Saya yakin ramai dikalangan anda selalu berkunjung di
pasaraya-pasaraya besar seperti Giant,The Store,Tesco atau Mydin. Tahukah anda
kenapa wang anda dihabiskan dalam pasaraya tersebut? dan bila balik rumah
barulah anda sedar bahawa anda telah berbelanja lebih!! ini rahsianya:
Amaran!! Tiada Toyol dalam pasaraya, yang ada cuma manusia
biasa seperti anda.
Pertama : Suasana pasaraya, sekiranya terdapat ramai
pengunjung dalam pasaraya itu, pelanggan dari luar akan tertanya-tanya apakah yang
sedang berlaku dalam pasaraya tersebut? sifat ingin tahu merupakan salah satu
sifat manusia sejak zaman ajali lagi. Apabila kita berada dalam suasana yang
ramai, kita berasa lebih yakin dan selamat.
Kedua : Jangan masuk pasaraya apabila anda berasa sangat
lapar!. Kesemua makanan dalam pasaraya itu nampak sangat sedap dan kalau boleh
saya nak beli kesemuanya. Di nasihatkan agar anda bersarapan dari rumah atau
sekurang-kurangnya makanlah sedikit biskut sebagai alas perut, jika anda
membawa seluruh ahli keluarga anda bershopping, pastikan keluarga anda sudah
bersarapan atau carilah makanan sebagai alas perut.
Ketiga: Cuba
anda lihat setiap gondola (rak) , harga promosi pasti ada di lekatkan dan jika
anda perhatikan betul-betul, terdapat 2 atau lebih jenis prodak yang sedang
ditawarkan dalam harga murah. Taukeh kedai sebenarnya secara halus sedang
mempengaruhi minda para pelanggan untuk "memaksa" mengeluarkan wang
dari dompet anda, contohnya beli barangan yang tak sepatutnya dibeli!.
Ke empat : Sasaran Kanak-kanak : Seperti yang kita ketahui,
kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah untuk di brain wash!, Jika
anda masih ingat semasa zaman sekolah rendah, Lori Milo datang ke sekolah untuk
memberi minuman free kepada murid-murid, siapa tak mahu, sedappp!!!...brain
wash yang kini telah meresap dalam minda orang dewasa kemudian di perturunkan
pula kepada anak-anak mereka. Pengilang Milo iaitu Nestle telah berjaya
mendapatkan pelanggan tetap selama 20 tahun dan akan berterusan, kerana mereka
tahu kanak-kanak itu suatu hari nanti akan membesar dan terus menerus menjadi
pelanggan tetap mereka. Boleh beli tetapi beli yang penting sahaja.
Ke lima
: Sasaran Wanita : kaum wanita merupakan pembeli utama dalam pasaraya, mereka
akan membeli keperluan terlebih dahulu kemudian kehendak. Namun kadang kala ada
juga penuh sampai satu troli. Tiada senarai barangan yang disediakan dari
rumah. Perancangan pembelian barangan perlu ada sebelum pergi shopping!.
Ke enam : Atmosfera : Suasana kedai yang cerah, teratur dan
berwarna-warni (kepelbagian jenis prodak) juga mempengaruhi emosi kepada mood
gembira semasa bershopping, situasi ini mempengaruhi anda untuk berbelanja
lebih dari sepatutnya.
Ke Tujuh : Kaedah pembayaran : Tahukah anda kenapa gula-gula
seperti mentos,chewing gum atau coklat berada di kaunter juruwang?. Semasa
menunggu giliran anda tiba, mata anda akan berputar-putar untuk melihat arah
lain selain melihat juruwang yang sememangnya cun melecun, secara tak sedar
anda terlihat pula gula-gula kegemaran anda atau coklat kegemaran yang sudah
lama anda tidak nikmati tanpa berfikir panjang anda pasti membeli prodak
tersebut, kini anda berbelanja lebih dari yang telah anda rancang. Pembayaran
mudah menggunakan tunai, kad debit dan kad kredit.Wang tunai paling banyak
digunakan ketika hari gaji dan 15 hari selepas hari gaji, kad kredit pula
paling banyak digunakan 7 hari sebelum hari gaji.
Toyol dalam pasaraya sebenarnya diri anda sendiri!!!
#Selamat Bershopping