Friday, January 17, 2014

Kangkung Turun Harga!!!

Gara-gara PM malaysia berkata demikian...ramai rakyat Malaysia terutamanya penyokong parti pembangkang mempersendakan perkataan "kangkung" di halaman sosial seperti twitter dan Facebook. Ianya bermula dari awal 13 januari 2014, seolah-olah lawak pembuka tirai kepada tahun 2014.

Isu kenaikan harga barangan menjadi topik utama kepada rakyat negara ini dan sedia maklum bahawa harga barangan naik di luar kawalan KPDN.

Untuk makluman para pembaca khasnya pekerja kerajaan, Setiap tahun sektor swasta pasti menaikkan gaji pekerja mereka dalam purata 3%-6%  daripada gaji pokok agar pekerja mahir mereka tidak "lari"  ke syarikat yang lain terutama pesaing mereka dan anda juga harus tahu bahawa pekerja swasta terdiri daripada mereka yang berstatus survival!!. Sebab itulah wujudnya "Employee is the great asset to a company!!".

*Untuk survival pekerja swasta perlu ada Jati diri, disiplin, pengurusan masa, tenaga kaki serta tangan juga otak 100% diberi kepada syarikat dan haruslah positif thinking. Boss lebih suka pekerja jenis ini berbanding pekerja yang "makan angin" semasa bertugas (pekerja jenis ini amat mudah di terminated!!!)*

Apabila gaji pekerja naik dalam julat yang telah disebutkan tadi maka berlakunya pertambahan kos operasi dalam julat itu juga. Bagi memastikan syarikat itu terus "selamat", harga jual (harga kilang) perlu dinaikkan, faktor  ini menyebabkan inflasi!!. sebenarnya banyak pemboleh ubah lain yang menentukan harga jual(harga kilang) ini naik atau turun, tetapi malangnya harga tetap naik.

Ingat ini : Pekerja kilang naik gaji + Pemandu Lori naik gaji + Krew Kapal Kargo Naik Gaji + Pengedar Naik Gaji + Pekerja Pasaraya Naik Gaji.

Harga Barang sampai ke tangan pengguna pun turut naik !!!! KPDN ingin membuat kajian terperinci, so mereka harus bermula dari Pekerja Kilang looooo........