Sunday, June 15, 2014

Perkasam atau Bosou



Bosou (Perkasam ikan atau Daging) - Merupakan salah satu makanan tradisi bagi suku kaum kadazan,dusun ,runggus dan murut. Ianya diperam selama satu minggu, Berbau kurang enak, tetapi sangat enak jika dimakan.

Disebabkan peti ais belum ada atau wujud pada zaman dahulu, kaedah peram digunakan bagi mengelakkan pembaziran barangan makanan terutamanya daging yang agak sukar di simpan untuk jangka masa panjang.
Tempoh matang bosou ini memakan masa 1 hingga 2 minggu dari mula ianya dibuat, dan tempoh luput pula dalam 60 hari lamanya. Sekiranya berkulat maka bosou ini tidak boleh dimakan sama sekali.

Resepi baru dan moden iaitu digoreng dengan bawang merah dan putih serta halia untuk mengharumkan masakan.




Kepada mereka yang ingin mencuba, sila cari pasar basah mana-mana bandar di Sabah, terutama di bahagian Pantai Barat, anda pasti terjumpa bosou ini.

Berbau kurang enak, tetapi sangat enak jika dimakan

Pantang Larang Ketika Memburu KDRM Style



 

Sebelum adanya senjata api di Borneo Utara suatu ketika dahulu, Sumpit merupakan senjata jarak jauh yang amat digeruni oleh pihak musuh, ianya senyap,mudah dibawa dan dan jarak sumpit antara sasaran dianggarkan 50 Meter, kelajuan damak pula dianggarkan 80 Kilometer sejam tetapi semua itu bergantung kepada stamina si pengguna. Kadar masa racun bertindak pula bergantung kepada jumlah ramuan . racun itu pula diperbuat daripada....(psst mana buli kasi tau nanti kau campin)

Tujuan utama sumpit dibuat sebenarnya adalah untuk memburu binatang dalam hutan tebal.
Kehebatan seorang pemburu  bergantung kepada 3 faktor iaitu:

a) Skill menggunakan Sumpit (hebat macam robin hood) , sangat tiru (sangat tepat sasarannya)
b) Penjejak yang bagus -  mampu mengenal pasti tapak kaki binatang termasuklah jumlah kumpulan bintang itu, arah laluan, jantina binatang serta saiz binatang tersebut dengan hanya melihat kesan tapak kaki. (Hebat)

c) Ikut pantang larang semasa memburu (Rules of games)

Pertama : Jangan banyak bercakap ketika berjalan kearah sasaran , binatang mempunyai deria rasa yang cukup tajam termasuklah pendengaran dan deria hidu.

Kedua : Jangan tegur anak dara di tengah hutan ,biarkan saja anak dara itu berlalu pergi.
a) Di khuatiri Makhluk Halus - anda tegur atau mengacau, anda pasti sesat tak jumpa jalan pulang
b) Umpan dari Suku Kaum yang lain-Anda mengacau, Sumpit dari pihak lain sudah standby aiming at your macam sniper lah konon dari dalam belukar, kerana anda sudah berada di kawasan mereka tanpa anda sedari.

Ketiga : Sentiasa pastikan rakan anda dibelakang anda, takut terjadinya friendly fire .

Keempat : Setiap hasil buruan perlu disalai bagi mengelakkan ianya busuk menjadi bangkai

Kelima : Disebabkan hutan tebal, banyak makhluk halus sentiasa memerhatikan si pemburu, maka akan ada sedikit ritual memberi makan kepada makhluk halus tersebut kononnya mengelakkan dari malapetaka. tak pasti pula kaedahnya...

Keenam : Buruan haruslah cukup-cukup sahaja tidak boleh lebih, nanti spesis itu terancam dan susah untuk diburu untuk musim akan datang. "orang tamak selalu rugi"

 Pantang larang ini masih diguna pakai sehingga zaman IT terutamanya patang larang No1,No2,No3 dan No6. Kes No3 memang selalu terjadi, kawan tembak kawan , kawan disangkakan kancil.


