lebih kurang jam 3.30 petang, saya mula berkayuh dari rumah dan berharap agar menjadi orang pertama untuk sampai ke blok ladang yang paling hujung kerana ada desas desus makcik-makcik jiran sebelah juga akan ke sana untuk mencari kulat sawit setelah hujan berhenti.
Setelah mengayuh lebih kurang 30 minit maka sampailah saya ke blok ladang tersebut. Saya mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan basikal singer dan mengunci basikal itu. Di kawasan itu terdapat banyak timbunan tandan kelapa sawit yang sudah lama mereput dan banyak juga tumbuhan liar tumbuh dengan subur. Keadaan ladang sawit pada waktu itu agak suram kerana cuaca masih mendung dan hujan turun dengan renyai-renyai. Daun-daun kelapa sawit yang lebat telah menghalang cahaya matahari untuk sampai ke lantai tanah keadaan ini menambahkan lagi suasana suram.
Di sebabkan cuaca yang lembab pada minggu itu, banyak kulat sawit berjaya saya tuai, lebih dari 3 bakul plastik besar sarat dengan kulat sawit. Saya lihat jam tangan menunjukkan tepat jam 5.10 minit petang. Keadaan ladang pada masa itu seperti sudah senja dan agak samar ditambah lagi bunyi binatang yang sayup-sayup kedengaran maka bertambah suram dan seram lagi keadaan sekelilingnya.
Saya membuka kunci basikal dan meletak 3 bakul plastik di bahagian depan basikal dan mula mengayuh. Beberapa minit kemudian saya berasa ada sesuatu sedang menarik tempat duduk belakang basikal, saya berhenti untuk menoleh ke belakang dengan menyangka ada ranting kayu menyangkut di bahagian rim basikal atau pun tempat duduk belakang. Namun tiada apa mahupun sesiapa di belakang saya.
Saya meneruskan kayuhan tanpa berfikir benda-benda lain kerana saya mesti sampai rumah sebelum jam 6.30 petang, semakin lama semakin berat rasanya kayuhan basikal itu , seperti sedang membonceng seseorang yang beratnya lebih 50kg. tercungkap-cungkap juga nafas saya mengayuh basikal diatas tanah gravel yang berlubang-lubang. Sehinggalah saya melepasi rumah pertama iaitu merupakan rumah paling pinggir di kawasan perumahan barulah kayuhan basikal saya terasa ringan seperti biasa.
Pada keesokan harinya saya ke sekolah , seorang rakan menegur dan bertanya “ siapa perempuan yang kau bonceng semalam? Saya tak pernah nampak orang tu sebelum ni”. Sepanjang hari tumpuan belajar saya terganggu disebabkan peristiwa semalam. Ditambahkan lagi bahawa makcik-makcik jiran sebelah sebenarnya telah pergi ke blok yang berlainan.
Menurut jiran dan pekerja yang pernah datang ke sana sebenarnya banyak perkara pelik telah berlaku di situ sebagai contoh bakul plastik yang penuh dengan tuaian kulat sawit ghaib tiba-tiba , pernah juga kedengaran suara perempuan mengilai-gilai pada waktu tengah hari, kadangkala kedengaran suara orang ramai seperti ada pasar tani di sebelah semak setelah di tinjau namun tidak menjumpai sesiapa di situ dan pernah juga kelihatan seorang “pekerja” sedang bekerja tetapi pekerja sebenar sedang bercuti balik kampung….Barulah saya faham kenapa jarang orang mencari kulat sawit di blok tersebut dan sejak dari petang itu saya tidak akan sekali-kali pergi kesana sungguh pun datang secara rombongan khawin.

