Tuesday, May 7, 2013

PEMBANGKANG KERAJAAN MALAYSIA



Menjadi pengundi pembangkang bukan semestinya menjadi anti kerajaan Malaysia, pengundi-pengundi zaman ini sebenarnya semakin bijak dan boleh berfikir secara kritikal selaras perubahan zaman.

Jika dahulu rakyat Malaysia hanya tahu baca news paper atau menonton TV, namun pada zaman “slide to unlock”  kemudahan info semakin luas termasuklah FB, YouTube dan Blogg. Tetapi bukan semua info dalam internet boleh diterima kerana penyelewengan dan penipuan tetap ada.

Tanpa pemimpin pembangkang, suara rakyat atau keluhan rakyat tidak akan didengari. Kenapa berlaku demikian? Sebab kadang kala pemimpin kerajaan setempat yang di lantik  melalui  kemenangan majority semasa PRU jarang mengotakan janji mereka setelah  menjadi ADUN atau DUN. Seperti biasa “saya akan pastikan jalan raya kampung ini di naik taraf, jambatan akan ditukar dan bla-bla” banyak lagi janji manis yang siok didengar.

Apabila pengundi-pengundi  mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan, maka akan wujudlah Baucer-baucer RM500 dan bermacam-macam transformasi. Ianya bertujuan untuk menaikkan rating kerajaan pusat.

Kenapa pemimpin pembangkang tidak mengotakan janji mereka?. Ini sebab parti mereka memiliki sumber wang yang terhad kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk memegang urusan kewangan negara.Maka tidak hairan sekiranya tiada pembangunan boleh di buat dalam tempoh tersebut.

Namun ada juga baiknya kerana kerajaan pusat akan melaksanakan tugas mereka untuk menaik tarafkan jalan-jalan kampung, membina jambatan baru serta memberi baucer-baucer RM500 dan sebagainya bagi tujuan menaikkan rating mereka dengan harapan rakyat mempercayai semula kerajaan pusat.

Kenapa perlu ulang “ tujuan menaikkan rating mereka” sebanyak 2 kali? sebab untuk mengingatkan para pembaca bahawa setiap perbuatan positif  yang dilakukan oleh seseorang boleh menaikkan imej baik kepada individu tersebut maka dengan itu orang ramai percaya dia ini boleh di harap!.

Kenapa kemenangan Kerajaan Pusat tertumpu pada kawasan pedalaman? Wahal kawasan inilah yang patut dimajukan sepanjang 5 tahun lalu sebelum parlimen dibubarkan sedangkan sepanjang 5 tahun lalu kerajaan yang sama memegang kawasan-kawasan ini namun tidak banyak yang dilakukan sebagai contoh menaik taraf jalan raya batu kelikir kepada jalan raya berturap. Lubang sana dan sini , rakyat setempat bertidurkan habuk jalan raya batu kelikir ketika kumarau atau kaki penuh dengan Lumpur ketika musim hujan.

Jawapan ini mungkin agak mengarut atau mungkin benar!
Sebab masih banyak orang kampung terutamanya warga berumur 40 tahun ke atas  beranggapan media TV hanya satu-satunya perantaraan yang boleh dipercayai 100% dan malang sekali kebebasan media diMalaysia adalah terhad sebab lesen penyiaran dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat.

Pernahkah isu-isu kegagalan atau keburukan kerajaan pusat di siarkan setiap hari melalui Buliten utama atau RTM1 dan RTM2. rasanya ada tetapi hanya sedikit lepas tu hilang kemudian terus tak disentuh dan akhirnya dilupakan. Apabila pihak pembangkang mengungkit kembali isu tersebut, dengan mudah ketua kerajaan menjawab
 “itu isu lapuk, mereka(pembangkang) kehabisan idea untuk memburuk-burukan kerajaan”

Bagaimana pula dengan penyiaran isu-isu kegagalan atau keburukan parti pembangkang melalui Buliten Utama atau RTM1 & RTM2?, penyiaran dibuat hampir setiap hari dan sampai berminggu-minggu lamanya ini bertujuan untuk brainwash kepada warga kampung berumur 40 tahun keatas. Di ketahui umum orang kampung sememangnya kurang pendedahan IT ada pun laptop 1 malaysia diagihkan tetapi KTW tak ada atau broadband “No signal” atau streamyx tak ada tiang telefon so macam mana nak online internet nak baca blog atau FB atau youtube? Memang tak dapat pun!!

Sebab itulah Sabah dan Sarawak masih lagi memegang tittle Kubu Kuat Barisan Nasional, mungkin sebab masih ramai warga 40 tahun ke atas dalam keadaan brainwash.
Saya orang Sabah dan baru sedar dari brainwash sejak 2009 selepas PRU12. Jika dahulu saya mentafsirkan pembangkang itu penjenayah tetapi apabila saya terbaca tentang artikel Brainwash barulah saya sedar bahawa KFC itu sedap dimakan selama 30 minit tetapi harga untuk satu set dinner plate boleh beli barangan basah untuk bekalan 2 hari tanpa sebarang pembaziran dan boleh dinikmati seramai 3-4 orang ahli keluarga.

Rata-rata pengundi pembangkang terdiri daripada mereka yang mahukan transformasi, keadilan, human right atau erti kata lain golongan yang bukan dalam keadaan brainwash. Golongan orang biasa yang sebenarnya baru tersedar bahawa selama ini telah berlakunya brainwash sejak 60 tahun lalu.

Kenapa terdapat juga golongan pintar dan bijak serta tahu situasi sebenar tetapi masih menjawat jawatan penting dalam parti kerajaan pusat? Sorry I don’t have the answer. Google search tidak memberikan jawapan yang tepat, hanya individu itu sahaja yang ada jawapannya.

Dulu semasa sekolah , cikgu kata “gagal bukan bererti gagal selamanya” dan saya cakap “menang bukan bererti anda akan menang selamanya” Even Ford juga muflis akhirnya…

Anda harus ingat, tanpa pembangkang maka tidak adalah baucer-baucer rm 500, lesen 1M,e-kasih dan bermacam-macam lagi faedah baik dari kerajaan pusat bagi tujuan menaikkan rating mereka. Selama Tun M memerintah mana ada semua ini, setiap kali  berlakunya PRU sudah pasti mereka menang besar, namun sejak info disebalik TV mula tersebar maka rakyat tahu kerajaan pusat juga ada banyak kelemahannya dan parti pembangkang hanya ada media internet sahaja untuk berkempen dan menyalurkan info kepada rakyat. Keseimbangan dalam parlimen perlu ada agar pihak pemerintah dan pembangkang sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk rakyat.

Kepada rakyat Malaysia yang belum sedar dari brainwash, fahamilah bahawa “kita lihat apa yang mereka mahu kita lihat, kita dengar apa yang mereka mahu kita dengar”.