Menjana Wang secara Online

Ramai tertanya-tanya bagaimana untuk menjana wang melalui internet. Ada 4 Kaedah sebenarnya

a) Blog

Blog free menggunakan google blogger, perlu update setiap hari atau 3 kali seminggu untuk mendapatkan viewer yang ramai, kemudian bolehlah anda mendaftar masuk ke nuffnang.com dan lihat langkah-langkah memasang banner iklan yang ditunjukkan. Pendapatan anda di perolehi melalui iklan yang di klik oleh pengunjung.

Keburukan blog adalah, terlalu ramai orang yang suka copy and paste cerita orang lain dan unsur-unsur fitnah juga cepat tersebar. Segala idea anda akan dicuri dengan kaedah copy & paste.

b) Jual beli matawang (FOREX)

Penganut Islam di Malaysia (Sahaja) telah diharamkan untuk menyertai perniagaan ini kerana mempunyai unsur-unsur riba yang sangat tinggi dan tidak relevan. Bagi yang bukan muslim, anda boleh mencuba untuk membuka akaun di liteforex.com
Sila Rujuk www.investing.com untuk fundamental analysis dan Technical analysis
Keburukan : Pelaburan anda tersangat berisiko tinggi untuk lebur (hangus)

c) Kedai Online

Membuka kedai online iaitu menjual barangan yang tiada dalam pasaran tempatan atau jarang didapati di pasaraya. Kaedah tempah melalui online dan menghantar kepada si pemesan. Cara jual beli menggunakan bank-bank tempatan atau paypal (e-currency)
Keburukan : Barangan yang anda tempah haruslah bukan prodak makanan dan kadang-kala scammer juga pandai menipu para pelanggan.



d) Youtube adsense

Anda perlu membuka akaun youtube (free) dan mula merakam vedio klip yang original buatan sendiri. Anda haruslah tahu teknik membuat wayang simple atau aksi pendek agar para penonton akan berulang-ulang melihat vedio klip buatan sendiri anda. Had masa setiap klip ialah 3 minit hingga 5 minit.
Keburukan : Anda haruslah mempunyai viewer sebanyak yang boleh barulah youtube akan mengaktifkan option untuk "ready to advertise".

------------------------------
Buka akaun paypal secara percuma disini atau buka akaun perfect money disini

e) AppsTrailer

Setiap kali anda melihat trailer movie hollywood yang terbaru anda akan diberi point minima 5 maksima 10 bergantung kepada panjang klip tersebut. Minima pengeluaran ialah 500 point (USD 0.50) terus ke akaun paypal anda. Sekiranya anda tak nak lihat trailer, anda juga boleh "free Scratch" untuk mendapatkan point.
Keburukan : Perlu menggunakan Smart Phone aplikasi Andriod dan ianya memakan kouta internet anda.



Wednesday, June 4, 2014

Buah Epal Gala

Buah Apple Gala

Berasal dari negara New Zealand, ianya merupaka kacukan buah Epal
 "Kidd's Orange Red' + 'Golden Delicious'" dan kacukan ini dinamakan Gala Epal

Buah Epal Gala mempunyai rasa yang sangat manis, mengandungi khasiat tinggi,berbau wangi serta ranggup.
Permintaan pelanggan terhadap buah ini sangat tinggi setelah terhasilnya kacukan ini. 
untuk keterangan lebih lanjut sila layari disini

Wang Perlindungan

Apa yang dimaksudkan wang perlindungan? adakah ianya insuran? atau tujuannya untuk mengugut seseorang agar tidak dibuli atau dicederakan?

Pada masa dahulu wang perlindungan bermaksud "ufti" dan ianya harus di berikan kepada seseorang yang berkuasa contohnya Raja ,Maharaja atau Sultan dan individu tersebut haruslah mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik dan ketenteraan.