Kisah seram 1989



Kisah ini berlaku semasa cuti sekolah dan ketika itu saya bercuti di kampung Tinambak Topokoon, Tamparuli. Pada petang itu saya dan sepupu-sepupu saya telah pergi ke sebuah kebun getah untuk mencari kayu api. Pada asalnya tujuan kami hanya sekejap sahaja, disebabkan kenakalan kami ketika masih kanak-kanak , kami telah membuang masa lebih dari yang diperuntukkan, selebihnya kami bermain ala-ala tarzan dan melastik burung.
Tidak lama selepas itu, hujan turun renyai-renyai ketika panas matahari , istilah lain adalah hujan panas. Di sebabkan pantang orang tua, tidak boleh sama sekali bermain ketika hujan renyai dan semua kanak-kanak sebolehnya pulang ke rumah masing-masing. Kami pun mula berjalan pulang sambil membawa kayu api masing-masing. Sampai di satu simpang kami pun berpisah kerana saya menumpang di rumah nenek yang jaraknya 100 meter dari simpang itu manakala sepupu saya pulang ke rumahnya yang hanya 50 meter sahaja jaraknya.
                Saya mendongak ke langit dan kelihatan pelangi muncul di sebelah timur kaki langit ,kesan dari hujan panas. Kemudian saya melihat ke hadapan ,jauh di hadapan saya kelihatan seorang nenek tua yang lebih tua dari nenek saya . Dia berpakaian tradisional suku lotud serta bertongkat, berjalan kearah yang bertentangan dengan saya, kemudian dia membelok kearah kiri kerana di situ ada tapak rumah yang separuh siap, tapak rumah itu merupakan bakal rumah baru nenek saya dan mungkin akan berpindah dalam beberapa bulan lagi. Setiba saya di tapak rumah itu,saya lihat nenek tua sedang berdiri bersebelahan dengan jemuran kain sambil tersenyum melihat telatah saya mengangkat kayu api yang tidak tersusun kerana tidak diikat dengan rapi.,saya lihat juga kain jemuran, separuh pakaian kering masih tersidai dan separuh lagi sudah berada didalam bakul. “mungkin nenek tua itu telah menolong mengangkat kain kering dan meletakkan kedalam bakul” dalam fikiran saya.
Rumah nenek saya sebenarnya terletak hanya di seberang anak sungai sahaja, dan perlu melalui jambatan yang di perbuat daripada bamboo yang panjangnya lebih kurang 8 meter dan lebarnya 2 meter. Sebelum saya menyeberangi jambatan bamboo itu saya melirikan mata saya kearah nenek tua dan dia masih berdiri disitu seolah-olah menunggu seseorang, namun hujan yang tadinya renyai-renyai kini bertambah lebat. Saya mempercepatkan langkah untuk menyeberangi jambatan bambo.
Di seberang jambatan kelihatan makcik muda saya sedang berlari-lari anak untuk menyeberangi jambatan yang sama dengan tujuan mengangkat kesemua kain yang masih tersidai sebab itulah tanggungjawab harian beliau. Makcik muda saya bertanya“,kain semua sudah diangkat kah?” dan saya menjawab “sudah tu nenek tua tolong angkat separuh kain tersidai”, “Tiada orang di sana tu”kata makcik muda. “ehhh, mana sudah tu nenek tua,tadi dia berdiri sebelah jemuran kain?”.
Pada petang itu berdebatlah saya dengan makcik muda tentang kehadiran nenek tua yang hilang secara misteri, sehingga sekarang dia masih tidak percaya cerita saya. Apa tidaknya tiada seorang pun yang melihat nenek tua itu berdiri di sebelah jemuran kain ketika saya masih lagi menyeberangi jambatan bamboo dan ketika nenek saya menjenguk keluar tingkap dia juga tidak melihat sesiapa pun berada di seberang sana ketika saya muncul terhegeh-hegeh dari simpang jalan

