Pada 26 Disember 2014, Malaysia di landa mushiba -Banjir!!. Tahukah anda, dalam 100 orang hanya ada 10 orang sahaja yang tahu berenang, dan 90 orang yang lain pasti mati lemas!.
Kanak-kanak bajau semporna atau bajau laut diajar berenang ketika berumur 4-5 tahun bergantung kepada fizikal kanak-kanak tersebut. Disebabkan mereka tinggal dan membesar dalam sampan atau rakit, sudah pasti kemahiran berenang merupakan asas utama survival mereka.
Tidak seperti kanak-kanak yang tinggal di bandar, mereka ini lebih terdedah kepada kehidupan laut serta cara kehidupan seorang nelayan. Mereka di latih untuk menjadi penyelam dan perenang terutama dalam mencari mutiara atau menangkap ikan.
Seorang kanak-kanak yang telah genap 4-5 tahun. Ibubapa mereka akan memulakan sesi pembelajaran renang yang pertama dengan cara mencampakkan anak mereka ke laut dan membiarkan anak itu merota-rota dalam air ,dengan masa tertentu, sehinggalah anak itu kurang bermaya barulah si ibu atau si bapa menyelamatkan anak itu.
Anak itu diberitahu agar berenang semula ke arah sampan dimana si ibu atau si bapa memanggil-manggil nama anak mereka untuk datang semula ke arah mereka (berenang semula ke sampan).
Proses ini dibuat berulang-ulang sehinggalah anak mereka secara spontan boleh terapung dan mampu berenang untuk kembali ke sampan tanpa bantuan dari sesiapa. Lebih teruk lagi apabila anak itu sudah sampai ke sampan mereka, si ibu atau si bapa akan mencampakkan semula anak mereka ke laut tetapi lebih jauh lagi. Proses ini juga dilakukan secara berulang-ulang sehinggalah anak itu mahir dan boleh berenang dengan pantas!!
Bayangkan betapa sengsaranya bagai nak mati di buat seperti itu. Namun itulah lumrah bajau laut. Hidup di laut, mati pun di laut.
Tetapi jika anda mahu belajar berenang dengan menggunakan buku manual, tanpa di dera , anda bolehlah membeli buku itu
disini dan elakkan diri anda lemas ketika banjir. Belajar secara asas.