Pembayaran "ufti" bermaksud negara atau negeri atau wilayah yang dijajah tidak akan diserang oleh negara yang lebih kuat. Namun secara umumnya pembayaran ufti ini amat membebankan rakyat dibawah jajahan tersebut, dengan tempoh yang telah ditetapkan, kerajaan yang dijajah haruslah membayar ufti tersebut dalam jumlah yang diminta oleh negara yang menjajah. Sebagai contoh jika diminta membayar 1000 tahil emas setahun maka dengan apa cara sekali pun negara bawah jajahan haruslah mencari jalan untuk membayar ufti yang di arahkan.

Bagaimana pula dengan wang perlindungan? Gengster atau Samseng selalu mengugut para peniaga tempatan untuk memberi wang perlindungan kepada mereka jika tidak maka para peniaga pastinya akan menerima kesan negatif sebagai contoh, dipukul atau kedai mereka di rosakkan atau lebih teruk lagi dibakar bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.

Wang mudah dan atas angin

Kejadian seperti ini sudah berlaku sejak ribuan tahun lagi sejak zaman pemerintahan rome purba, pemunggut cukai dengan bala tentera akan datang ke sebuah kampung dan meminta wang secara paksa dan kejam. Bayangkan sekumpulan perompak datang dan mengambil wang serta isi rumah anda dengan cara memukul hingga parah jika melawan atau sesuka hati merosakkan anak gadis anda di sebabkan tiada apa yang mampu anda berikan setelah wang anda habis dikutip dengan kadar yang amat tinggi nilainya.

Pengalaman saya melihat rakan saya di pukul oleh sekumpulan lelaki gara-gara inginkan "bahagian" dalam perniagaan gelap cyber judi. Agak besar permintaan wang perlindungan mereka yang saya kira tidak releven
bayangkan wang perlindungan RM8000.00 setiap 2 minggu? Perniagaan gelap Cyber Judi yang tidak mempunyai lesen perjudian sah dan  teramat sukar untuk membuat aduan polis kerana sememangnya salah di sisi undang-undang. Cadangan yang baik ialah menutup permis judi beralih kepada perniagaan runcit atau motor service.

Sekian

Tuesday, June 3, 2014

Cerita lawak 1.0.1

Soalan 1

Mr A : kenapa pokok kelapa perlu ditebang menggunakan kapak?
Mr B : memang sudah lumrah alam.
Mr A : tak salah tu
Mr B : Jadi apa jawapan kau?
Mr A : Kau gilakah?, pokok kelapa mana boleh dicabut.
Mr B : $$%%&&??

Soalan 2

Mr B : Mr A, kau tahu kah apa yang berwarna kuning hanya monyet sahaja yang tahu?
Mr A : Sudah tentu pisang!!
Mr B : Memang kau monyet...heheheeheee
Mr A : $%^$&Q$&!!
------------------------------------------------
Internet Cafe!! Must
Mum (to her son) : where have you been all day,Ah Guan?
Ah Guan : I was in a cave
Mum      :What were you doing in a cave?
Ah Guan : surfing the net. What Else?




Monday, June 2, 2014

Mempelajari kod Visual Basic 6.0 , tambah,tolak,darab dan bahagi


ingin belajar buat kalkulator yang sangat mudah muat turun kod disini




Cerita lawak : Si Penjual Topi dan Sekumpulan Monyet

Pada zaman dahulu di sebuah kampung tinggalah seorang penjual topi yang sangat mahir dalam membuat topi menggunakan kulit rotan,daun kayu dan kulit binatang.
  Isteri beliau juga turut serta dalam perniagaan topi ini termasuklah proses pemilihan bahan mentah sehinggalah siapnya topi yang dianyam atau dijahit. Seminggu sekali mereka akan berjalan kaki selama 3 jam untuk sampai ke pekan yang berhampiran untuk menjual topi-topi yang telah siap. Topi yang mereka hasilkan adalah sangat cantik, berwarni-warni dan bermacam fesyen pula tu.

Di sebabkan Isterinya sudah berbadan dua ,maka si penjual topi terpaksa membawa topi-topi ini ke pekan seorang diri sementara isterinya berehat di rumah.

Pada suatu hari .....Klik sini untuk sambungan seterusnya...