Cerita Seram : Tahun 1987

Pada tahun Itu saya berada dalam darjah 1 di Sk Bengkongan Kota Marudu. Murid-murid yang tinggal di perumahan kilang langkon sudah semestinya menaiki bas sekolah atau pun pick-up(truck) yang telah diubah suai bagi tujuan pengangkutan budak sekolah. Sk Bengkongan pada era 80 an hanya ada 3 blok bangunan sahaja dan belum lagi dibekalkan elektrik dan masih menggunakan loceng besar sebagai penanda masa seperti maSA masuk maSA rehat dan masA pulang
 Bangunan Sekolah untuk Tahun satu A dan B serta Tahun 2 A dan B dibina dalam blok yang sama dan berada di bahagian paling belakang kawasan sekolah. Belakang bangunan itu pula merupakan kawasan  semak dan terdapat beberapa pokok kelapa yang sudah tua. Tidak pernah saya melihat murid-murid lain berada di kawasan luar tersebut kerana adalah suatu kesalahan disiplin bagi seorang murid jika berada di luar pagar sekolah semasa sesi persekolahan dan sepanjang sesi itu juga tidak pernah ada sesiapa dilihat berada di sana  mahu pun penduduk tempatan. Mungkin ada cuma tidak perasan.
Pada suatu pagi seingat saya ianya berlaku pada hari isnin. Setibanya saya di kawasan sekolah, terlihat seorang murid bernama walter juga Tahun 1 bezanya dia berada di kelas B, berlari-lari mengejar sesuatu dari hujung kelas dia berlari sambil menunjuk kearah semak. Dia berteriak tengok sana!tengok sana!..ramai murid lain melihat telatah Walter yang agak melucukan kerana tidak faham apa yang sedang berlaku begitu juga dengan saya yang masih kebingungan. Setelah saya meletakkan beg sekolah di kelas Tahun 1A (kelas saya ketika itu) saya dan rakan-rakan lain pergi ke belakang bangunan sekolah kerana terdapat sedikit kawasan lapang biasanya tempat murid-murid bermain. Walter menunjuk keatas, kearah celah-celah daun yang padat dengan tumbuhan menjalar..tiba-tiba dua helai daun terbuka..kelihatan sepasang mata memerhatikan kami semua yang berada di kawasan itu..mata makhluk itu agak runcing (seperti bentuk mata alien hijau) tetapi agak kabur(blur). Selang beberapa saat..helaian daun itu tertutup semula.Di hujung bangunan pula ada murid lain berteriak..toyol!..toyol..bergegas kami ke kawasan tersebut..tetapi saya dan seorang kawan pula berlari ke arah lain bersembunyi di kolong bangunan..saya lihat ramai murid memerhatikan makhluk itu ..Ia berdiri di puncak lorekan bukit sambil memerhatikan murid murid sekolah yang rata-ratanya lelaki. Ada yang saya lihat membaling batu kelikir tetapi makhluk itu tidak berganjak sekali pun.
Bunyi loceng berbunyi menandakan masa perhimpunan ingin bermula. Menurut saksi (murid-murid) makhluk itu ghaib setelah loceng di bunyikan. Menurut murid- murid yang melihat makhluk itu..ia bersaiz ketinggian seperti seorang budak 5-7 tahun, kepalanya botak matanya runcing dan mirip wajah manusia, berperut buncit dan warna kulit berwarna hijau...
Cerita ini bukan di dibuat buat..tetapi benar-benar berlaku dan di saksikan lebih 30 orang murid sekolah..tetapi tidak di ceritakan kepada seorang guru pun pada masa itu kerana cerita budak-budak tak ada seorang dewasa pun nak ambil tahu.

Saturday, November 12, 2016

Cerita Seram : Tahun 1986

Pada ingatan saya , semasa berumur 6 tahun, berlaku satu peristiwa ku anggap pelik dan cukup mendebarkan. Ianya berlaku semasa saya tidur berseorangan dalam bilik.
 Pada waktu itu kami tinggal  di perumahan kilang langkon kota marudu.Dalam kawasan perumahan tersebut dibahagikan dalam beberapa zon, ada zon rumah teres ada zon rumah individual dan ada juga zon jenis kembar, kami pula tinggal dalam zon rumah individual dan jarak setiap rumah adalah berdekatan mungkin dalam 20 kaki sahaja. Bekalan elektrik dan bekalan air adalah percuma kerana  di sediakan oleh pihak kilang tetapi setiap kali pihak kilang membuat pemprosesan "boiling" buah sawit ,mereka akan mematikan semua talian elektrik kawasan perumahan memandangkan keperluan tenaga elektrik untuk pemprosesan boiling buah sawit sangatlah tinggi. 
 Disebabkan operasi kilang berlaku sepanjang masa 24/7 maka bekalan elektrik ke perumahan akan ditutup tidak kira waktu siang atau malam ,bagi mereka yang pernah tinggal dan membesar di sana pasti sudah lali dengan situasi berkenaan.

