Thursday, March 28, 2013
Penipuan Internet, SMS dan 3GP
Penipuan internet mula dikesan seawal tahun 1995. Penipuan mula dikesan iaitu scam atau email palsu seperti “seorang kaya dari Nigeria ingin menyalurkan wang sebanyak jutaan usd”. Maka dengan buta internet pada waktu itu maka ramailah mangsa terpedaya dengan kata-kata si penipu.Memandangkan masyarakat Malaysia pada ketika itu masih tersangat janin untuk mengetahui apa itu internet disebabkan hanya orang-orang kaya sahaja yang mampu memiliki Komputer Intel I 633MHZ 64M RAM atau
Laptop Intel 733 MHZ 128 RAM berharga Rm 3500-RM5000. (tak tipu) dianggap paling canggih lah pada zaman tersebut. Cyber CafĂ© disewa RM 4.00 –RM 5.00 sejam semata-mata untuk login yahoo.com nak tengok email atau MIRC32 (chatting online).
Jika dibandingkan pada masa kini agak kelakar disebabkan MIRC32 tu hanya nickname sahaja yang anda kenal, profile individu tersebut langsung tidak diketahui. Maka pernah berlakunya kes rogol kerana membuat temujanji dengan penjenayah melalui MIRC32.
Memandangkan zaman sekarang ini memiliki handphone seolah-oleh memiliki IC. Tak ada H/P sah seperti mati atau bukan warga bumi. Telefon rumah sekarang ni sudah tidak laku lagi, keluarga saya sendiri telah menamatkan penggunaan TM setelah menggunakannya lebih 10 tahun termasuklah streamyx selama3 tahun. Kitaorang sudah mula menggunakan broadband 3g prepaid. sampai hulu kampung pun masih full line.
Dengan konsep setiap seorang sebuah H/P, maka dengan mudahnya kita ditipu menggunakan SMS pula. Sebagai contoh penduduk sekitar Kota Kinabalu, Labuan dan Tuaran pernah kecoh disebabkan seseorang telah menyebarkan SMS palsu iaitu Tsunami pada lewat malam, menyebabkan penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi. Begitulah hebatnya SMS palsu.
Berlainan pula dengan 3gp, kaedah ini lebih berkesan kerana penonton mampu melihat aksi vedio yang tersebar di internet, mlalui cakap-cakap hinggalah menonton sendiri video tersebut. Macam-macam ada seperti sebuah pasaraya hampir semua barangan boleh dibeli. Ada lucah, mitos dan penipuan. Lucah itu benar tetapi mitos dan penipuan itu lagi hebat pengaruhnya, hanya tukar sahaja tajuk video tersebut maka penonton yang melihat pasti 100% percaya apa yang dilihat. Contoh dalam youtube “mermaid found in Filipina” pada tahun 2007. ramai orang percaya itu adalah ikan duyung yang sebenar, tetapi jika ditanya kepada pelajar multimedia atau IT atau bidang pengiklanan , saya pasti mereka menjawab “saya pun boleh buat video macam tu”. Ada beza !!
Malangnya orang Malaysia masih majority suka kepada mitos dan penipuan sebab itu masih ramai orang Malaysia tertipu. Berapai ramai orang yang memandu selepas jam 12 malam, pasti sedikit sebab takut ada “penumpang” duduk kat belakang. Sebab dengan hanya mendengar cakap-cakap orang, kita pun mula percaya tanpa melalui pengalaman tersebut. Minta maaf rakan-rakan semenanjung, kami Sabahan sebenarnya bukan tinggal atas pokok, Cuma rakan-rakan semenanjung ditipu untuk mempercayai cerita tersebut.
Apa-apa pun semua ini berbeza melalui pandangan pembaca masing-masing.
Wednesday, March 27, 2013
Kereta: Loan Bank- Petrol
Kereta: Loan Bank- Petrol
ramai pemilik kenderaan diMalaysia menghabiskan wang dengan cara berbelanja untuk mengisi bahan bakar, maintenance,hiasan dalaman dan sound system serta pengubahsuaian kenderaan.
Jalan raya juga semakin sesak dengan pelbagai jenama kenderaan, buatan MY dan luar negara. Ini mungkin disebabkan rakyat MY semakin mempunyai wang dengan perkembangan ekonomi yang pesat. syarat deposit yang ditawarkan semakin mudah dan sistem pembayaran ansuran juga telah dipanjangkan sehingga 9 tahun atau lebih.
sejajar dengan itu kadar penggunaan minyak juga semakin hari semakin bertambah namun stok bahan mentah seluruh dunia semakin berkurangan.
