Wednesday, October 16, 2013

Ilmu Pertapaan Orang Dulu-dulu


Tahukah anda! Masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak pada zaman dahulu sebelum kemasukan agama Islam dan Kristian. Mereka memiliki Kekuatan "Extra" yang sukar kita percayai pada zaman ini. Memiliki ilmu kebal, kuat atau ilmu perubatan merupakan sesuatu yang wajib ada pada setiap individu yang hidup pada zaman tersebut.
Menurut sumber  cerita orang tua-tua yang pernah saya dengar, seseorang itu mampu mencabut pokok kelapa atau  mengoncang-goncangkan pokok kelapa hanya untuk memperlihatkan pihak lain agar mereka tahu yang dia ini bukan calang-calang orangnya. Maksudnya Level beliau sudah mencapai Level 50. Namun kekuatan beliau tidak berguna sama sekali sekiranya ilmu perubatan tidak sama level dengan ilmu kekuatan.

Untuk memiliki ilmu-ilmu ini mereka haruslah mencari guru yang sudi mengajar. Mereka akan diajar untuk mematuhi beberapa pantang larang termasuklah larangan memakan daging kinzir. Sekiranya mereka terlanggar pantang ini, semua ilmu yang mereka perolehi seperti ilmu kebal dan ilmu kuat akan hilang serta merta.mereka terpaksa memulakan semula proses mendapatkan ilmu-ilmu tersebut dari level 1. Bayangkan proses tersebut mengambil masa yang lama - berpurnama lamanya.

Setelah mempelajari dan menguasai asas ilmu dari guru mereka, barulah mereka akan diarah bertapa , lokasi pertapaan mereka seperti berdekatan dengan sungai,dalam gua atau dibawah pokok ara.Tidak pula di ketahui jenis mentera yang mereka akan baca,mungkin seperti filem P.ramle-mambang tanah-mambang air dan segala mambang tuu-.

Proses pertapaan mereka mengambil masa seminggu, sebulan dan kadang kala setahun, bergantung kepada nasib si petapa tersebut.Guru mereka akan berpesan, apabila terdengar bunyi  rantai seperti bergeser seolah-olah ditarik atau dihempas-hempas. Maka dinasihatkan agar lari menyelamatkan diri kerana proses pertapaan sudah selesai, kerana belum pernah ada orang yang berjaya mengalahkan jin berantai, jika ada pun umur si petapa tidak panjang kerana ilmu yang di perolehi terlalu "besar" levelnya, fizikal manusia kononya tidak mampu menampung overload ilmu tersebut. So maksudnya dia terpaksa reboot ilmu tersebut dengan melanggar pantang larang dan malang sekali ilmu itu terpaksa masuk level 1 semula.

Setelah kemasukan agama Islam dan Kristian, ramai penduduk borneo mula meninggalkan ilmu-ilmu seperti itu. Sebab Zaman sekarang ni perlu ada ilmu mengeja ,membaca dan mengira baru boleh jadi kuat dan disegani.

Orang Zaman dulu berpegang pada janji- Orang Zaman sekarang? anda sendiri tahulah....

Sunday, October 13, 2013

Laptop 1 Malaysia


Ramai mengeluh bahawa laptop 1 malaysia yang diberikan kepada pelajar sekolah sebenarnya tidak 
 berkualiti. Sebagai contoh :
a)      Bateri mudah rosak
b)      Charger mudah hangus
c)       Keyboard mudah tertanggal
d)      Skrin monitor tak hidup atau gelap
e)      Lambat loading
f)       Dan macam-macam masalah lagi

Pada pandangan saya ada 2 faktor utama kenapa timbulnya masalah seperti diatas :
a)      Pelajar yang menerima laptop tersebut belum faham dan belum tahu cara kendalian teknikal sebuah laptop mini sebagai contoh : Bateri haruslah ditanggalkan apabila pengguna
memilih untuk menggunakan  soket elektrik. Suhu tinggi  boleh menyebabkan mikrochip dalaman rosak atau hangus  kerana tidak disertakan external  cooling fan semasa pelajar menerima laptop mini tersebut. Perisian antivirus tidak selalu update menyebabkan Operating System menjadi crash!

b)      Permintaan tinggi dalam masa yang terhad!.Mampukah tukang jahit nak siapkan 1000 helai baju untuk jahitan dan mesti siap dalam tempoh 3 bulan? Ya, sudah pasti siap! Tetapi bagaimana pula dengan kualiti? Rasanya laptop 1 malaysia juga berhadapan dengan masalah ini iaitu tempahan kuantiti yang banyak tetapi masa yang diberikan pula agak singkat. Akibatnya kualiti tidak mencapai paras piawaian yang ditetapkan, asal siap ikut jadual, duit kontrak pasti dapat!

Sungguhpun laptop berjenama mahal sekali pun dibagi percuma kepada para pelajar, sudah pasti dalam kuantiti  5% pasti ada yang rosak. Cuba anda renungkan
10,000 unit laptop untuk 10,000 orang pelajar , 5% daripada kuantiti tersebut sebenarnya rosak atau tak berfungsi dengan baik semasa proses pengilangan
          10,000 x 5% = 500 unit laptop yang rosak. Banyak tuuu.
Dan bayangkan 500 blog menyiarkan topik “ laptop 1 malaysia sebenarnya laptop tak berkualiti “ sudah tentu memberi tanggapan negative kepada prodak ini dan secara tak langsung menjadikan prodak tersebut di kategorikan sebagai prodak yang  gagal.
Saya menggunakan laptop 1 malaysia sejak tahun 2012, sehingga sekarang laptop 1 malaysia masih boleh beroperasi seperti baru kerana :
a)      Saya tahu mengendalikan laptop ini secara teknikal
b)      Anti virus sentiasa update
c)        Penggunaannya yang “jarang-jarang”
d)      Asal timbul masalah software crash atau OS crash, saya format jerr HD dia....