 Disebabkan pada siang hari saya terlalu penat bermain dengan kanak-kanak jiran sebelah.Selepas makan malam saya terus ke bilik tidur sehinggalah terjaga dalam keadaan gelap gelita kerana kepanasan disebabkan kipas tidak berfungsi berpunca dari ketiadaan bekalan elektrik.  
 Amat sukar melelapkan mata setelah terjaga dari tidur kerana keadaan terlalu sunyi dan bermacam-macam bunyi kedengaran sehinggakan bunyi jarum jam berdetik di dinding pun boleh di dengari dengan jelas, bunyi sudu dan garpu juga kedengaran apabila tikus berkejaran di dapur memandangkan bilik tidur saya bersebelahan dengan ruang dapur.
 tingkap cermin pula berada di hujung katil dan langsir akan mengerbang sekali sekala apabila setiap kali di tiup angin malam. Dalam keadaan samar-samar berbekalkan cahaya bulan penuh, nun disana saya melihat salah satu bumbung rumah jiran yang jaraknya dari rumah saya lebih kurang 2 blok rumah.Dalam kesamaran itu saya melihat suatu lembaga sedang berjalan(mungkin terbang) mundar mandir diatas bumbung jiran. Berbaju labuh putih seperti seorang wanita dan berambut panjang hingga paras punggung. Disebabkan kehairanan dan ingin tahu saya merangkak ke tingkap untuk melihat dengan lebih jelas. Rumah itu sememangnya berpenghuni tetapi siapa pula yang sedang mundar mandir atas bumbung rumah pada waktu malam?. Agak lama juga saya melihat kelibat lembaga mundar mandir, mungkin dalam beberapa minit. Sampai lah satu masa lembaga itu berhenti bergerak dan perlahan-lahan menghadap ke tingkap bilik saya..seperti lembaga itu tahu yang ia sedang diperhatikan. Dari jauh ia seperti terbang menuju ke arah tingkap bilik..perlahan-lahan saya berundur dari tingkap dan bersembunyi dalam selimut . Sambil curi curi melihat tingkap dari arah katil kelihatan lembaga itu sedang berdiri diatas bumbung jiran yang jaraknya hanya dalam 20 kaki sahaja, berbekalkan cahaya bulan yang samar ,saya cuba melihat muka lembaga itu namun  tidak kelihatan kerana rambutnya telah menutup semua bahagian muka hinggalah ke paras pusatnya .Disebabkan ketakutan saya kembali bersembunyi dalam selimut sehinggalah kedengaran dinding luar bersebelahan dengan tingkap tadi di cakar seperti kucing sedang menguis tanah. Agak lama juga bunyi itu kedengaran sehinggalah lampu jalan terpasang menandakan bekalan elektrik telah pulih dan ketika itu barulah bunyi cakaran itu hilang.Dalam ketakutan saya tertidur dengan lena. 
Besoknya saya bangun awal dan menceritakan semua pengalaman pelik yang saya alami semalam kepada ibu saya dan hampa bila ibu memberi respon "itu hanya mimpi sahaja". 
Petang itu ibu membawa saya dan adik-adik yang lain melawat rumah jiran kerana ada bayi baru lahir semalam dan saya bertanya kepada ibu, jiran yang mana satu...ibu menunjuk ke arah rumah jiran yang mana semalam telah pun di datangi pelawat misteri.




Thursday, November 10, 2016

Music Freedom by Digi

Download app via playstore and you may play free video from youtube source, only selected singer will be displayed at any limited time.

but if you wish to watch video from youtube using "special" app , using IDD internet 64kbps you may need to download this "special" app called psiphone...but it has been upgraded to XP Psiphone. Along with it you must subscribe Music Freedom and it is free .

Capture Apps by Digi

1.

This Capture Extra Storage Promotion (“Promotion”) is organised by Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (201283-M) ("Digi") in collaboration with Telenor Digital AS (“TD”), the internet based storage service provider of the Capture App (“Capture”) and is governed by these terms and conditions and any subsequent accompanying promotion details (if any) (collectively referred to as the “Terms”) as provided by Digi and/or Capture (“Organisers”). Each participant of this Promotion agrees that he/she has read and understood these Terms and by their participation in the Promotion, each participant agrees to be bound by the Terms.
   
2. Promotion Period
2.1 This Promotion will commence at 12:00 a.m. (Malaysian time) on 12th June 2015 and will continue until 11:59 p.m. (Malaysian time) on 29th April 2017(“Promotion Period”) unless stated earlier which participants will be notified via e-mail or SMS.  Entries received after the said duration will automatically be disqualified from the Promotion. Notwithstanding the above, Digi reserves the right in its sole and absolute discretion to vary, postpone or re-schedule the said duration.
2.2 The validity period of the Promotion shall end upon the expiry date of the Promotion period. Notwithstanding the above, Digi reserves the right in its sole and absolute discretion to vary, postpone or re-schedule the said duration.
   