Point sebenar dari cerita ini : langsai sahaja hutang bank para pemilik kenderaan, maka pada masa itu juga harga minyak pula akan melonjak naik. kenderaan berorentasikan solar akan mula dipasarkan, Proton dijangka mula memasarkan prodak kenderaan solar mungkin dalam seawal 2015. mungkin pada masa itu kerajaan tidak
lagi memberi subsidi minyak kepada rakyat negara ini. kenderaan lama tak laku sungguhpun berlakunya penurunan harga. satu kerugian kepada peminjam bank apabila kenderaan yang telah setahun dua habis dibayar kini berhadapan dengan situasi besi buruk. Peminjam bank terpaksa membeli kenderaan solar dengan cara membuat
re-loan kepad bank yang sama mungkin dengan jumlah yang sama atau lebih. namun ini semua hanya satu andaian selebihnya biarkan para pembaca membuat analisa.
Bumi : Pemanasan Global-Kesan-Hukuman
Bumi : Pemanasan Global-Kesan-Hukuman
Isu tentang pemanasan global telah pun dibentangkan sejak tahun 1960an lagi apabila saintis mula membuat analisa tentang kenaikan paras karbon dioksida mula bertambah pada ruang atmosfera. Pada ketika itu ramai orang berspekulasi ianya hanya “keseimbangan alam semulajadi” dan kesemua kejadian tersebut hanya kesan sampingan kepada perindustrian bagi tujuan ekonomi yang baik. Tidak seorang pun ambil kisah tentang kesan pemanasan bumi. Sekumpulan saintis yang diketuai oleh Roger Revelle telah membuat penyelidikan tentang kesan pemanasan global pada tahun tersebut telah menyimpulkan bahawa kesan rumah hijau mampu mencairkan Greenland dan Antratic . keadaan ini akan menyebabkan paras air laut naik dan boleh menenggelamkan pesisiran pantai serta mampu mengubah landskap yang sedia ada. Ditambah lagi perubahan cuaca yang agak drastik.
Selepas tahun 1960 semakin ramai saintis mula membuat pemerhatian tentang paras kenaikan karbon dioksida dan didapati meningkat secara mendadak.
Petanda:
1. Ice berg mula mencair. Suhu laut semakin meningkat
2. Semakin banyak taufan baru yang muncul seperti taufan Katrina, telah merosakan New Orelans , US
3. Berlakunya banjir besar disebabkan kapasiti hujan semakin banyak.
Jika anda melihat dari arah yang berbeza atau luar dari bidang sains.
Kutub utara dan kutub selatan merupakan stok penyimpanan air terbesar didunia namun ianya tersimpan dalam bentuk ice berg. Sekiranya dilihat secara terperinci, populasi manusia semakin tahun semakin bertambah. Pembebasan gas karbon dioksida juga bertambah,kita amat memerlukan tumbuh-tumbuhan, Tumbuh-tumbuhan ini boleh kita andaikan sebagai alat “pengimbang udara” atau “air converter” namun tumbuh- tumbuhan pula semakin sedikit kesan dari pembalakan dan pembangunan yang giat manusia lakukan.
Disebabkan terjadinya ketidak keseimbangan ini. Sistem alam semulajadi akan bertindak untuk menghukum manusia dengan caranya yang tersendiri sebagai contoh taufan, tanah runtuh, banjir besar, kumarau dan bahang panas. Kesemua malapetaka ini bermaksud untuk mengawal populasi manusia untuk terus berkembang. Dan di khuatiri pencairan ice berg memainkan peranan terburuk sekali dan mungkin ianya juga sebagai “the last defend on Earth”. Kenaikan suhu laut menyebabkan ice berg mencair dan boleh menambah kapasiti air yang sedia ada, maka tidak hairanlah jika berlakunya air bah yang sangat besar dan ditambahi pula dengan kejadian tsunami. Bayangkan dalam taufan berlakunya tsunami.
Menurut sains , tsunami terjadi apabila berlakunya gempa bumi dasar laut.
jika kapasiti air laut tak banyak maka tak banyaklah air laut melimpah di darat. Tetapi jika kapasiti air laut sudah terlalu banyak maka terlalu banyaklah air laut melimpah di darat.
Apa-apa pun ini hanyalah andaian peribadi saya sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)