3. Eligibility and Entitlement
3.1
This Promotion is open to all individuals legally residing in Malaysia, who are existing Digi subscribers  and new Subscribers whom upgrades their Smartplan and/or  signs up with Digi whichever that’s applies) in the manner as set out in below within the Promotion Period (“Eligible Recipients”).
Entitlement for Digi SmartPlan 108 shall be extra 100GB
Entitlement for Digi SmartPlan 148 shall be extra 100GB
Entitlement for All Prepaid & Postpaid Call Plans shall be extra 30GB
3.2 All personal details submitted must be accurate and complete and are subject to proof upon request by Digi.
   
4. Mechanics
4.1 Upon 48 hours from the activation by the Eligible Recipients of Digi services based on his/her respective subscription of the Applicable Digi Plan, each Eligible Recipient will receive one SMS (“Confirmation SMS”) from Digi notifying his/her entitlement to the Promotion. The Confirmation SMS will also include a link to website in which such Eligible Participant will need to go to and complete the activation process therein in order to receive the Promotion.
4.2 For Eligible Recipients who do not receive the Confirmation SMS within the stipulated timeline, such Eligible Recipient can indicate his/her interest in the Promotion by sending the keyword “CAPTURE” to 20000 (“CAPTURE SMS”) and normal SMS charges of RM0.15 (excluding 6% GST) will be incurred by Eligible Recipient.  
4.3 Within 24 hours after sending the CAPTURE SMS, each Eligible Recipient will receive one SMS from Digi notifying his/her entitlement to the Promotion and for those entitled to the Promotion, the Confirmation SMS will also include a link to website in which such Eligible Participant will need to go to and complete the activation process therein in order to receive the Promotion.
4.4
By activating and/or using the Promotion, each Eligible Recipient accepts;
(i) the Terms of Service governing the use of the Capture as set out by TD in its website (www.capture-app.com)
(ii) that there are minimum requirements (including but not limited to operating system, and device requirements as may be stipulated by Capture (from time to time) which must be met in order to utilize the  Promotion.
4.5 The Promotion given is non-transferable, whether by operation of law or otherwise, either to any other person, entity or account.
   
5. By participating in this Promotion, each Eligible Recipient agree and consent to such details including without limitation personal data/information being collected, processed and used by the Digi and/or Organisers for;
(i) the purposes of the Promotion;
(ii) marketing and promotional activities conducted in such manner as Digi and/or the Organisers see fit worldwide in any media including without limitation the Internet, without further express consent from, and payment or consideration to the relevant participant. Marketing and promotion activities includes without limitation the use and/or publication of any details provided in and/or in connection to the entries, interviews material as well responses and related photographs. In this regard, each participant agrees to co-operate and participate without further express consent and/or payment or consideration, in all reasonable advertising and publicity activities of Digi and/or the Organisers relating to the Promotion.
(iii) other promotional, marketing and publicity notification/information including future promotional, marketing and publicity notification/information from Digi and/or the Organisers from time to time.
   
6. In addition, where any of the data/information especially personal data relating to the participants and/or third parties (where applicable) are submitted to Digi and/or the Organisers and/or by any participant in connection to this Promotion, each participant;
(i) warrant that he/she is in possession of all necessary consents and shall continue to maintain such consents as may be required for Digi and/or the Organisers’ and/or usage and processing of such data/information; and
(ii) agree that it shall be the said participant’s responsibility to advise Digi and/or the Organisers in writing should there be any relevant change in the said data/information provided to Digi and/or the Organisers which require action on the part of Digi and/or the Organisers.
   
7. Digi does not warrant that the Promotion shall be uninterruptible and/or error free. By participating in the Promotion, each of the Eligible Recipient hereby acknowledges and irrevocably agrees that Dig shall not in any manner whatsoever be liable for any interruption and/or any error arising from the Promotion and/or usage of the Promotion.
   
8. To the fullest extent permitted by law, Digi hereby expressly exclude and disclaim any representations, warranties, or endorsements, express or implied, written or oral, including but not limited to, any warranty of quality, merchantability or fitness for a particular purpose in respect of Capture and the Promotion.
   
9. Digi;
(i) reserve the right at its absolute discretion to vary, delete and/or add the mechanics and any of these Terms from time to time without prior notice. For the avoidance of doubt, cancellation, termination or suspension by Digi of the Promotion or any part thereof I shall not entitle the Eligible Recipient to any claim or compensation against Digi (for cash or in kind) for any and all loss or damages suffered or incurred by the Eligible Recipient as a direct or indirect due to cancellation, termination, suspension or alteration.
(ii) reserves the right at its absolute discretion to vary, delete and/or add to any of the mechanics or these Terms and Conditions from time to time without prior notice.
(iii) reserves the sole and absolute right to reject a participation that is deemed ineligible for the Promotion.
(iv) shall not be responsible or liable for any claims of loss or damage to property or any personal injury or loss of life resulting from or in connection with this Promotion and/or use of Capture and the Promotion
(v) shall not be liable for any loss or damage (including without limitation loss of income, profits or goodwill, direct or indirect, incidental, consequential, exemplary, punitive or special damages of any party including third parties) howsoever arising whether in contract, tort, negligence or otherwise, in connection Capture and the Promotion even if Digi has been advised of the possibility of such damages in advance, and all such damages are expressly excluded.
(vi) shall not be liable for any default due to any act of God, war, riot, strike, lockout, industrial action, fire, flood, drought, storm or any event beyond the reasonable control of Digi and/or TD.
   
10. By participating in the Promotion, each Eligible Recipient hereby agrees and irrevocably and unconditionally undertakes to fully absolve Digi of all liabilities and agree to indemnify Digi (on full indemnity basis) and hold DiGi harmless against any claim by any third party and against any loss, damage, cost or expense (including solicitors’ fees and cost) that Digi may suffer or incur as a result of or in connection with the Promotion.
   
11. By participating in the Promotion, the Eligible Recipient shall be deemed to have unconditionally accepted all the Terms and Conditions of this Promotion. The Eligible Recipient further agrees to be bound by the said terms and conditions and that Digi’s decision shall be final and no correspondences on the dissatisfaction of the said terms and conditions will be entertained. In furtherance thereto the Eligible Recipient agrees to co-operate and comply with all reasonable requests of Digi in connection with the Promotion and consents to receiving promotional, marketing and other publicity information from Digi from time to time.
   
12. Digi and its respective parent companies, subsidiaries, affiliates, licensees, directors, officers, employees, agents, independent contractors advertising/promotion and fulfillment agencies and legal advisors make no warranties, express or implied, in fact or in law, relative to the use or enjoyment of any of the Capture and the Promotion, including, without limitation to, their quality, merchantability or fitness for a particular purpose.
   
13. Digi and its respective parent companies, affiliates, subsidiaries, licensees, directors, officers, employees, agents, independent contractors, advertising, promotion, and fulfillment agencies, and legal advisors are not responsible for and shall not be liable for:
(i) telephone, electronic, hardware or software program, network, Internet, server or computer malfunctions, failures, interruptions, miscommunications or difficulties of any kind, whether human, mechanical or electrical, including, without limitation to, the incorrect or inaccurate capture of entry information online;
(ii) late, lost, delayed, misdirected, incomplete, illegible or unintelligible e-mails;
(iii) failed, incomplete, lost, garbled, jumbled, interrupted, unavailable or delayed computer transmissions;
(iv) any condition caused by events beyond the control of Digi that may cause the Promotion to be disrupted or corrupted;
(v) any claims, injuries, losses damages or actions of any kind arising in connection with or as a result of the Capture and the Promotion (as the case may be), or acceptance, possession, or use of the Capture and the Promotion (as the case may be), or from participation in the Promotion including without limitation, personal injury, death and property damage and claims based on publicity rights, defamation or invasion of privacy; or
(vi) any printing or typographical errors in any materials associated with the Promotion;
(vii) any claims by third party for infringement of intellectual property rights.
   
14. A failure by Digi to enforce any of these Terms in any instance(s) will not give rise to any claim by any person.
   
15. These Terms shall be governed and construed by the Laws of Malaysia and the parties shall submit to the exclusive jurisdiction of the Courts of Malaya.
   
16. All other terms and conditions governing the use of any of Digi's mobile telecommunication services, in particular, terms governing Digi services as set out in the Digi’s website shall apply herein mutatis mutandis.